RSS Feed

Sahabat, pada kau seperti apa?

0

Wednesday, August 3, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,


Sahabat,
Mungkin pada aku sahabat seperti pena yang setia digenggaman saat aku ingin mencoretkan rasa hati setiap hari. Mungkin juga sahabat seperti selimut yang setia menyelimuti diri ketika sejuk yang mencengkam ulu hati dan nyamuk gatal yang sentiasa menodai kulit mulusmu. Mungkin juga sahabat diibarat seperti talipon genggam yang sentiasa ditangan walau dimana sahaja hatta di 'bilik kecil' pemuas hajat yang lama. 

Sahabat,
Terkadang banyak yang sayang sahabat lebih dari mereka menyayangi keluarga sendiri. Sayang sahabat sampai sanggup tinggalkan keluarga, tinggalkan sayang yang abadi, tinggalkan kasih yang suci. 

Sahabat,
Pernah ada yang bersedih kerna tidak punya sahabat. Dia insan sunyi yang tidak punya seseorang untuk bergurau senda, berkongsi suka duka, bercerita sinetron cinta di layar peti kaca serta tidak punya siapa untuk mendakap erat mesra. Aku rasa dia hanya ingin seseorang yang akan setia meminjamkan bahunya di kala dia menangis dan seseorang yang usap lembut bahu demi untuk menenangkannya. Adakah kau sahabat yang dia cari? Aku bertanya dengan nada paling halus dan lembut, adakah kau sahabat yang dia cari bagi temani hari - hari indahnya?

Mungkin kau yang dia cari sebagai sahabat. Mungkin kau yang ditakdirkan untuk menjadi teman. Tuhan telah tentukan satu takdir dimana kau akan temui sahabat yang baik satu hari nanti, janji kau sabar. Itu paling penting SABAR.

Aku sayang semua sahabat aku. Aku akui aku seorang yang ceria dan nampak seperti seorang manusia yang tidak punya masalah tetapi aku manusia paling susah dapat sahabat yang setia. Sahabat yang tidak melihat dari kegembiraan sahaja tetapi berpaling meninggalkan kita dikala duka. Ramai yang ingin menjadi sahabat tetapi adakah kita dapat selongkar hati mereka untuk melihat sejauh mana keikhlasan mereka? Kalaulah aku dikurnia kuasa luarbiasa dapat baca isi hati, akulah manusia paling beruntung di dunia. Kalaulahkan.


Sahabat alangkah manisnya jika dia yang kucup hangat pipi ketika duka mendatangkan, rangkul erat bahu yang lemah dihimpit dugaan, serta jari halus yang usap tangis setiap masa. Aku mohon teman itu yang aku dapat. Sahabat yang bergelak tawa saat berita gembira di sampaikan dan bukannya seorang yang tersenyum dengki di dalam hati.  

Kawan, kau sihat hari ini?
Kawan, kau rindu aku hari ini?
Kawan, adakah aku yang kau cari di kala hari - hari bahagia mu?
Akukah yang kau singkir di kala kau temui kawan baru?

Lucu bila lebih banyak soalan daripada jawapan. Senangnya mengolah soalan daripada mencari jawapannya. Mungkin aku boleh guna fungsi salin dan tampal jawapan dari insan terdahulu. Lebih senang dari mencari jawapan sendiri tetapi kesannya pada kau, lu pikirlah sendiri. 

Akan ada sahabat yang baik buat kau satu hari nanti. Akan ada sahabat yang setia temani hari sunyimu nanti. Doa aku dari jauh, moga ada senyum pada bibir itu, moga ada tenang pada hati runsing itu, moga kau temui jua teman yang setia satu hari nanti.

P/s : Buat Aishah Sobri