Nak kawen dengan anak makcik tak?
9Tuesday, September 6, 2011 by Ara Drew
Assalammualaikum/Salam sejahtera,
Dahan rimbun bersarangnya tempua,
Tempua bersarang selepas mengawan,
Sudah lama kita tak bersua,
Pejam celik dah raya kelapan.
Rumah lama berbunyinya papan,
Papan buruk licinlah pula,
Bila raya mulalah keluar soalan,
"anak awak bila nak kawen pula?"
Alhamdulillah, minggu ini dah Syawal kelapan ya semua. Amacam raya, ada baik ka? Bagi 'DuitRaya hunter', apa macam collection tahun ini? Banyak tak yang anda kumpul? Eh, bagi yang dah tua bangka tu tak payah nak kira jugak. Awak tu dah tak sesuai nak kumpul duit raya, lainlah aku ni...memang patut dihulur duit raya haha.
Setiap tahun bila menjelangnya raya, memang aku akan jadi bingung sebab akan diajukan pelbagai soalan cepucemas dari sanak saudara dan sanak bukan saudara juga. Jika yang belum mendapat pekerjaan, mesti akan rasa nak melarikan diri sebab memang soalan utama yang ditanya adalah "anak akak/abang ni kerja apa sekarang?". Mau masa tu kita belum dapat sebarang pekerjaan, mesti malu yang teramat bila ditanya soalan sebegitu. Betul tak? Kalau betul sila iyakan dalam hati.
Lain pulak situasinya bila kita masih single atau bujang trang tang tang ( wah gitu ), soalan cepucemas versi mengejek,sinis, atau kesian akan diajukan. Contoh soalannya adalah ;
- Soalan MENGEJEK
Soalan mengejek ini seperti soalan yang berbaur buli batin kalau korang nak tahu. Buli batin kerana bila diorang ajukan soalan sebegitu maka kita yang diajukan soalan itu akan terasa seperti dibuli habis-habisan.
Kepochi 1 : Eh, anak ko Jah dah ada ehem-ehem ke belum?
Mak : erk, ehem-ehem tu ape Nah? ( buat-buat tak paham)
Kepochi 1 : alaaa, takkan tak paham ko ni Jah. Anak aku sekarang dah BAHAGIA bersama pilihan hati dia, sekarang pun dah sarat mengandungkan anak ke 3 walaupun baru 2 tahun kawen. Almaklumlah tahun pertama dapat kembar perempuan. blaaaa..blaaaa..blaaaa ( sampai tak dapat nak mencelah )
Mak : owh, itu yang ko maksudkan. Anak aku belum lagi, dia nak tumpukan untuk kerja dulu lepas tu nak kasi aku muntah darah makan duit yang dia kasi. ( balas nampak)
Kepochi 1 : ko jangan Jah, nanti anak ko tak laku, sape nak kat dia nanti? Jadi anak dara tua sape malu, ko dan keluarga ko jugak yang malu.
Aku : ............... ( dibiarkan mengunyah biskut raya tanpa bertanya apa yang aku nak )
- Soalan SINIS
Soalan berbaur sinis ini lagilah kejam dan akan memakan segala isi hati dan jantung dengan dalam. Soalan macam ini memang agak kejam tetapi ekspresi muka si pengaju soalan tidak menampakkan bagaimana sinis soalan dia. Korang paham tak ni?
Kepochi 2 : Jah, dah besar panjang anak ko ni Jah. Manis pulak tu seiring dengan kemanisan biskut Almond London aku ni. Makan-makan jangan malu-malu.
Mak : Biasa je Mah, budak-budak nak membesar mana kita dapat nak menahannya idak? ( gelak ).
Kepochi 2 : Eh, anak ko dah berpunya ke belom?
Mak : Belom lagilah Mah. Dia ni susah sikit nak kongsi dengan kita kalau dah ada 'kawan' ke tidak. Ikut suka diorang lah, diorang dah besar.
Kepochi 2 : Itulah ko Jah, anak aku dulu nak kat anak ko, taknak. Anak aku bukan tak hensem, hensem budak tu walaupun rendah sikit tapi bolehlah kalau nak kasi anak ko beranak. ( sambil makan biskut tapi mata tengok lain )
Aku : ........... ( tersedak popia kecil )
Berhenti ajukan aku soalan yang merimaskan!
- Soalan KESIAN
Soalan kesian paling senang nak pahamkan? Jadi aku tak perlu nak jelaskan panjang lebar pasal ni.
Kepochi 3 : Ya Allah Jah, lamanya tak jumpa ko. Tak berubah- ubah dari dulu hingga sekarang.
Mak : Alah, ko pun apa kurangnya Ti tetap 'maintain' dari dulu. ( ayat mengandungi MSG )
Kepochi 3 : Ini anak sulung ko dulu ke Jah? Dah besar rupanya dia, dulu kecik je main dekat rumah aku.
Mak : Ar'r yang ni lah yang sulung. Eh, anak ko yang sebaya dengan anak aku tu mana?
Kepochi 3 : owh, dia masih dekat obersi ( dibaca : oversea ) lagi. Tak balik dia tahun ni.
Mak : wah untung ko Ti, anak kerja jauh ni.
Kepochi 3 : Untung apa, rindu lagi adalah aku tahun ni. Semenjak dia putus dengan anak ko tu, dia bawa diri jauh sebab kecewa. Anak ko dah berpunya ke?
Mak : Eh, jangan macam tu Ti, dah namanya takde jodoh nak berbesan. Dia masih single lagi ni.
Kepochi 3 : Kesian. Mungkin belum ketemu jodoh lagi kot.
Aku : .......... ( rasa nak dirempuh lembu gila )
Itu sedikit sebanyak contoh soalan yang gadis bujang seperti aku akan dapat masa raya. Jangan ke masa raya tapi sebelum raya pun dah bertubi - tubi kena. Aku yakin banyak yang sama situasi dengan aku dan malu nak berjalan raya sebab takut diajukan soalan sebegini. Kalau korang senasib dengan aku, sila jerit depan monitor masing - masing! haha.
9 comments »
bahahaha..
*ok kejap lg exam..lepas tu ak sambung gelak.. haha
jaga tepi kain sendiri sudah lah kan.. sibuk je =p
exactly yg blaku tem raya ari tu...
-sengeh je laaaaa-
panjangnye posting.. hehe
nice entry..hehe
BW from BSG
hahahhahahha soalan 2 tu bangang gila lol
Lawak bila baca soalan dia.
p/s: Jom join contest di http://untuqsemua.blogspot.com
LOL! haha. baru baca post niiii. baik punya soalan2. haha
y ur soooo funny? erm...
Post a Comment