RSS Feed

Kerna kau seorang wanita

3

Tuesday, August 23, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,



Kerna kau seorang wanita,
Setiap kata banyak yang kata dusta.

Kerna kau seorang wanita,
Setiap perbuatan kau diperkata.

Kerna kau wanita teguh,
Tetap utuh walau ada yang merempuh.

Kerna kau wanita yang gagah,
Tetap bangkit dan selalu bertabah.

Ternyata kau lebih kuat dari terjangan ombak yang mengila. Aku tahu boleh menahannya. Lihatlah airmatanya yang keluar dan aku turut merasa sedih gembira menangis tertawa, apa pun beragam rasa.

Lihatlah senyum tawanya di saat dia ingin berteriak dan menangis. Lekuk pahit manis kehidupan yang menerjah ruang hidupnya.

Lihatlah kedua tangannya. Tangan yang berguna di kala hidupnya, memeluk, membelai, serta bekerja.

Lihatlah kelembutan hatinya sehinggakan belati tajam mana pun tidak dapat membelahnya. Hati tulus simpan rasa paling dalam, simpan sayang paling banyak, kandung rasa paling pahit dendam lama.

Dia lemah tapi kuat. Dia lembut tapi kukuh. Dia rapuh tapi tahan serangan.

Dia hanya punya satu hati tetapi mampu berbagi hati. Dia hanya punya dua tangan tetapi mampu mengganda gunakan tangan. 

Dengarkan apa yang dia mahu, terimalah apa yang dia pertahankan, kerna dia hanya seorang wanita. 
 


3 comments »

LynnAiza said...

rindu umaira. #tetiba

Umie Nadhirah said...

sungguh tersirat .. aku x paham bahasa sastera !___!

lizz said...

nasib baik aku adalah wanita.buat-buatlah faham bahasa sastera ni -..-