Showing posts with label bella. Show all posts
Wordless Wednesday [ 2 ] Arabella Grace Gracia
11Wednesday, June 22, 2011 by Ara Drew
Category bella
Setahun dah 'Bella' dengan kami sekeluarga.
13Friday, February 4, 2011 by Ara Drew
4 February 2010 :
Hari tu aku,mak dan adik perempuan saja jalan-jalan nak pergi tengok 'siti' si kera kat rumah kawan mak aku. Sebenarnya aku yang nak tengok so sebab tu mak ajak aku pergi rumah kawan dia tengok kera tu.
Jalanlah kami 3 beranak menaiki motosikal tanpa menggunakan helmet. Korang nampak tak kesalahan dalam perlakuan kami bertiga ni? Kalau dapat teka aku kasi nombor henfon aku nombor yang pertama..haha. Sampai kat sana,punyalah keciwa rasa hatiku sebab kera tu orang dah bagi kat orang lain. Cett, punyalah excited aku nak tengok,aleh-aleh kera tu dah tak de. Bagi mengubati kekeciwaan hati ini jadi, kawan mak aku tu pun telefonlah kat sedara dia dan cakap yang sedara dia tu baru je dapat seekor anak monyet yang baru. Mak monyet tu baru je mati so takde sapa yang nak bela.
Wahhhhhhh! Korang nampak tak mata aku yang bersinar time tu? Tak nampak? Sahlah korang anak tettttttttttt..haha. Oyeah,dapat pet baru. Mak yang paling gembira ketika itu seperti terujanya abah melihat kelahiran aku dulu. erk? sila abaikan perumpamaan yang hyperbola ni.
Mak memang sangat sangat sangat sangat ingin nak bela monyet so anggaplah impian dia dah tercapai setelah sekian lama tulis kat Santa Claus tiap-tiap tahun dan akhirnya dimakbulkan. (Kurafat lagi ni).
Mula-mula aku tengok monyet ni,memang geli. Sumpah geli. Seminggu aku tak pegang tau tapi hati ingin sangat nak peluk-peluk dia. Mak namakan dia Bella sebab tengah angau tengok citer Tasbih Cinta kat Tv3 tiap-tiap petang tu. Huh! Nama mengalahkan artis. Unlike!
4 February 2011 :
Bella dah makin besar sikit tapi masih hisap susu.
Masih tak pandai makan ape-ape melainkan gula-gula,kacang,kuaci dan benda manis-manis.
Makin selalu ditinggalkan sebab kami dok busy dengan rumah baru so tak dapat nak bawa dia. Lainlah dulu, dia senang je mak letak dalam beg. Dia duduk je dalam tu sambil kepala tertonjol keluar dari mulut beg. Dia tak kacau pun abah drive kat sebelah. Kalau sekarang suruh duduk dalam beg,mau di melompat keluar sebab dah aktif sangat.
Happy Birthday Bella yang ke 1 tahun. hehe.
Makin rapat dengan mak dan aku makin jeles.huh!
Category bella
25 perkara yang korang nak tahu pasal anak ni..
8Friday, October 22, 2010 by Ara Drew
Salam,
Asal Jumaat jer aku update blog, asal update blog mesti Jumaat..haha
Lama dah tak kena tag ni, minggu ni saja 3 tag aku dapat tapi korang jangan kecik hati k..
Aku akan cuba jawap walaupun masa aku tersangatlah terhad..macam dah kawen pula bunyi aku ni..hakhak
Tag kali ni aku jawap yang Panadol a.k.a Drhati nenek,bagi aritu..
Dia nak tahu 25 perkara tentang aku, ko nak tahu apa pasal aku ni..
hidup aku ni bukan nya sefofular kumpulan KRU dan A to Z dulu-dulu..huhu
Tapi aku cuba jawap kerana aku pakai baju merah semerah KakRed arini..haha kelas gitu.
1. Pertama-tama kali aku anak yang sulung ganti sebab dulu mak aku pernah keguguran dan aku pulak yang jadi anak sulung. Mungkin sebab tu orang selalu pikir aku anak yang bongsu sedangkan aku ada 3 orang adik yang berderet kat belakang aku..haha i like dat bebeh..
2. Aku dulu,sekarang dan selamanya tetap rendah..huhu
3. Aku pernah tak puas hati sebab apa nama manja aku dara dan kadang-kadang nak marah nenek yang bagi nama tu kat aku masa kecik-kecik..sekarang aku terima dengan senyuman yang lebar sebab blog aku guna nama ni..haha
4. Aku tersangatlah rimas dengan situasi tapak tangan dan kaki aku yang sentiasa berpeluh. Dr dapat selesaikan tak?
5. Dulu aku suka no 5 tapi sekarang aku lebih suka no 9..takde kena mengena sikit pun dengan no jersi Torres..
6. Keluarga aku hanya ada 6 orang jer, dan sebab itu kalau mak aku beli set pinggan mangkuk mesti ngam-ngam dengan kami sefamily jer..hihi
7. aku tersangatlah suka makan sekarang berbanding dahulu dan aku sangat menyesal sebab tak makan banyak dulu-dulu.. sebab apa? sebab dulu-dulu aku aktif so kalau gemuk pun tak kisah kan..hehe
23. Tahun depan umur aku 23..haha
24. Aku ade akaun Twitter , FB , dan apa aku tulis ni siap promote lagi..hihi
25. Yes! dah nak abis ker? aku ade 25 lagi nak tulis tak abis lagi..
Tara,dah abis pun aku tulis serba sedikit pasal aku yang pastinya korang akan boring nak tahu..aku rasa nak tag 25 orang pertama yang baca pasal ni jawap tag ni pulak..hehe
p/s: aku dah letak Fb button share dan button ReTweet..kalau rasa nak kongsi,aku alu-alukan..
Category 25 random thing about me, bella, cikdara
