Lelaki dan perempuan - Kawan Baik
5Friday, February 24, 2012 by Ara Drew
Assalammulaikum/Salam sejahtera,
"Kita semua sepakat di kampung ( sila letak nama kampung masing-masing ), mengucapkan selamat pengantin baru. ( 2x ). Ana kaya dapat kawin orang lawa, Lisa Surihani namanya, ana kaya dapat kawin orang lawa, Lisa Surihani namanya. Kita semua sepakat di kampung buang tebiat, mengucapkan selamat pengantin baru."
Oh, harap anda masih lagi membaca post ini kerana intro tersebut aku dedikasikan khas buat 'kawan baikku' Lisa Surihani dan pasangannya Yusri ( kapel tak jadi aku ). Bukan ini yang aku nak tulis sebenarnya, aku terdetik nak tulis sebab dekat twitter asyik keluar isu cintan cintun je jadi aku pun tak lepaskan peluanglah tulis jugak. Salah satu isu berbangkit setiap kali tweet adalah, perempuan lebih selesa berkawan dengan lelaki daripada kaum sejenis mereka sendiri.
Ayuh yukk, kita pecahkan satu - satu sebab dia. Ini dari segi pemahaman akulah ye cik kak.
Lelaki tak kecoh sebar khabar angin tanpa sebab musabab.
"Eh Lynn, kau tau tak yang si Rina tu dah kapel dengan orang lain? Kau tak tahu kan? Kau apa tahu, harapkan aku je yang menjaja cerita datang dekat kau je. Meh sini aku nak cerita. Yada yada yada yada bla bla bla bla yada yada bla..........."
Korang rasa lelaki ada masa nak datang dari rumah/bilik dia ke rumah/bilik kau semata-mata nak sebarkan gosip atau khabar angin tanpa usul periksa? Nan hado! Perempuan je buat semua ni. Ya, aku akui lelaki ada juga bergosip sakan tapi diorang ada 9 logik dan semestinya mereka selidik dan tanya dulu jika gosip/khabar angin tu betul atau tidak. Dapat dah satu markah untuk lelaki yang menyebabkan mereka dijadikan kawan baik oleh perempuan.
Mereka penyimpan rahsia terbaik.
"Awak tolong simpan rahsia kita tau. Jangan kasi tahu dekat siapa - siapa, kalau tak kita putus kawan serta merta rahsia terbongkar. Meh sini kait jari kelingking."
Peribahasa "biar pecah diperut, jangan pecah dimulut" memang sesuai sangat jika lelaki yang pakai. Mengikut pengalaman aku sendiri, memberitahu rahsia kepada kawan lelaki adalah lebih selamat daripada memberitahu kepada kawan perempuan. Perempuan ni, kalau dah bergaduh sikit mulalah buka segala pekung didada dia dan kawan sekali. Kekononnya nak balas dendamlah tu tapi perjanjian RAHSIA tidak dipatuhi.
Mereka tidak akan cuba mencuri lelaki yang anda suka.
Lelaki curi lelaki yang anda suka? What the what? Kalau ada pun berlaku sayang, itu dah kes luar biasa dan dia adalah gay. Buat apa dia nak curi kalau tiada perasaan yang sama seperti kau suka dekat lelaki tu kan? Banyaknya persoalan yang aku ajukan. Korang jawablah sendiri.
Mereka bukannya talam dua muka.
Semestinyalah dia bukannya kawan yang bermuka talam. Jarang tau kalau kita berkawan dengan lelaki, mereka muka bertalam - talam. Bayangkan kalau cerita sesuatu dan tetiba kawan lelaki kita tu buat aksi 'rolling eyes', kau rasa nak tampar dia 'on the spot' masa tu atau tidak? Mesti ragu -ragu kan? Lelaki ni kalau dah berkawan dengan wanita, dia akan baik sebaik baiknya. Jika jahat, kau terimalah nasib kau masa tu. Dia nak tegur pun taknak, apatah lagi nak berkawan. Lainlah kalau perempuan, dia masih boleh berpura-pura dan menjadi pelakon wanita terbaik dalam satu masa.
Mereka akan menjadi 'kayu' sokongan jika kamu disakiti.
