RSS Feed

Showing posts with label bahasa sarawak. Show all posts

Simpulan Bahasa Melayu Sarawak

9

Wednesday, March 9, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

Rindu tak dengan aku? rindu ke tak????? hurmm,sape tak rindu..sah sangat aku ni hanya melukut ditepi microwave. Lama tak update blog ni,rasa nak delete ada jugak sebab dah terabai. Mood entah kemana,aku entah kemana.

Hari ni aku nak ajar murid-murid aku yang nak sangat belajar bahasa ibunda aku ni, terutamanya kak @afnie_lan , @fidaabdrahman, dan sape lagi ntah aku tak ingat nama anak-anak murid aku kat twitter tu haha.

Kamek nak ajar Simpulan bahasa dalam bahasa Sarawak arituk. Mok sik? 
  • Telanjor Antu = Perbuatan yang kebetulan/ tidak sengaja
Perkataan telanjor antu ni kita guna untuk ayat yang menerangkan perkara yang kebetulan/ tak sengaja. Contohnya: 'eh,telanjor antu jak nya ya dapat markah 98% ya'. Maksud ayat ini adalah : 'kebetulan je dia dapat markah 98% tu'.
  • Kemeh gik serong = belum berkhatan 
Kahkah,macam mana aku nak buat ayat dari simpulan bahasa ini ye? Ok2, aku cuba buat. Contoh ayat: ' biak ya ni dpt nak nikah dolok,kemeh gik serong'. Maksud ayat : 'budak tu mana boleh nak kawen dulu,dia belum berkhatan'.

  • Kempang Ati = Tergamak/sampai hati
Haa,yang ni paling selalu diguna pakai dalam ayat seharian kami. Contoh ayat: 'kempang ati da juak kitak ninggal kamek tadik'. Maksud ayat: 'Sampai hati awak tinggalkan saya tadi'.

Jadi cukuplah tu kot. Kalau banyak sangat korang blur-blur ayam pulak baca.haha. Nampak sangat entry sebelum penutupan blog pelik-pelik kan,lalalala. Kalau ade yang tahu lagi,tanya je kat twitter @CikDara k. Andai ada kutu dikepala,jangan lupa dibuang dulu,kalau ada perkara nak tanya,sila follow twitterku dulu. kahkah.

Gambar macam tak de kaitan.haha


Kaitan Bahasa Sarawak dan Bahasa English

27

Wednesday, February 9, 2011 by Ara Drew

Alhamdulillah kita bersua lagi hari dalam rancangan "MARI BELAJAR BAHASA SARAWAK"..
Saya selaku host anda hari ni ingin membuka satu segmen baru khas untuk anda adik kakak, ibu bapak, para penonton semua yang ada disini yang ingin sangat nak belajar bahasa sarawak. Ingin ke? 

Aku suka sangat cakap bahasa sarawak ni..eh eh tak kan nak cakap bahasa uganda kan. haha.
Kawan-kawan aku selalu cakap aku macam orang tua sebab dari cara bercakap pun macam orang tua. Bukan ape sayang, aku ni suka tau kalau part-part bahasa ibunda ni. Bahasa lain pon aku suka jugak tapi tak de yang nak ajar.

Ok ok skip mukadimah yang ntah ape-ape tu. Aku nak ajar ni bahagian bahasa sarawak yang perkataannya ada kaitan dengan bahasa omputih. 
  • Go ahead - gohead basikal g kedei nun... 
Go ahead dalam maksud kat atas adalah mengayuh. Makna ayat di atas adalah ' kayuh basikal pergi kedai tu'. 
  •  Go stand - gostand kreta ko dolok.. aku mok kluar.
Go stand bermaksud reverse ok. Maksud ayat tu, 'reverse kereta kau dulu,aku nak keluar'.
  • Break record - iboh berekot kelak terusuk!
Break record kalau makna sebenarnya pecah rekod kan so orang sarawak dulu-dulu terikut-ikut aksi pecah rekod ni so jadilah berekot iaitu berlari. Maksud ayat 'jangan berekot nanti terjatuh'. Terusuk adalah terjatuh, iboh adalah jangan.

  •  Free lunch - pengilan
Ok, yang ni paling famos amos.. Disebabkan bahasa sarawak banyak mengunakan bahasa inggeris jadi orang tua dulu-dulu mungkin dah terbiasa lidahnya menyebut mengikut intonasi sendiri kan. Perkataan free lunch disebut pengilan yang membawa maksud 'Kenduri'. 
Contoh ayat, ' mak kamek pegi pengilan tadik'. Maksudnya 'mak saya pergi kenduri tadi'.

Sebenarnya banyak lagi perkataan yang ada kaitan dengan bahasa inggeris ni dalam kehidupan seharian masyarakat Sarawak. Aku nak terang kat sini panjang lebar takut ada yang tak paham nanti kan so lebih senang jika belajar satu satu.

Satu lagi aku nak promote kan kat sini, jangan pernah ada rasa takut nak datang Sarawak sebab kami ni tak tinggal dalam hutan, tak penggal kepala orang dan aku jamin semua baik - baik aja donk. Eh eh, apesal tibe-tibe promote negeri sendiri ni? 

Yeah, jadi sekianlah pembelajaran kita hari ni murid-murid..InsyaAllah ada masa cikgu ajar lagi k. tata titi tutu.