RSS Feed

Twitter/Facebook-Crush

16

Saturday, April 28, 2012 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

Rawrr rawwwgh rgghh. Maksudnya saya sayang awak dalam bahasa dinosaur. Maksud lain, saya nak makan, saya suka tidur, saya rindu mak, saya curi duit, dan sukahati koranglah nak letak apa maksud bahasa dinosaur tu. Bukan ada hak milik pun sebab takde masa pun dinosaur nak check kamus bahasa dinosaur diorang. Belum sempat korang tanya diorang apa maksud rawr raghhh rawwwahh, aku yakin sangat yang korang dah arwah. 

Twittercrush, Facebookcrush, chococrunch ( eh ini tiada kena mengena ), mungkin korang ada seorang atau dua atau lebih dari itu kalau korang ada akaun laman sosial dua itu kan? Aku kecilkan ruang pemahaman ini dan hanya mengambil laman sosial facebook dan twitter sahaja. Blog pun ada sebenarnya tapi rumit sangat nak dijelaskan dan dalam kata lain, "Ara malas nak cerita panjang. Titik."

Semalam 26 April; aku terbaca dekat ruang Twitter dimana ada seorang budak ni confess dekat Twitter dia yang dia admire dekat seorang budak ni. Kira dia sedang me-reveal-kan Twittercrush dia lah ni kan. Ramai yang tabik dan mula usik-usik dia sebab dia berani cakap nama crush dia tu dan dia mula malu-malu semalu.

Tak banyak yang berani confess dekat public siapa yang dia admire sangat sebab beberapa faktor. Faktor ini berkait rapat antara hanya admire atau terjatuh cinta. Apa yang aku paham kalau kita admire dekat seseorang ni, kita hanya suka dia disebabkan sesuatu. Contohnya, suka tengok muka manis, suka ayat-ayat cinta yang dia selalu tweet, suka sikap humor dia, suka tengok mata dia dan sebagainya. Kalau cinta pula terjadi kerana atas sebab yang kita tidak pernah jangka pun benda itu akan jadi. Itu namanya JODOH. 

Jadi aku akan senaraikan beberapa faktor kenapa sesetengah orang berani dan tidak berani confess siapa crush/admire dia.

  • Berani confess siapa Twitter/Facebookcrush kerana :-
  1. Suka baca post-post atau tweet yang si dia tulis dilaman sosial.
  2. Suka tengok gambar/avatar si dia dekat album dan profile picture.
  3. Hanya suka dan tidak akan tangkap cintan dekat si dia. ( ini crush dekat laki/bini/pakwe/awek orang ).
  4. Lucu. ( perlukah aku huraikan lucu ini macam mana? Tak perlukan. )

  • Tak berani confess dan hanya simpan untuk diri sendiri :-
  1. Ini pesen suka dalam diam. "Dalam diam, kumencintaimu...." siapa ntah nyanyi lagu ni aku tak ingat.
  2. "Takut nak confess sebab kalau confess nanti mesti taknak kawan dengan aku nanti." Ini pesen takut hilang kawan atau takut hilang yang disuka. Rujuk no 1.
  3. Takut diejek atau diusik oleh kawan alam maya. Mengikut pengalaman aku, belum ada yang bunuh diri selepas diejek atau diusik berkenaan crush. Paling koman pun hanya deactivated akaun.
  4. Takut hubungan sebelum ni jadi janggal jika dah confess rasa suka dekat si dia.

Aku pun ada crush dekat seseorang. Sebelum ni crush sampai jatuh hati dan bila dia dah berpunya, aku pulak macam lahanat kecewa. Bodohnya padahal crush saja. Nampak sangat aku masuk bahagian tak berani confess kan? Itu dululah. Lepastu aku jumpa crush baru, yang ni memang aku crush saja. No mushy-mushy-feeling I told you. Aku TER-paksa cakap dekat kawan aku yang aku crush dekat sorang ni sebab aku hutang dekat dia. Kejam sungguh main hutang-hutang sebab aku dapat teka siapa crush dia. Muahahahaha.




16 comments »

Affan Ruslan said...

Wahaha aku suka reason no 4 untuk reason tak berani confess tu.

Ara Drew said...

Affan : ececeh, tahu dah crush ko siapa apan. hahahaha.

ciek niena said...

takut nak confess sebab xley terima kenyataan bila jawapan yg diberikan tu not expected. huhuhu

Ara Drew said...

cik niena : alolo, kalau awak jenis hanya suka dekat dia dan tak lebih dari itu, apa nak takut confess kan.

Azghen said...

Ada gak crush2 neh dulu kejap kat twitter smpai rasa nak tangkap cintan la jugak. Hahaha! Tapi tak kemana pon. Org tuh pon dh kawin rasanya. Kehkehkeh!

Ara Drew said...

Reenzky : wahhh. ni bukan crush dah tapi terjatuh cinta. hehehe

wani brahim said...

wahhh faktor yg btol ahahah..bkan tkut diejek/usik tp giler segan bila org lain tau sebabny mmbr kpd mmbr sndri heehhee..so biarla dalam diam ku mengenalimu ahhaha poyo giler

Ara Drew said...

wani : ececeh, dalam diamku mengenalimu. hahaha ayat tu best.

Adinda Baizura Mazlan said...

hahahahaaaa....
dulu ada orang suka kat kita jugak...
sudahnya jadi macam yang no 4 tu..

Ara Drew said...

Baizura : Janggal ek? gitu. hehe

Unknown said...

Crush? Belum pernah lagi rasanya ada crush dekat budak Facebook ataupun Twitter ^_^

Ara Drew said...

sally : mesti dah ada pakwe ni kan? kebendelah aku teka macam-macam haha.

Raudhah said...

untuk reason tak berani confess.. sangat la setuju :)
btw, done follow :D

Razifredz said...

Owh ... macam tu ke

Ara Drew said...

Pelengkap rusuk kiri : Terima kasih :)

aindzaya said...

klu crush kawen patutla confess kat facebook..ngee~
tapi klu tiap bulan asyik crussh je..nty org egt kita player pulak ^^


"Ain Dzaya : Cinta Big Apple ♥".