"Awak, si Lynn Dutt tu kacau sayalah. Dia cakap saya suka dengan Sanjay Dutt padahal saya mana suka dengan Sanjay Dutt pun. Lepas tu dia sebarkan dekat kawan - kawan lain dan mereka mula ejek saya. Saya malulah awak, saya malu."
Awww, sebagai kawan baik yang gagah lagi macho, memang dia akan tolong kau masa tu jugak. Dia mungkin akan 'face to face' dengan orang yang berani - berani kacau/sakitkan kau pada masa itu tanpa perlu tunggu konco - konco taik kucing. Kalau kawan perempuan, mesti mereka akan kecoh dulu ramai -ramai lepastu tak berani nak serang sorang - sorang. ( Amalan tumbuk menumbuk dan gejala samseng adalah dilarang sama sekali )
Kawan baik lelaki adalah paling baik kerana mereka akan tanpa segan silu kasi pinjam baju sejuk ( sweatshirt ) mereka jika kita dalam kesejukan. Ini bukan bermaksud dia buka baju dan korang terus berpeluk, bukan. Bukan itu yang aku maksudkan. Korang jangan nak fikir jauh sangat.
DAN mereka mungkin jatuh cinta kepada anda!
Haaaaaa, yang inilah yang perempuan dan lelaki cuba elakkan dalam satu hubungan bernama SAHABAT BAIK. "Disini telah datang, sayang paling dalam........" petikan lirik Kejoraku Bersatu dendangan Search. Mustahil jika lelaki dan perempuan sudah menjadi kawan baik, salah seorang takde perasaan lebih dari kawan. Mustahil ok. Kalau tak lelaki ada perasaan macam tu, perempuan pula yang ada.
Tapi jangan risau, kalau dah bukan jodoh korang untuk berkasih - kasihan, tak akan jadi masalah pun untuk bersahabatkan. Ramai je perempuan dan lelaki jadi kawan baik dan diorang kekal sampai sekarang. Bernasib baik sangat kalau kawan baik tu jadi laki dan korang masih lagi seperti kawan baik masa sebelum nikah. So sweet kencing manis potong kaki kalau bayangkan. Gatal.
Betul tak yang perempuan lebih suka berkawan baik dengan lelaki daripada berkawan dengan perempuan? Kesimpulannya, ini terpulang kepada anda sendiri. Ada yang selesa, ada yang tak selesa. Janji kita jaga batas diantara lelaki dan perempuan je. No touching touching uols.
Category lelaki dan perempuan, sahabat
5 comments »
yang part Mereka akan menjadi 'kayu' sokongan jika kamu disakiti. ni aku tak pernah rasa lagi sebab kawan kawan laki aku tu poyo nak mati =.=" makinya lagi ada la hahaha
yang last ni DAN mereka mungkin jatuh cinta kepada anda! sumpah belum terasa lagi pada kawan2 laki yang rapat tapi tak pasti la pulak kawan2 laki tu ada rasa pada diriku yang comel ni kahkahkah (ு८ு)
yash : kayu sokongan tu aku pernah tengok. kawan lelaki siap serang bila ada perkawa melibatkan kawan perempuan dia.
yg part jatuh cinta tu, hahaha perasan. tapi aku rasa ada yg suka tapi diorg tak tunjuk je. lelaki kan terer bab sembunyi2 ni.
ada setengahnya bila timbul perasaan sayang sebagai kekasih.. hubungan persahabatan tu jadi renggang.. susah gak lah mcm tu..
Hey nek, sihat Kah....
Akak x penah Ada bestfren lelaki lah, xtau plak cemana rasa.... Tp fakta2 tu Ada benernye... Hehehe
quote mereka tidak akan cuba mencuri lelaki yang anda suka n mereka bukannya talam dua muka mmg sokong abis...i got it....
quote mereka akan menjadi 'kayu' sokongan jika kamu disakiti pon sokong jugak....pernah jumpa...jd backup partner yg baik...sanggup tlg kwn....even xtau ksh sbnr yg terjadi....heheheheh
quote mereka penyimpan rahsia terbaik n lelaki tak kecoh sebar khabar angin tanpa sebab musabab kurg disokong....i got 'bf' yg kepochiiiii mglhkn perempuan....hahahaha
Post a Comment