RSS Feed

Tips apabila dikejar anjing

30

Saturday, March 12, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/salam sejahtera,

Uhuuu,penat den tau. Baru je lepas dikejar anjing tadi. Berkobar-kobar pulak terus update blog haha. Ambil angin jap dulu, pening-pening tapir dah ni lari-lari.

Kronologi citer aku mula-mula tadi macam ni, lepas makan dan buat kek batik, aku bersiap-siaplah nak pergi keje. Nampak sangat aku turun lewat kan. Cakap kat mak, boleh tak dia hantar aku pergi keje? Dia cakap tengok dululah. Akibat kecik hati mak macam tak nak hantar, aku nekad turun pakai jalan belakang rumah orang. Dahlah jalan becak sebab hujan malam tadi, belum ditambah dengan kerengga yang majoritinya banyak dekat pokok kelapa tu. Aku redah jugak dengan hati yang sebal. Tibe-tibe bila part nak melangkah parit jalan besar, wahhhh..nampak sekor anjing ni dah angkat dari perbaringannya. Aku kejung terus kat situ. Dia terus menyalak,pastu keluar lagi anjing putih dari bawah kereta. Arghhh,bawak geng pulak. Mula-mula aku memang nak redah tapi bila tengok diorang makin dekat, niat aku terbantut disitu terus. Aku apa lagi berlari buat pusingan U balik pakai jalan belakang tu. Nasib baik diorang tak ikut aku sampai parit. 

 ( Macam ni lah tadi ) 

Berpeluh-peluh datang rumah mak hairan sebab aku balik lagi,aku cakaplah kene kejar anjing. Dia siap gelak sampai merah muka, grrr. Dia cakap tadi dia memang nak hantar aku tapi bila tengok aku dah blah awal, terus tak jadi. HUHUHU, menyesal aku tak tunggu.

Oleh itu aku terus terfikir cara nak elak dari dikejar anjing/asuk :-
  • Segera berhenti lari, jika anda berlari anjing akan terus mengejar korang, padahal anjing biasanya berlari lebih cepat dari manusia. Korang kalau dah kena kejar ni jangan nak memandai-mandai lari lebih laju dari dia. Dia akan lebih syok kejar. *kebiasaannya memang nak lari pun kan*.
  • Hindari kontak mata, Anjing mengertikan sikap ini sebagai sikap melawan. Segera palingkan wajah korang secara perlahan ke simpang, jangan ke belakang.
    Berkata dengan tegas, cakap “Tidak!” atau tunjukkan jari tangan ke arahnya. Biasanya anjing cepat bereaksi dengan kata-kata ini. Paling afdal pun korang besaukan mata cakap macam ni "tatap mata guwe". *kredit untuk oma berta*.
  • Berbaring terdiam kalau si anjing mulai menyerang korang, biasanya kalau korang pura-pura mati kemungkinan anjing tidak tertarik lagi menyerang korang, karena anjing menyangka lawannya sudah mati.
    Bila masih tetap diserang, rendahkan wajah korang, dan tutupi telinga dengan tangan. *masa ni aku rasa dah masuk wad ICU kot*.


Aku ingat lagi dulu pernah kene kejar tengah kayuh basikal. Akibat terlalu takut,basikal terus aku tinggalkan kat situ dan aku sendiri lari. Wow, diri sendiri kene diselamatkan dulu. Korang pernah ada pengalaman macam ni ke? kalau pernah,kongsikan kepada saya disini. Chewah,ayat macam buat program sendiri hahaha.

Ok sekian dari diriku yang kepenatan ni. 


30 comments »

saharinasaharudin said...

thank God you're ok :)
tp cm lawak je tau kna kejr anjing..hehe

diana said...

ooo..
gitu ke??
setau akak kalau anjing kejar ambik je apa2 baling kat dia..
pasir,batu atau apa je..
nanti dia lari la...

cikDorazz said...

