RSS Feed

Jangan! Aku merayu.

7

Wednesday, May 16, 2012 by Ara Drew

Assalammualaikum/ Selamat sejahtera,




Ustad pernah cakap dulu, "Membonceng motosikal dengan bukan mahram ( lelaki dan perempuan bukan muhrim ) boleh tapi kena letak papan dekat tengah-tengah antara dua".

Lihatlah ayat di atas dari sudut tersirat. Bukannya ustad tu nak menggalakkan kita naik moto dengan bukan mahram sesukahati tapi maksud dia tak bolehlah dan berdosa. Ada ke kapel yang tengah hangat bercinta naik moto nak bawa papan / plywood dekat tengah-tengah antara dua. Mau meraung makwe dekat belakang masa tu gigih pegang papan / plywood, dengan pesen tudung / makeup pun dah tak serupa macam mula-mula tunggu pakwe depan pintu rumah sebelum tu. Sememeh je muka berpeluh-peluh siap dengan ketiak 'menangis' lagi.

Aku nak cerita satu kisah ni tapi cerita ni dah lama pun dan aku nak cerita jugak. Pakwe dan makwe ni sedang melalui fasa-fasa cinta monyet level tinggi iaitu waktu sekolah menengah. Tingginya boleh dikatakan ketika Tingkatan Enam. Biasalah kan bila budak-budak sebaya lain dah ada teman lelaki, dia pun mahu juga nak berteman walaupun dia tak tahu apa sebenarnya perasan dia dekat lelaki yang meluahkan rasa suka kepada dia.

Main terima dan redah je siapa yang menjadi teman ini adalah memang style cinta monyet sangat. Biar tak cinta asalkan berteman. Nak dijadikan cerita bila Hari Raya Aidilfitri menjelma, mestilah akan ada projek konvoi bermoto beramai-ramai untuk menziarahi rumah rakan-rakan yang lain. Projek konvoi bermoto ni biasanya melibatkan moto yang banyak dan paling disuka ramai adalah satu moto satu pasangan kekasih. Mereka masuk dari satu kampung ke satu kampung yang lain dari pagi membawa ke malam. Biasanya yang membonceng adalah lelaki dan yang menumpang adalah perempuan. Gila kau nak suruh perempuan bawa moto dan lelaki dekat belakang. Memang tak salah tapi aku rasa pelik dan semacam.

Letih jugalah pakwe bawa moto dan dia cuba nak pujuk makwe bawak pula sementara dia duduk dibelakang. "Awak, saya letihlah. Apa kata awak pula yang bawa dan saya duduk dekat belakang? Awak pandaikan bawa motor?" pakwe cuba untuk memujuk makwe menukar shift kerja. "Saya pandai tapi saya tak bawa laju, lagipun saya malulah nak bawa. Awak ok kan kalau saya hanya menjadi penumpang? *sambil buat mata berkaca-kaca*" Nasib baiklah kau comel makwe, kalau tak memang aku dah bantah habis-habisan kerana tangan aku dah kebas asyik bawa moto ni.


Korang nak tahu tak kenapa perempuan tu taknak bawa moto dan izinkan pakwe dia duduk dibelakang? Walaupun perempuan tu tak cakap tapi aku nak buat konklusi sendiri ya.

Dia takkan kasi lelaki duduk dibelakang dia sementara dia yang jadi pembonceng kerana :
  • Kalau bawa laju-laju nanti lelaki tu duduk terlalu rapat dan memeluk belakang perempuan. Kau ingat semua lelaki hebat dan tak takut ke naik moto? Ada ok yang penakut nauzubillah bila dah naik motosikal.
  • Perempuan takut nanti lelaki tu meraba dari belakang dan kosentrasi si perempuan akan terganggu lalu mengakibatkan mereka berdua kemalangan. Malang akan berbau bila lelaki dah meraba ok.
  • Perkara yang satu ini kita takleh jangka bila masa dia akan 'naik' tapi aku akan terfikir pasal ini setiap masa bila lelaki bukan mahram menunggang dibelakang. Organ reproduksi lelaki tersebut akan TERsentuh belakang perempuan. Kalau suami sendiri tak apa juga nak TERsentuh tapi ini lelaki yang tak halal, NO WAY MAN! Geli geleman mak nak membayangkan yang tu 'naik' dan tersentuh.

Jadi aku merayu kepada perempuan, tolonglah jangan membonceng / menunggang motosikal dengan lelaki yang bukan muhrim ( bagi yang islam ). Aku dulu pernah jugak sesukahati menunggang moto dengan kawan-kawan sekolah tetapi selepas abah aku sound kaw-kaw, barulah aku sedar natijah dan kenapa dia melarang aku menumpang kawan lelaki naik motosikal. Manusia yang matang adalah manusia yang menerima segala teguran dan larangan ibubapa tanpa perlu melawan balik. Kalau dah tahu kita salah, kita akan sedar dengan sendiri. Sama-samalah kita berubah menjadi insan yang lebih baik.



7 comments »

Nailah Azman said...

Saya setuju dengan cadangan andaaaaaa! ;)

Ara Drew said...

Kak nailah : haha diriku membayangkanmu jerit kuat-kuat.

Adinda Baizura Mazlan said...

hahahaaaa setuju banget....
sekarang ni dah tak tumpang motor kawan dah, kalau dia nak tumpang jugak saya akan terus terang
lagipun..... aku pakai baju kurung la! jatuh la saham aku kalau naik motor! nanti terselak dan ternampak la apa yang tak sepatutnya...

Ara Drew said...

Baizura : Nak menolak itulah yang susah Bai tapi kita kena juga menolak. Tolak cara baiklah. Dia pun masih juga manusia. :)

Mohd Aslam said...

teruja tgk motor besar begitu.. bila lah boleh dapat..

Azghen said...

Alahai... part yg konvoi pergi beraya tu buat daku terimbas tapi bukan bonceng motor bf, bonceng motor kawan bf! Then duduk tegak je dediam. Kehkehkeh!

Miss F said...

Thanks kerana share