Sifat Diri Bermula dari DAPUR
17Sunday, March 20, 2011 by Ara Drew
Assalammualaikum/Salam Sejahtera,
'Izinkan diriku meluahkan rasa, maafkanlah aku andai kau terasa, biarku gambarkan apa yang terjadi...moga engkau tak ulangi' ( tune lagu MAHLIGAI DARI AIRMATAMU ).
Mak aku selalu sangat pesan macam-macam kat anak dara *16 tahun* dia ni tau. Dia pesan itu, pesan ini, tegur itu, tegur ini. Dulu aku punyalah degil tak suka dengar cakap mak tapi kini aku sedar atas sebab-sebab private and confidental, hahahaha. Jangan sesekali derhaka kat mak tau, kang tak pasal jadi batu belah batu bertangkup naya korang nanti. Kalau jadi pen Kilometrico ok lagi dari jadi batu.
Mak selalu pesan kat aku kalau dah ade rumah sendiri nanti, tempat paling penting dijaga adalah DAPUR ,bilik air dan 'bilik amanah saham' a.k.a Jamban. Aku bukan nak cakap pasal bilik tu tapi nak cakap pasal dapur. Korang perasankan kalau orang datang rumah kita mesti diorang pergi dapur dulu dari duduk kat ruang tamu tengok tv. Yang ni untuk yang rapat-rapatlah kalau terus ke dapur ni. Yang tak rapat takde maknanya nak ke dapur terus.
MasyaAllah,yang ni nak masak takde mood,apatah lagi nak makan. Tq ya google.
Aku tengok tau kalau orang nak datang rumah mesti mak ngelabah giler tau. Dia ngelabah bukan sebab ape tapi takut orang tak selesa je datang rumah kite. Oleh itu, hari-hari mak dok ajar aku kemas dapur lepas masak,lepas makan dan masa-masa dapur tak beroperasi.
So aku ade tips nak kasi dapur sentiasa bersih. 3 step je kita amal kalau nak dapur sentiasa bersih.
- Kemas dapur lepas masak
Anak dara,makcik-makcik..tolonglah k. Lepas masak dapur mesti kene kemas. Masa bermasak bukan main lagi semangat kan,tapi bila part nak kemas K.O. Contohnya lepas goreng ikan,mesti minyak yang memercik-mercik menyebabkan 'laptop' korang tu kotor kan. Hello,laptop tu dapurlah. Aku cakap tu laptop sebab ofis mak kat dapur tiap-tiap hari. So, masa tutup api gas tu,korang terus lap minyak yang memercik tu. Jangan dok tangguh2 lepas makanlah lepas mandilah. Takde maknanya nak ingat lepas tu.
- Basuh pinggan lepas makan
Ada paham itu tulisan?? Talak paham ka? Sah masa sekolah derhaka dengan cikgu bahasa melayu. Please,please,please,please..basuh lepas makan. Anak-anak kene ajar dari kecik lagi basuh pinggan lepas makan dan minum. Kalau yang budak-budak tak basuh sebab orang tua diorang melarang,aku leh consider lagi tapi kalau budak tua bangka tak basuh lepas makan, ni yang buat aku naik angin. Lepas minum ambil cawan baru,melambak dekat singki pastu ambil lagi cawan yang baru. Ape ko tak nak ambil cawan yang kat dalam almari cermin mak kau tu jugak? grr geram aku. Abah aku selalu cakap,kalau kita tak basuh cawan,pinggan lepas makan...nanti akan ade yang tolong jilat pinggan kita tu malam-malam tau. Haaaaa,paham-paham sendiri k.
- Sentiasa kemaskan bila tak diguna
Bagi yang bujang-bujang dapur sentiasa tak 'berasap',haaa ni tips untuk korang. Jangan disebabkan dapur tak diguna korang boleh sesuka hati tinggalkan dapur tu tanpa dikemas. Mesti sentiasa periksa dalam peti ais, dalam kabinet dapur, manelah tau ade serangga,gajah,rimau,dinosur, mati dalam tu. Kang bila masa nak guna nanti baru nak buat muka jumpa cincin duaplohsen dalam Din Dang. Maksudnya marah-marahlah sebab ade serangga,cicak dan barang basi didapur. Tu salah korang jugak sebab tak alert dengan dapur sendiri. Ececeh,pengalaman ni beb hahaha.
Mak: Dara,aku nak jodohkan kau dengan Nadzim anak Pak Othman kpg seberang tu ko nak tak nak?
Aku: ermm, *blushing tibe2*.. ( tangan kupas bawang )
Mak: Hey,ko dengar tak aku bercakap ni?
Aku: Saya dengarlah mak. Putih kata mak,putih juga kata saya, hitam kata mak pink pula kata saya. Ok lah mak terima je. *malu2 dalam hati suci*
Lepas ni korang tengoklah dapur korang sebelum nak tengok tv dan tidur. Peribadi seseorang terletak macam mana dia menjaga rumahnya,dapurnya dan bilik airnya. TERpanjang pulak bebelan aku hari ni. Walaupun rumah tak seindah istana, biar hodoh diluar jangan hodoh didalam jugak. Walau marah mana kita dengan hidup yang miskin,jangan itu dijadikan alasan untuk anda malas mengemas. Sekian dari diriku yang masih belajar ini. tatatata
*16 tahun- umur selepas di diskaun 70% hahaha*
Category tips
17 comments »
nang bena kata drik....mun org datang,dapo lok nk dtuju daknya..pasya jamban.....mcm xde tmpt len nk dtuju dak ny org ya...hehehehe......
16 thn after 70% dsc??hahhahaaa! tbaek!!
sy nak kawin nga awak boleh ? :B
cik dara...ade owg ajak hang kawen tu....
miahahhahahahh...
cepattttt
apekah kaitan jodoh dengan dapur. adakah dapur kemas baru senang dapat jodoh, atau cik dara kita nih ade org yang merisik. keh keh.
dapur itu mcerminkan displin diri? ok x? hehe
zarah: yalah,bukan xtauk mun dh kdapur deng..nak ngelugak tudung saranglh ya.haha
paan: arghhhh I DO! :D
miss glaticos: haha mana adalah. pandai je.hikhik
ruler: haip,shadap. hahaha ade kaitanlh,awk tu yg xtau.lalala
eman: btul tu eman..kotor dapur,kotor jugaklh peribadi.
betul tue..bukan dapur je tapi bilik skali...
aku ade baca,...kalo nak tgk tahap kebersihan dan kerajinan seseorang tu..tgk bilik tido dia..bersepah ke tak> selimut berlimat ke tak?? ke lepas tido biar..sambung plak tido mlm tu..pendek kata tak payah kemas hahaha
huu..cikmoon mmg pantang klu ada org guna dapur..msak ke.. tapi xreti nak mengemas lepas masak.. aduyaaii.. sakit jiwa nengok..huhu~
hohohoho...panjang lebar penerangan...thank for sharing...
New Entry: Pening
dapur kan penting bagi perempuan..kalau dapur tu kotor dan tak terurus nampak sangat la kan... faham2 jer la.... hehehe..
tapi kalau terlampau bersih pula nampak sangat makan nasi bungkus jer... hehehe
Iya saya setuju!!… hehe walaupun tak dapat nak selalu ke dapur!!
Post a Comment