RSS Feed

Diakah yang terbaik untuk aku?

4

Wednesday, January 25, 2012 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,




Grow old along with me
The best is yet to be
When our time has come
We will be as one
God bless our love

Spending our lives together
Man and wife together
World without end

Whatever fate decrees
We will see it through
For our love is true

- John Lennon


Aku ada terbaca satu tweet pagi tadi mengenai "47 years of marriage, still buys her flowers every Monday". Pada usia perkahwinan yang dah menjangkau 47 tahun, segala macam kenangan, dugaan dan asam garam kehidupan dah dia lalui. Si tua yang duduk di satu bangku taman pada satu pagi yang dingin sambil menggenggam sejambak bunga, 47 tahun usia perkahwinan dia, adalah bagi aku satu pencapaian yang amat membanggakan. 


Berkahwin senang tapi mengekalkannya adalah amat payah. Berapa banyak yang mampu kekal sepanjang usia bersama pasangan mereka? Berapa banyak yang runtuh institusi keluarganya sebelum mengenali pasangan mereka? 


Do i respect and admire this person?


Apakah faktor yang menyebabkan saya hormat dan kagum pada pasangan saya? Hormat dan kagum, adalah dua faktor penting jika kita hendak hidup bersama. Saya hormat awak sebagai suami saya dan saya hormat awak sebagai isteri saya. Tak kisahlah si suami itu lebih muda dari si isteri tapi dah namanya suami adalah ketua/tonggak/kepala keluarga, maka otomatis rasa hormat itu perlu ada. Bak kata abah aku, kalau dah rasa hormat itu tidak ada, nak tegur macam mana pun susah. Asyik dengar kepala bana dia yang nak menang sahaja.



Kagum. Mengagumi pasangan adalah satu cara dimana kita membina rasa hormat kepada satu sama lain. "Saya kagum dengan kebolehan awak menyelesaikan pertelingkahan anak-anak tanpa perlu menggunakan kekerasan", situasi di mana si isteri mengagumi kebolehan si suami dalam menyelesaikan masalah. "Saya kagum dengan masakan awak sayang, ini yang buat abang jadi makin sayang", kembang kuncup hati si isteri bila mana mendengar pujian dari si abang tersayang. Rumah tangga bahagia.


Do i trust this person?


"Pang! Isteri derhaka, berani kau melayan jantan lain sepeninggalan aku di luar kawasan", tempik si suami. "Kenapa ni bang? apa salah saya?", si isteri melutut menangis menahan pipi yang sakit. ( Sedutan dari cerekarama memandai-mandai ciptaan aku )



Rumah tangga mana yang tidak pernah bergolakkan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kalau takut di badai Tsunami, jangan memandai nak surfing di kala bendera tengah merah. Teringin sangat aku nak tahu, hubungan mana yang tak pernah bergolak? Boleh menuntut dari mereka ni. Sikap percaya kepada pasangan kita adalah perlu sebenarnya. Janganlah asyik nak berburuk sangka setiap masa kerana sifat percaya itu haruslah tumbuh subur sesubur-suburnya tanpa ada racun perosak yang merosakannya.






Do i feel safe?


Selamatkah aku nanti bila aku bersama dia? Yakinkah aku dia tidak akan menyakiti aku apabila kami bersama nanti? Mungkin inilah yang berlegar-legar di fikiran si gadis apabila dia ingin bersama dengan orang yang dia sayang. Masa bercinta semuanya indah belaka. Lembut sahaja bicara, ringan saja tangan untuk menolong, wangi sahaja kentut pada masa itu. Mungkin sesi mengorat haruslah dibuat dengan cara terbaik bagi mengambil hati pasangan atau bagi tidak menguris hati pasangan pada masa itu.



Bila sudah berumah tangga, hubungan yang halal dan direstui keluarga kedua-dua belah pihak, yakinkah anda agar tidak menyakiti pasangan anda nanti? Si dia harus percaya yang anda tidak akan sesekali menyakiti dia apabila sudah berumah tangga kelak. Berkahwin bukanlah permainan kahwin-kahwin yang boleh dibuat main-main. Ini adalah tentang kehidupan anda berdua.


Do i feel calm and peace with this person?



Damai. Aman. Dua elemen yang semua orang suka bila bersama pasangan mereka. Elemen ini nampak senang sekali ditulis dan dibaca pada saat ini tetapi berapa banyak daripada kita mampu merialisasikannya dalam perhubungan?



"Abang, saya nampak ada beberapa orang berlegar-legar di hadapan rumah kita pagi tadi. Ilah takutlah bang, abang balik cepat ok". " Ilah jangan takut, abang dah talipon kawan abang yang bekerja di stesen polis berdekatan bagi menjalankan rondaan di sekitar rumah kita, Ilah jangan takut ok, lepas ni abang balik."


Dalam situasi seperti ini, si isteri mungkin berasa sangat takut jika apa-apa terjadi kepada dirinya dan anak-anak barangkali jadi dia mengadu dengan si suami tentang hal tersebut. Sebagai seorang suami, menjadi tugas dia untuk menenangkan perasaan dikala kondisi si isteri tengah risau seperti itu. Dia berusaha mendamaikan perasaan isteri ketika itu dan dia berjaya melakukannya.


Merujuk kepada cinta si tua yang berusia 47 tahun pada mula tadi, mungkin dia mengamalkan semua elemen ini bagi mengekalkan usia perkahwinan dia selama itu. Bagi aku, cinta selepas kahwin adalah lebih indah sebab masa itulah kita dapat mengenal hati budi pasangan dengan lebih dekat dengan cara yang dituntut dalam islam. Sebenarnya aku merujuk dengan mak abah aku, diorang semakin tua semakin romantik pulak aku tengok.


Dah lama aku tak menulis, draft melambak-lambak tapi satu pun tak publish. Doakan aku untuk menulis lebih banyak lagi.


4 comments »

LynnAiza said...

"Abang, saya nampak ada beberapa orang berlegar-legar di hadapan rumah kita pagi tadi. Ilah takutlah bang, abang balik cepat ok".

*terus pikir kakneklah je ni.hahahhaha*

moga update lebih kerap.me laike to read. ;)

Adam Chan said...

Aku fikir... sebelum kahwin, janganlah menakutkan diri dengan perkara2 di atas.. perkahwinan adalah sesuatu yang indah... yelah, bagi sesetengah orang, adakalanya gagal.. tetapi fikirlah positif.

Anonymous said...

Suami yg baik, untuk isteri yg baik. Allah itu Adil. Sbelum fikir bagaimana kah suami aku nanti, mula2 muhasabah diri, aku bgaimana? Aku baik kah? Setiakah? Mampukah aku bahagiakan suami aku? Bagaimana agama aku? Bagaimana kita, begitulah pasangan kita. :) jaga keberkatan sebelum nikah, jgn buat dosa. X patut kan nk mulakan sesuatu yg sepatutnya baik, tapi dimulakan dengan dosa dan amarah Allah. Mcm mana tu. :) wallahualam

Aujinz said...

Siapa yang tak nak bahagia kan kan kan.. tapi kita hanya merancang.. buat yang terbaik..