RSS Feed

Origami Cinta

6

Sunday, August 7, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

Origami. Definisi origami pada pandangan seorang gadis seperti aku adalah sehelai kertas kosong tanpa apa - apa keistimewaan padanya diolah dan digubah indah kepada sesuatu bentuk yang diingini dari tangan istimewa si pembuatnya. Origami tercipta satu ketika dahulu di Jepun apabila seorang budak ingin menyembunyikan kertas ujian dia dari pengetahuan ibu bapanya. Dia membuat satu bentuk yang indah bagi mengelakkan kertas ujiannya dari diketahui oleh kedua orang tuanya. Kreatifkan?

Aku tak pandai sangat dalam pembuatan origami ni tapi aku berkesempatan belajar. Satu dua saja origami yang aku pandai, itupun gubah kertas yang asas saja seperti kapal terbang, perahu dan kapal layar. 

Seorang teman pernah bertanya pada aku dahulu, macam mana kau nak buat kejutan istimewa kepada yang tersayang tanpa perlu guna kos yang mahal?

 Kau boleh tulis : Mungkinkah kau pemilik kasut yang aku cari?

Aku gelak. Kau ada tangan kan? Kau pandai mengubahkan? Kau punya hati nakal ingin melihatnya tersenyum pada sesuatu yang kau hadiahkan? Kau ambil satu kertas warna dan kau buatlah apa jenis gubahan pun asalkan kau dapat melihatnya tersenyum. Kau tulis ayat cinta, kau tekap pada dada, kau tampal pada kertas, kau lipat dan hantar pada masa dia tak sedar.

Tapi aku malulah kawan?

Kau nak malu apa? Kau yang bercinta tapi kau yang malu pula. Kau mahu tahu sesuatu, kalau aku yang bercinta, aku sudah kejutkan dia dengan segala jenis kejutan yang tidak terduga. Kejutan manis bukan kejutan yang boleh buat dia terkejut sakit jantung mendengar khabar kau bercinta kayu tiga. Kau sayang dia jadi kau ikat dia dengan cara halus agar saat indah ini dia akan ingat sampai bila - bila.

Wang ringgit bukan penentu segala - galanya. Tanpa wang ringgit pun kau mampu memberi kejutan yang kuasa wang ringgit tidak mampu tandingi.  Jadi hidup kena kreatif. Kau mampu menerbitkan satu senyuman yang paling indah dari yang tersayang jika kau pandai mengawal keadaan. Wahhh, ayat aku dah berbunyi semacam.


Origami ini seolah - olah satu usaha yang tidak kenal putus asa. Kau berusaha sedaya upaya ingin menghasilkan sesuatu yang pada awalnya sentiasa gagal. Kau cuba, cuba dan terus mencuba. Tabik. Kau tak kenal erti putus asa. Kau cuba sampai kau berhasil menjayakan apa yang kau usahakan. Origami juga seperti cinta. Kau sedaya upaya ingin memperolehinya tanpa kau kenal erti putus asa.

Tidak semua usaha itu mendatangkan kejayaan, tetapi sekurang - kurangnya kau telah berusaha. Usaha itu penting, bukan hanya berpeluk tubuh tanpa usaha. Aku pernah marah -marah sebab tak dapat menghasilkan origami yang aku ingini. Menangis sebab segala usaha aku tidak mendatangkan hasil tapi aku tetap degil masih mahu menyiapkannya walau usaha tersebut menyakitkan aku. Walau hasilnya tidaklah seindah yang dilihat tapi sekurang - kurangnya aku berusaha sampailah aku dapat menghasilkan apa yang aku mahu.

Aku bukannya kekasih siapa - siapa kawan, aku hanya menjawab pertanyaan. Kau bertanya, aku menjawab.  Kau yang ingin bahagia, aku tumpang gembira. 


6 comments »

mirul said...

wah wah wah, cun sungguh. suka2

LynnAiza said...

origami cinta.

saya tak pandai buat origami,saya tak pandai bercinta.saya ok. ;)

syasyah_biscuits said...

smart origami tu

Jery Mszi said...

cute ... jom dapatkan reward link ini
http://grpv.cc/1nbY

Anonymous said...

indah.

sungguh.

Siagian Writer said...

Entrilagu - Thank you for sharing... :D Serverlagu