RSS Feed

Tips berkenalan rapat dengan seseorang

6

Wednesday, January 4, 2012 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam Sejahtera,



Hari ini atas desakan pembaca alam bunian, aku akan menulis tentang cara-cara berkenalan demi menjaga hati kaca mereka yang sangat berharap aku menulis pasal ini. Ini diluar norma penulisan aku tapi aku mencuba sedaya upaya.

Aku akan sertakan soalan-soalan yang mereka hantar melalui telepati dan juga mimpi aku. Mungkin kerana malu nak hantar ke email aku jadi mereka mencari alternatif lain seperti di atas itu.

Antara soalan-soalannya :
 
  1. " Cik Ara, saya minat sangat dekat seseorang ni tapi saya tak berani nak memulakan langkah pertama dan mengucapkan salam perkenalan. Apakah yang patut saya buat? " - Ciki ( Bukan nama glamer )
  2. " Hai CiK aRa, sayer sukEr dier tp sayeR tak Suker kawan2 dier. Aper sayer naRk buarT? - LaN_kodeK ( ini nama glamer )
  3. " Assalammualaikum Cik Ara, saya nak buat satu confession dekat sini yang saya takut sangat nak berterus terang tentang identiti sebenar saya dekat ********* ( terpaksa disembunyikan atas permintaan si penulis ) kerana selama ini saya merasakan saya telah menipu dia. Bukan niat saya nak merahsiakan identiti tetapi saya ingin menguji sejauh mana dia menyukai diri saya yang ini daripada diri saya yang sebenar. Di harap Cik Ara dapatlah membantu saya yang cuak ini. - Ku Hariz ( kemain nama kau kan ).

Oleh kerana soalan-soalan di atas wujud jadi aku akan memberikan beberapa tips berkenalan mengikut tafsiran aku sendiri.
  • Jangan Pandai Memandai-mandai
Di awal perkenalan kita, seringkali kita teruja nak kenal lebih rapat kepada seseorang kan? Teruja sangat sampai terbawa-bawa sifat tidak sabar itu akan memakan diri sebenarnya. Jika korang baru berkenalan selama 5minit setengah saat, janganlah nak memandai-mandai tanya soalan seperti ini, " eh, girlfriend/boyfriend awak tak marah ke kita borak-borak ni?". Kalau kau tanya soalan seperti itu kepada aku, sah-sah aku dedikasikan lagu Selamat jalan Romeo kepada kau. Mood nak borak lebih lama akan terbantut sama sekali.


  • Carilah Topik Perbincangan Yang Baik
Seperti aku cakap tadi, di awal perkenalan rasa teruja itu memang membuak-buak kan? Awal-awal perkenalan, melimpah ruah ke ladang gandum je soalan dan jawapan silih berganti dari kedua-dua belah pihak tetapi setelah sampai di peringkat pertengahan perkenalan, mula menjadi suram. Sebab apa? Sebab dah terlalu banyak cerita tentang diri masing-masing yang diceritakan. Bila tiada topik atau cerita, mulalah tanya soalan merapu seperti "awak dah makan?" "awak dah mandi?" "awak buat apa tu?" selepas itu diam seribu bahasa.

Janganlah perkenalan anda berakhir seperti ini. Jangan terlalu ghairah untuk berkenalan dan bercerita tentang diri anda dari zaman di dalam plasenta sehinggalah sekarang sampaikan tiada topik lagi untuk diperkatakan. Bercerita boleh tetapi ceritalah sedikit-sedikit diselang selikan dengan topik semasa seperti bursa saham dunia ke, banjir ke, gosip ke, agama ke, banyaknyer ke aku tulis jadi tidaklah bosan sangat.
  • Elakkan Daripada Menggunakan Bahasa "Alien Workshop"
Melihatkan soalan nombor diruangan soalan pembaca di atas, adakah naluri anda ingin berkenalan membuak-buak? Sila jawab dengan jujur walaupun yang menulis itu seorang jejaka kacak berkumis nipis dan berpakaian segak ataupun seorang wanita jelita yang sangat elegan penampilannya.

Aku seorang yang berterus-terang. Jika orang yang menulis seperti itu di Twitter/Facebook/BBM/Whatsapp, aku akan tegur secara halus ataupun terus. Umur dah tua bangka, masih tulis seperti itu, budak-budak baca pun malu tau. Budak-budak kalau tulis macam tu, lagilah aku tegur secara terus. Dekat sekolah nanti terbiasa tulis macam tu baru tahu dan bila dapat markah sedikit dalam ujian penulisan, tak payah nak bersandiwara cakap kau dah berusaha.
  • Jangan Salah Mengaku Salah
Aku tahu ada macam-macam taktik untuk korang nak berkenalan lebih rapat dengan seseorang jika korang baru berjumpa diluar ataupun terjumpa dimana-mana pelusuk dunia ini seperti terlanggar bahu ketika di kedai makan, termarah ketika terpijak kasut atau tersenyum ketika melihat di kejauhan.

Selepas peristiwa itu, mesti otak korang mula merencanakan satu misi untuk mendekati si dia dengan lebih dekat kan? Mulalah korang mencuri bbpin blackberry dari rakan terdekatnya, mendapatkan nombor talipon dari majalah sekolah dia ataupun mengodek-godek senarai rakan di facebook rakan anda / senarai follower dan following di twitter rakan anda.

Jika sudah berjaya, jangan salah mengaku salah kerana berbuat semua itu kerana semua itu akan merencatkan sesi perkenalan. Cehhhhhh, memandai je aku tulis macam tu sedangkan aku akan bertungkus lumus menyiasat dari mana orang dapat nombor talipon aku hahaha.


Itulah serba sedikit tips yang aku amalkan jika nak berkenalan dengan seseorang. Di harap ia dijadikan bahan bacaan dikala anda stress ketika cinta/perkenalan di tolak. Aku paham situasi macam itu. Jika ada saranan dan maklum balas, sila emailkan ke fauziana88[at]gmail.com. Wahhhh, dah macam siaran sendiri. Aku suka. Kau tak suka? Kenapa dah habis baca baru tak suka?



6 comments »

EyanaNoorAzlan said...

selamat pagiii...anda bertuah telah d tag ~~ hihi..

http://eyananoorazlan.blogspot.com/2012/01/tagging.html

Mr.J said...

hai cik adik manis.. :)

Mirul said...

Nice tips, nak tambah sikit ye.. antara topik yg wajib diborakkan semasa berkenalan ialah topik "duduk mana". Dari situ bolehla bercerita, oh tempat tu pernah ku lawat... blablabla... Mesti dia bangga kan, kampung ceruk tapi ada orang pernah sampai..

Amir Syahir said...

nak kenal ngan cik leh?

busana muslim wanita said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

Anonymous said...

Macam mana nk rapat dgn seseorang kalau tak pernah bercakap?