Angin, aku mohon bantulah aku sekali lagi
1Friday, September 2, 2011 by Ara Drew
Assalammualaikum/Salam sejahtera,
Angin
Aku mohon kau bantulah aku sekali lagi
Aku mohon kau sampaikan rindu aku di angin lalu
Aku mohon kau usaplah tangisnya wakil jemari jauhku
Angin
Aku dengar kau telah bantu Dewa sampaikan cintanya
Aku dengar kau masukkan dia di dalam mimpi
Aku dengar kau sampaikan rindu terdalam buatnya
Angin
Khabarkan pada aku jika dia terasa sejuk pada hembusan bayu malammu
Wahai sayang
Andai kau terasa sejuk, kau pejamkan mata
bayangkan berada di dalam dakapanku
Andai kau terasa rindu, pejamkan mata
kita bersua di dalam lena
Angin
Aku yakin kau ingin bertanya
kenapa hari ini masih ada yang suka bermain kata?
bukankah kata-kata itu hanya sebuah kata tak indah bukan?
Apa erti puisimu? tanya sang angin kepingin ingin tahu
Aku jawab " seperti dirimu, derumu"
Angin
walau apa yang dia jawab pada khabar yang kau sampaikan
simpanlah kerna aku hanya ingin sampaikan sahaja
tanpa perluku tahu apa jawabnya pada khabar jauhku.
P/s: Harap ada yang membaca tulisan kecil ini. Ini bukan nukilan jiwang terus dari hati si penulis, ini hanya luahan hati kepada si dia. Jemari hanya menjadi perantara antara hati dan jiwa yang lain.
P/s: Harap ada yang membaca tulisan kecil ini. Ini bukan nukilan jiwang terus dari hati si penulis, ini hanya luahan hati kepada si dia. Jemari hanya menjadi perantara antara hati dan jiwa yang lain.
Category monoloq
1 comment »
The casino in Mississippi is on fire: Now that the casinos are in
The 경주 출장샵 casinos in Mississippi are 창원 출장샵 on fire: Now that the casinos are in The casino in Mississippi 사천 출장마사지 is on fire: Now 전주 출장마사지 that the 안산 출장샵 casinos are in
Post a Comment