RSS Feed

Perlukah ada alasan untuk gembira?

8

Tuesday, July 19, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,


Kau gembira dengan cara kau sendiri

Mengapa perlu ada alasan untuk kau merasa gembira?
Mengapa ada sekatan untuk mengecap rasa gembira?

Terkadang aku terfikir, rasa gembira amat mudah bila disebut pada setiap bait huruf yang terkandung pada perkataan GEMBIRA itu sendiri. Mudahnya bibir menyebut tidak senada dengan hati yang merasa.

Pernah terfikir gembira orang lain?
Pernah terfikir bahagia orang lain?

Aku gembira bila tengok dia bahagia. Aku tersenyum melihat dia mampu tersenyum. Moga ada hari baik buat dia, moga ada hari indah buat dia di sana. Gembira bukan sekadar mampu mengembirakan diri sendiri tetapi rasa indah pada gembira adalah mampu mengembirakan orang sekeliling.

Ambil contoh pada si pembuat taman tema kanak - kanak. Aku yakin pada ketika dia terfikir ingin membuat satu tempat yang mampu mengembirakan orang lain, dia harus mengembirakan dirinya dahulu. Dia berkongsi kegembiraan dengan orang lain dengan melebarkan satu dunia yang dahulunya kecil dan hanya dia sahaja dapat menikmatinya tetapi apabila dia melebarkan dunianya yang kecil dahulu, kegembiraan yang mana kecil semakin bertambah besar nikmatnya berkongsi gembira.

Gembira tidak perlukan alasan. Bergembiralah dengan cara kau tersendiri. Aku gembira dapat menulis sampai ke hari ini. Aku gembira dapat membaca naskah indah nukilan sahabat sekalian. Aku gembira ada senyum pada jiwa yang membaca.

Gembiralah selagi masih ada nyawa bersisa. Selagi ada jiwa yang tidak merana. Gembira untuk mereka lebih indah jika kita tak pernah mendatangkan secebis kesedihan untuk mereka.


8 comments »

Anonymous said...

yess sangat sukaa entri anda.. :) gembira tidak perlu ada alasan.. selagi nyawa dikandung badan, selagi rahmatNya mengiringi langkah kehidupan, bergembira lah wahai manusia sekalian :) lahirmu di dunia disambut penuh kegembiraan, pergimu diiringi tangisan.. :)

LynnAiza said...

me like this cik dara! ;)
sangat betul.tak perlu alasan utk bgembira.i love to make ppl around me happy.love to see everyone laugh n smile.rasa segala masalah hilang bila hati gembira.so,jum happy2 togader-gader. ;)

Ara Drew said...

QF : Terima kasih, ini percubaan pertama tulis entri seperti ini.

Ara Drew said...

Lyn sayang : Hehe..haruslah sebab menyaksikan sebaris senyum dari orang lain sudah cukup membahagiakan.

Salim Harmanain said...

sedang mencuba untuk menngembirakan diri.. :)

merahitujambu said...

setiap orang ada lasan untuk gembira..xmoh sedih..x suka..uhuk

Ara Drew said...

Salim: moga ada hari gembira buat anda.

Ara Drew said...

Merah itu jambu : Siapa yang suka sedih? Hehe terima kasih moga ada hari gembira dan jangan sedih-sedih.