Setahun dah 'Bella' dengan kami sekeluarga.
13Friday, February 4, 2011 by Ara Drew
4 February 2010 :
Hari tu aku,mak dan adik perempuan saja jalan-jalan nak pergi tengok 'siti' si kera kat rumah kawan mak aku. Sebenarnya aku yang nak tengok so sebab tu mak ajak aku pergi rumah kawan dia tengok kera tu.
Jalanlah kami 3 beranak menaiki motosikal tanpa menggunakan helmet. Korang nampak tak kesalahan dalam perlakuan kami bertiga ni? Kalau dapat teka aku kasi nombor henfon aku nombor yang pertama..haha. Sampai kat sana,punyalah keciwa rasa hatiku sebab kera tu orang dah bagi kat orang lain. Cett, punyalah excited aku nak tengok,aleh-aleh kera tu dah tak de. Bagi mengubati kekeciwaan hati ini jadi, kawan mak aku tu pun telefonlah kat sedara dia dan cakap yang sedara dia tu baru je dapat seekor anak monyet yang baru. Mak monyet tu baru je mati so takde sapa yang nak bela.
Wahhhhhhh! Korang nampak tak mata aku yang bersinar time tu? Tak nampak? Sahlah korang anak tettttttttttt..haha. Oyeah,dapat pet baru. Mak yang paling gembira ketika itu seperti terujanya abah melihat kelahiran aku dulu. erk? sila abaikan perumpamaan yang hyperbola ni.
Mak memang sangat sangat sangat sangat ingin nak bela monyet so anggaplah impian dia dah tercapai setelah sekian lama tulis kat Santa Claus tiap-tiap tahun dan akhirnya dimakbulkan. (Kurafat lagi ni).
Mula-mula aku tengok monyet ni,memang geli. Sumpah geli. Seminggu aku tak pegang tau tapi hati ingin sangat nak peluk-peluk dia. Mak namakan dia Bella sebab tengah angau tengok citer Tasbih Cinta kat Tv3 tiap-tiap petang tu. Huh! Nama mengalahkan artis. Unlike!
4 February 2011 :
Bella dah makin besar sikit tapi masih hisap susu.
Masih tak pandai makan ape-ape melainkan gula-gula,kacang,kuaci dan benda manis-manis.
Makin selalu ditinggalkan sebab kami dok busy dengan rumah baru so tak dapat nak bawa dia. Lainlah dulu, dia senang je mak letak dalam beg. Dia duduk je dalam tu sambil kepala tertonjol keluar dari mulut beg. Dia tak kacau pun abah drive kat sebelah. Kalau sekarang suruh duduk dalam beg,mau di melompat keluar sebab dah aktif sangat.
Happy Birthday Bella yang ke 1 tahun. hehe.
Makin rapat dengan mak dan aku makin jeles.huh!
Category bella
13 comments »
kera di rumah disusui, anak dirumah ditinggalkan.haha
Hepi besday Bella!
Bulan Feb ni MokMok genap setahun gak sebab lahir bulan Feb tahun lepas.
Tapi masa kami beli dulu, dia dah 6month dah.
Now dah setahun & semakin gedik nak mamsss!
comel je die isap susu ms kecik..hehe
dh besar nmpk cam mnakutkan sket..huhu
olololololo..
bukan selalu ley jumpe org bela kera as pet.. =)
somel jer.. =)
comel gilaa !
masa kecil, kiut gila..
nazirul: adeh2..kahkah
Kak : kahkah,nnti bella leh kwn dgn mokmok..smntra kwn bella yg kecik dh mati.haha
rie: hehe,dh besar mstlh muka dh lain..
along: hehe,dia tggl dlm rumah tau. klau kt luar xtaulh dia thn ke tak..
farahanis: gigit kang! *dlm hati bella* haha
cikgu: kahkah,dh besar xkiut ke?
ek blh ye bela monyet camtu je?
takyah register / kena ada lesen ke?
Post a Comment