RSS Feed

Surat untuk kekasih imaginari

2

Friday, May 10, 2013 by Ara Drew

Assalammualaikum awak,

Berdebar rasa hati ketika menulis surat ini. Berdebarnya seperti pertama kali dok depan si penemuduga kerja. Overkan mukadimah saya? Apa khabar awak di sana? Diharap awak sihat sentiasa dan semakin sihat. Orang kata, badan sihat otak cerdas. Bukannya apa, saya suka bila awak sihat dan tinggi ( mungkin sebab makan chococrunch masa kecik-kecik ), bolehlah nanti tolong saya capai apa-apa barang dikedudukan yang tinggi. Contohnya bila saya sorok duit poket tiap-tiap bulan yang awak bagi ( nafkah ) dekat atas kabinet dapur atau almari, senanglah sikit kerja saya sebab saya gayat tempat tinggi jika guna kerusi. 

Saya tak pasti apa tujuan saya tulis surat ini kepada awak pun saya tak tahu sedangkan teknologi sekarang dah makin maju. Padahal saya boleh je SMS awak sekarang ni tetapi disebabkan saya nak rasa perasaannya bila orang dulu-dulu tulis surat, maka saya tulis surat. Boleh feeling retro sikit. Nasiblah penggunaan burung merpati dah tak releven sekarang ni, kalau tak saya nak je kirim dengan dia suruh hantar dekat awak. Risau jugak saya, manalah tau sampai-sampai je burung tu nanti, awak makan dia pulak. 

Banyak yang saya nak cakap dekat awak tapi kadang-kadang benda tu tak terluah pun. Awak taulah perangai saya macam mana kan? Ke tak perasan pe'el saya macam mana? Mencik! Saya ni memang dilahirkan tak biasa menyampuk bila orang bercakap dan akan dengar je cerita orang tu sampai habis. Jadi, bila awak cakap, cakap, cakap, cakap, cakap, cakap dan terus cakap, peluang saya nak mencelah pun tak ada disebabkan saya tak sampai hati nak menyampuk. Jadi saya ambil peluang awak tengah bisu sambil baca surat saya ini untuk luahkan kepada awak. Fuhh, saya harap awak tak sentap ya sayang. Gitu, belum apa-apa lagi dah panggil sayang.

Kenapa awak suka saya? Saya dapat rasa awak akan tanya soalan ini dekat saya. Jika diikutkan trend dalam percintaan, menjawab "tak ada sebab" adalah lebih sweet dan jujur. Saya dah cukup manis dan jujur so, saya pilih untuk memberi beberapa sebab. Pertama-tama kalinya saya suka bila awak sabar tunggu saya dari masa kita mula kenal. Saya tak tau sebab awak apa dan kalau orang lain, memang dah putus asa rasanya. Sabar itu ada hadnya dan saya rasa 'bar indicator sabar' awak masih berwarna hijau. Saya risau jugak nanti, warna tu bertukar merah. Ahhh, jangan! Tunggu saya tau. Keduanya pula, awak hormat saya sebagai perempuan. Pada firasat saya, awak memang hormat mak awak dan bukannya takut. Kalau awak takut, saya rasa sifat hormat awak terhadap wanita memang tak ada. Memandai je kan saya? Ketiganya, saya nampak kita di masa hadapan bersama. Ya, bersama. Bukan! Bukan bermakna saya pinjam 'laci masa' dengan Doraemon atau mesin masa daripada Dr. Emmett "Doc" Brown ( Back to the future ), untuk tengok masa depan kita. Saya hanya bayangkan. Saya dah congak-congak, rela atau tidak saya untuk hidup dengan awak sampailah kita kerepot?

Dah ngantuk ke tu baca? Alaaa baru surat je pun, bukannya karangan bahasa melayu. Walaupun kita dah lama kenal, tapi bukan semua benda saya tau pasal awak dan awak pun begitu. Sebab apa? Sebab saya dah hadkan jumlah info yang boleh dan tak boleh dibualkan jika kita belum ada hubungan yang sah. Hey, haruslah okay. Bukan boleh percaya dekat semua orang walaupun kita suka dia bagai nak rak. Password Facebook lagi saya tak pernah kongsi, apatah lagi password Maybank2U. Dalam setiap hubungan kena ada malu-malu, kena ada benda yang tak tau, barulah makin tebal sifat ingin tahu. Lebih baik berahsia dan diam daripada menipu benda yang tak pernah ada.

Akhir kata dari saya, cinta tak kenal siapa...hadir tanpa dipaksa. Dah, pi sambung sendiri lagu tu. Jika awak jumpa surat ini semasa awak berenang di laut atau awak tengah memancing, mohon hantar balik lampiran dekat bawah ni ke alamat saya. Tahu kan alamat saya? Tak tau, pi google cepat.


Yang berangan hidup bersamamu,

xoxo

-----------------------------------------------------------------
                          Akuan Penerima

Nama :                             Tarikh:

                                   Tandatangan
                                   

                                   ____________________


Setebal mana malu?

7

Thursday, September 6, 2012 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,


Yer, gambar memang takde kaitan. tak salahkan? kekeke 

adakah setebal kuku?
adakah setebal kamus?
adakah setebal lemak dagu?
adakah setebal kulit yang mulus?

malu tapi mau.
aku rasa dah tak relevan buat masa ini.
malu mungkin sebab tak berdaya untuk berbunyi.
okay, ini sudah lari dari point sebenar.

abah ada pesan pada setiap anak-anak dia,
malu kena tebal,
malu kena sentiasa ada,
malu kena banyak,
malu kena ada macam kita bawa hati setiap masa.


simpan malu kemas kemas dalam poket,
sama kemas macam simpan talipon pintar.
nak lagi pintar,
jangan sewenang wenang canang aib diri yang tak seberapa.

pernah baca bahawa aib itu aurat,
aurat itu cacat,
jadi aku rasa hijab buat aib dan aurat adalah malu.
itu rasa aku.

korang rasa?



Jodoh orang lain yang kita pinjam

11

Saturday, July 28, 2012 by Ara Drew

Assalammualaikum/ Selamat sejahtera,





Dulu kita pernah bersama,
bersama dalam erti bercinta.


Dulu kita pernah berjanji,
berjanji dalam erti "dah kawen nanti, moga sehidup semati".


Dulu kita tak berenggang,
dah macam belangkas,
aku ke timur, kau ke timur,
aku ke barat, kau ke barat,
aku ke gaung, kau start meraung.


Wasehh, sweetnya kita.
Macam sweet corn soup.
Macam gula-gula kapas.
Macam biskut Famous Amos.


Itu semua dulu.
Itu semua berlaku sebelum aku tahu yang kau sebenarnya hanya jodoh orang lain yang aku pinjam seketika cuma.