CikD penah kena kejar jugak, naseb baik selamat...
dah fobia ngan anjing skang nih..tgok anjing dari jaoh dah ketaq lutut!hehehe

.sweet-ants. said...

hahaa patut la ckp psl anjing td..lawak betul la cte ni xdpt bygkan camne lintang pukang nye cikdara berlari :D

~Miss_eiyDa ~ said...

penah gak kn kejar anjing ms skolah dulu..jalan nk g library awam kn..pastu lalu depan umah cina..elok jek anjing tu auk2..kejar aku..lari lintang pukang, berguling2 aku...sampai aku masuk umh cina mintak tolong huhuh....

Haz said...

mesti menakutkan kena kejar..

Cik Dara said...

saharina: grr jgnlh gelak! haha nsb baik dia xgigit.

Cik Dara said...

kak diana: huhu klau ade kayu pun dah ok ape kak..

Cik Dara said...

cik d: kannn,takut tahap gaban ijau tdi. T__T

Cik Dara said...

sweet ant: arghhhh,budak ni. dia imagine pulak. grrr

Cik Dara said...

eiyda: citer ieyda plg best..aku dulu pernah gak library dkt dgn rumah cine. anjing byk sgt sampai takut nk pg.

Cik Dara said...

haz: takut wowww..

Paan Jr said...

kepala lutut ni masih sakit lagi kene kejar ngan anjing dulu huhuhuhuu
padahal kalau tak lari takpe pon
huhuhu

iday said...

mintak share kat wall facebook mmber,,sebab dia selalu terserempak dengan anjing bila nak g kelas,,hehe,,thanksss

putERi-kAtEk said...

hahahaa...kawan saya kena kejar anjing....elok2 dia kayuh beskal, dia letak tepi dia pi lari....haahhahaa

saya pun penah, dgn kawan2.... bila anjing mcm nk dekat, kitorng undur2... pastu saya kata :

"weh jgn lari weh...kalau lari makin dia kejar... ( sambil berlari sekuat hati)

Cik Dara said...

paan: haha lamanya msh sakit..

Cik Dara said...

iday: ok tak pe..

Cik Dara said...

katek: haha sengal. ko lari2 tp suruh org lain jgn lari..

nazrul ashraff said...

pernah kena kejar..cilanat punya anjing..dia bwk geng..adalah 100 mter lari and ada 4 ekor smua ny..haha..baru balik tuisyen..beg ngan buku gemuk lagi..

lari mencecet..and

saya menang..:P

haha..anjing mmg looser..

heliantuse said...

pengalaman sama dulu-dulu..sampai sekarang masih takut. tips-tips tu yang biasa orang gunapakai dan berkesan, cuma tak pernah amal :)

Cik Dara said...

nasrul: haha nsb baik ko mng..

Cik Dara said...

bunga matahari: haha tu psllh. yg plg suka org pakai, LARI.

zahidah dihaz said...

oarang kata buat2 ambil batu macam nak baling kat diaorang..mesti tak jadi punya nak kejar...hehehe


New Entry: Sarawak Bloggers: 1st

Anniversary Gathering



Jom join contest mudah Miss Zahidah

4in1 Lucky Draw
. Closing date: 14 Mac 2011, 11.59pm

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

werrr sgt seram bila kena kejar anjing...

EmanTheHalia said...

dah lame x kene kejar anjing. zaman2 higus dulu selalu gak kene kejar. anjing skung sopan skit.

Rie said...

my fren ada bela anjing
dia kata anjing ni selalunya akan kejar org yg takut je
sbb dorang boleh tau sape..hehe

zaimzero said...

aku penah kejar angan itik .. takut woa... huhu http:\\zaimzero.blogspot.com

Aleffellawey said...

kene kejar waktu naik basikal ngan adik seramm anjing tu kat sebelah basikal je adik saya menjerit lepastu anjing tu berhenti lari sebab takut

Anonymous said...

wassup daramanisku88.blogspot.com owner found your website via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your site http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com

Anonymous said...

bru saja habis d kejar anjing. . .fuhh. . .niat just nak main basikal jer. . .pusing2 kmpung. . .las2 sla msuk zon plak. . .tetiba jer ada anjing mnyalak trus kejar ak. . klo 1 ekor xpa ni smpy 4 ekor. . .dlm ati. . .fuhh mati ak mati. . .sukur la kardiovaskular ni kuat juak. . .ak kayuh jer beskal ak. . .nsib baik anjing tu stop kejar. . .klo x . . .x taw pa jad. . .