Showing posts with label giveaway. Show all posts
JINKAMEN Giveaway
4Tuesday, January 4, 2011 by Ara Drew

Phewiiitt,comel plak aku tengok picture katak kat atas ni. Aku letak sebab aku nak join giveaway dari tuan empunya katak ni. Sempena 1.1.11,dia dengan jayanya buat satu giveawaylah untuk tahun baru ni,jadi apalagi aku sokong dengan senang hati..*ayat kasi menang*.
Dia suruh jawap satu soalan jer iaitu ape gadget kesayangan dan kenapa sayang sangat dengan gadget tersebut?
Ok,aku paling sayang dengan MP3 player aku. Kalau dulu sayang sangat dengan radio capuk tahun 1992 yang abah beli dekat Matu. Masa itu masih kecil lagi dah ada radio tu dan sampai sekarang masih lagi kat dalam bilik aku. Steady jer masih bising menyanyikan lagu2 yang diputarkan di stesen radio sekarang.
Aku sayang sangat kat bende ni sebab, ini sahaja teman aku kalau aku sunyi. Kalau sunyi,aku leh melalak tanpa ada yang boleh halang aku..hehe. Tapi yang tak syoknya, asyik earphone dia jer rosak. Bukan apa,tangan ni asyik gatai gulung lepas guna.
Ok,rasa-rasa tu jer sebab kot..mood tak ok ni. *alasan* haha. Nak tag sape ek?
1. nazirul
2. cik shabah
3. syazie
Yang tak kene tag,join jer..hadiah earphone tu..tarikh tutup 25/januari/2011
Category earphone, giveaway, mp3 player
5 Kapersky Original Key 2011 Untuk Dimenangi
10Thursday, November 18, 2010 by Ara Drew
Uhuk-uhuk.. aku terpaksa melarikan diri dari kesesakan asap kat rumah aku. Lari kebende yer, turun keje jer pun.. Dahlah otot-otot aku semakin membesar dan barangkali sikit lagi nak mengalahkan Sazali Samat kot. Mana taknya, hari-hari kena angkat air dari bawah rumah naik keatas.. Hari-hari macam ni, tapi aku tak juga slim-slim.
Lupa pulak nak cerita kenapaaku lari dr asap tadi. Aku lari sebab mak aku serta nenek dan adik aku tengah bakar kulit lembu lepas abah aku ikut mengagihkan daging korban pagi tadi. Itu baru bakar,belum lagi part merebusnya. Ya Allah, hanya Allah jer tau macam mana rasa salur nafas aku mengecil hidu bau lemak-lemak tu semua. Jangan asma aku teruk sudah.
Haa,ni aku nak ajak join giveaway lagi ni. Sempena lepas raya ni, aku nak ajak korang rembat Antivirus free ni. Mesti korang nak sangat ade askar pertahanan jaga laptop/pc korang kan? angguk jer kalau nak.. Jadi apa tunggu lagi,meh tengok syarat-syarat kat bawah ni...
Saya mahu PC saya dilindungi oleh Kapersky Anti Virus 2011. Saya juga mahu cool seperti Jackie Chan dan Lee Chong Wei memusnahkan virus-virus durjana. Menang 5 KAV 2011 ORIGINAL KEY daripada sudubesi.com dan kaperskyhijau.blogspot.com…
Copy gambar di atas sebagai banner pertandingan…
Copy ayat warna merah dan linkkan kepada Sudubesi dan Kaspersky Hijau…
Submit penyertaan anda disini…
Tarikh pertandingan bermula daripada 12/11/2010 sehingga 26/11/2010…
2 Pemenang akan dipilih dengan menggunakan Random.org…
3 Lagi hadiah akan diberikan kepada pemenang kreatif (Pandai-pandai korang la nak buat post macam mana… Janji follow instruction seperti diatas…)
Berbaloi jugak kalau cuba giveaway ni,mana tahu lekat tuah kat sini. Nak ambil tuah Rockinsudu yang dah kembang kempis kempos hidung dia menang BlackBerry Torch aritu. Aku yang baca email dari nuff pun xpuas hati sebab aku tak menang. {hahaha mode tak puas hati} Antivirus Avira yang aku pakai macam tak ok jer..huhu
p/s: Nasib baik anak-anak belalang tak minta duit raya haji tahun ni.. XD
Category antivirus, avira, giveaway, Kapersky
