RSS Feed

Kepuasan kalah selepas berjuang

4

Tuesday, August 2, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

  
Mengalah sebelum berjuang itu sifat orang yang takut mendengar perkataan KALAH. 
Mengalah sebelum berjuang itu sifat orang yang takut pada hati yang akan disakiti.

Sadiskan?
Kenapa aku cakap sadis sebab kau mengalah dahulu sedangkan kau belum pernah berjuang ke atas apa yang kau nak. Kau insan pengecut yang takut terima hakikat kekalahan sedangkan kau belum mencuba apa - apa cara sekalipun. Kau kata ingin perjuangkan cinta dan cita - cita tapi kau hanya duduk menunggu bagai sang bulan itu jatuh ke riba. Ah, indahnya kalau sang bulan jatuh terus ke riba. Kau ingat dengan hanya berbekalkan seutas lastik getah, kau mampu menjatuhkan sang bulan? Kau salah. Kau terlalu mengambil mudah sehinggakan kau meletakkan sesuatu dengan sambil lewa.

Aku tabik orang yang bertungkus lumus berjuang demi haknya sendiri tanpa mengambil kira erti PUTUS ASA. Ya putus asa. Perkataan paling akhir jika seseorang sudah tidak larat memperjuangkan haknya. Aku terkadang, bukan terkadang lagi tapi sudah banyak kali ucap pada diri bahawa aku sudah putus asa. Putus asa pada semua usaha yang aku sudah perjuangkan tapi aku masih kenal tuhan yang Esa. Selagi Dia masih ada dalam hati, jangan sesekali ucap putus asa sebab Dia tetap ada untuk kita.

"Gapailah cinta yang kau ingin kerana kebahagian itu milik kau sendiri"

Aku dah cuba banyak kali tapi kenapa nasib tak pernah menyebelahi aku?

Itu kau selalu tanya tiap kali otak dan hati kau serasi mengiyakan bahawa sifat putus asa mula menghantui diri. Menangis. Ya, menangis teman paling indah teman paling akrab teman paling setia temani hati ketika kau dirundung hiba. Jika bantal bukan penyimpan rahsia yang baik, aku yakin bantal akan sebarkan segala isi kandungan luahan perasaan ketika kau menangis.

Biarpun ia ambil masa selama hidup pun aku tetap mencari. Mencari hak diri untuk bahagia. Hak diri untuk mengubah cara hidup. Kau manusia hina jika tak pernah mencuba. Kau manusia penakut jika terus belenggu diri dengan kata tak pernah mencuba. Bukan semua punyai hidup yang indah. Bersyukur seadanya moga - moga ada hikmah di sebalik kesusahan.

Sama kaedahnya berjuang kerana cinta. Jodoh itu rahsia Allah tetapi adakah kita meletakkan sepenuh - penuh ketentuan kepada Allah semata - mata? Kau ingat dengan terperuk di rumah sambil menunggu sang putera raja datang adalah jalan terbaik? Aku tahu ramai yang sudah putus asa di sebabkan seringkali di kecewakan dalam cinta ataupun terlalu takut untuk kecewa. Setiap orang berhak untuk bahagia walaupun angan - angan seringkali cinta seindah cerita dongeng semata - mata. Aku sudah mencuba, terpulanglah kepada yang empunya diri untuk menerima ataupun tidak. Aku pernah di kecewa kerana terlalu berani mengucapkan kata suka pada insan yang tidak aku kenali. Positif itu penting. Janganlah disebabkan di kecewa akibat cinta tidak berbalas, kau memaki sepuas hati empunya diri tersebut. Hak untuk menerima adalah hak setiap individu. Kau ingat segala kuasa dan telunjuk adalah sekadar mengikut percaturan yang kau atur? Silap. Kasih sayang bukan untuk di paksa tetapi untuk di pupuk. 

Maaf aku banyak berkata tapi ini perangai aku sekarang. Kurang bercakap tapi lebihkan mencatat. Gapailah apa yang kau rasa betul dan tercipta untuk kau. Kau yang berhak dalam pencarian kerana hidup kau milik kau sahaja. Jika kau merasa segala usaha adalah sia - sia, kau salah sebenarnya kerana kalah selepas berjuang adalah lebih indah dari tak pernah mencuba apa - apa.


4 comments »

L said...

pon2.. lori milo benti depan umah, nk kasi 2 3 sachet milo 3in 1 utk berbuka nt.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/bangun-sahur-buat-aper.html

Rin Saharina said...

nice entry :)
yupp,nver give up.menang@kalah lain cite.yg pnting, we're try the best :)

Nazri Razra said...

Sedey la palk aku baca entry neh.. sob..sob

Ara Drew said...

Terma kasih kepada yang membaca ^^