RSS Feed

Bawang yang salah sebenarnya

5

Thursday, July 28, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam Sejahtera,

  

Kau menangis sebab apa?
Mata kau bengkak sebab apa?
Kau sibuk sangat apesal?


Satu ketika kau perlu luah apa yang terbuku di jiwa. Satu ketika kau perlu ceritakan pada dunia apa kau rasa tapi simpan sahaja untuk satu jangka waktu yang lama. Menangis hanya satu perantara jiwa pada mata. Mata main peranan lakon gerak apa yang terbuku di jiwa.

Lukis di dada langit bintang paling terang paling indah paling cerah yang kau inginkan. Pejam mata seketika moga dapat genggam satu bintang pujaan hati. Apakan daya jika tidak di perolehi, tawa jadi tangis sepi di malam hati.

Tak salah relakan takungan air mata pecah di kala kau inginkan ketenangan. Kau ingin jadi gila jadi manusia tidak punya perasaan? Betapa terujanya menceritakan pahit manis kehidupan jika kita pernah laluinya daripada hanya mendengar dari pihak yang lain. Rasa terujanya amat lain dan aku yakin kau paham jika kau mengiyakan apa yang aku cuba perkatakan.


Jadi dah kenapa kau menangis?

Tak perlu kau tahu. Bukan semua perkara boleh di kongsi sewenang-wenangnya. Cuma satu yang aku nak cakap ini semua salah bawang yang buat airmata aku mengalir. Jawapan selamat dan mangsa paling kerap kali di salahkan jika ada adegan airmata andai ada manusia lain melihat sketsa yang cuba kau sembunyikan. Maafkan aku BAWANG.


5 comments »

stoberycoklat said...

hahahha eee bawang buat ko nanges....bawang jahat....tumbuk2 bawang kasi lumat....heee

*xsemua benda kita leh citer yer tak? menangis buat aku jadi legaaaa walopon mata bengkak buruk giler..jnji aku puas! heee >.<'

Unknown said...

tak suka potong bawang yang pasinyerrr..wuwuwuwu~

ciK LyndaWawa said...

bawang tu....comel dibuat camtu heheh

HARITH SYAHMI said...

bawang sedapp.haha

CXopportunities said...

hehehe kesian bawang tu. kih3. puasa itu meletihkan?