RSS Feed

Ruang ucap rasa rindu

4

Thursday, July 21, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,


Kau ingat mungkin aku diam sebegini rupa?


Kau rindu aku tak?
Kau rindu aku tak?
Kau rindu aku tak?

Acap kali kau ungkap kalimat manis di depan aku. Aku mendengar dan hanya mendengar.

Kenapa kau tak jawap pertanyaan aku?

Perlukah aku jawap pertanyaan yang aku sendiri tak faham dan tak tahu bagaimana untuk menjawapnya? Aku amat menghargai nilai sesuatu ungkapan yang diucapkan. 'Sentimental value' bak kata orang yang terlebih dahulu kunyah garam dari aku. Ah, disebabkan kau terlebih dahulu kunyah garam, kau bolehlah cakap macam tu kan?

Kau asyik diam bila aku tanya?
Aku terfikir dalam mulut kau tu kau simpan emas,berlian atau mutiara?

Lucu bila orang mula persoalkan bila kita asyik diam jarang berkata tapi terlebih ketawa.

Kalau aku tahu kata laluan pintu anak tekak kau itu, mungkin sudah lama aku godam satu masa dahulu.

Mudahnya kau berkata seolah - olah kau yang menjaga pintu anak tekak.

Jadi aku akan cuba kasi ruang antara kita. Kita berjauhan selama seminggu moga ada ucap rindu yang akan aku dengar bibirmu yang bisu.



Masa ini baru sahaja masuk hari keempat kau cuba kasi ruang agar ada rasa rindu berputik dalam ruang hati aku. Lagi tinggal tiga hari lagi untuk kau bertanyakan kembali rindu itu, bukan untuk aku bukan sesiapa tetapi untuk kau. Tengok, aku dah cilok sedikit puisi dari filem 'Ada Apa Dengan Cinta'.

Nanti mesti ada yang gelak baca sebab fikir aku angau kemaruk cinta. Alah teman, aku sudah sedia walau apa yang hendak dikata. Aku gadis kuat tahan caci bukan sekadar memakai pakaian besi apatah lagi di kocek ada segenggam besi berani.

Jika engkau hendak kuat, tak perlu menunjuk kau mampu angkat berat.
Jika engkau mahu tabah jadilah engkau seperti labah - labah yang sentiasa akan bersabar menganyam benang - benang rezeki bagi menyambung nadi hidup sendiri.
Jika engkau ingin hidup sendiri tak perlu kau cari kebahagian untuk diri.


P/s : Ini bukan aku yang sebenar, ini jelmaan Marylin Monroe yang merasuk kot. hehe
Ini untuk kau teman, teman ada di kala gembira. Teman jauh penyambung tawa.


4 comments »

LynnAiza said...

'kiteww rinduuu awak'.uhuk uhuk.hahaha.

p/s:kirim slm kat marylin monroe tuuuu. :))

Cik Bucken said...

akulah manusia plg merindui ko nekkk
(ayt penyedap hati)hukhukhuk

Nizam Ijam said...

menusuk kalbu! :)



” Nizam Ijam Dot Com”

wazy said...

Susah juga kadang-kadang nak ucap kata-kata rindu ni