RSS Feed

Musim Ikan Terubuk sekarang ek?

6

Wednesday, March 23, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

Hoyeah,hoyeah.. (bahu ala-ala Fey Mau). Tahniah kepada kakak dan abang-abang yang ambil keputusan SPM hari ni. Kepada yang berjaya mesti ada wartawan datang tanya macam mana korang leh success nantikan,dan kepada yang tak berapa nak berjaya mencapai target tu takpe sayang, sekurang-kurangnya korang dah buat yang terbaik. Ini bukan penghujung hidup tau,inilah permulaan hidup bagi seorang remaja untuk melangkah ke alam dewasa. Wahhh,matangnya adik tulis ayat-ayat ni semua.

Pagi tadi kiter bangun awal tau sebab nak pergi ke Pejabat Daerah. Abah suruh jumpe kerani kat situ sebab dia dah hantar nama kiter jadi Penunjuk Arah Pusat Mengundi. Gewam kiter dengan abah tau. Takpelah, sekurang-kurangnya kiter boleh dapat pengalaman nanti. Lepas habis semua urusan, kiter dengan mak pergi pasar sekejap sebab nak jenguk ikan. Hamagadd, banyaknya ikan terubuk. 

Kiter sempat jugak ambil gambar sedikit tadi sebagai kenang-kenangan berada di pasar ikan. Nak tengok ke tak? Alah takpe kiter nak jugak tunjuk walau ade yang protes dalam hati nak kunyah-kunyah kiter macam gula-gula getah Papermint tu. 

  
Haa,yang ni kiter nak tunjuk ikan terubuk jenis sederhana besar. Sekilo RM10 je. Rasa-rasanya tak bertelur kot. Masa ni mak kiter tengah borak-borak dengan kawan dia jadi kiter curi-curi ambil gambarlah. Malas nak dengar orang tua bercakap,tak baik tau.


Wallah,masa ni ade banyak lagi. Tengok tak yang RM8 tu kecik sikit dan aku rasa yang kecik lagi kat atas tu RM3 kot.


Itu dia,ambek kau. Paling besar ni,so mahal sikit dari yang tadi. Bertelur lagilah mahal.
Kiter rasalah,sekarang ni mesti musim terubuk. Mentang-mentang nak election ni, terus musim terubuk kan. Motip? haha.  Lalalala, kiter balik rumah masak - masak. Tukar kain batik ( motip nak cakap pakai kain batik?),pastu bukak laptop mak kt dapur terus masak. Taraaaa..


Ikan terubuk kukus. Letak garam pastu taburkan bawang goreng,hiaskan sedikit sayur peria. Bismillahirahmanirahim, burkkkk alhamdulillah. Syukur untuk rezeki hari ini. Tertanya-tanya nasib rakyat di negara lain, entah makan ke tidak diorang.

Akhir kata dari adik, selamat maju jaya semua yang dah dapat keputusan tadi. Kiter doakan semua tabah menempuh hidup sebagai orang dewasa.

P/s: Kiter tak de niat nak cakap macam ni tapi kiter gewam tau. Jangan sampai kiter jadi Hulk Hogan nanti. 


6 comments »

Memo_Hazel said...

sini pat juai tuk tek nek??

Cik Dara said...

pendam lh.haha

yanmie said...

xreti mkn sbb takut tercekik tulang :P


www.yanmieonline.com

ciEk NiENa said...

wah, da lama xmakan ikan terubuk.. huhu.. sya selalu makan terubuk bakar n goreng je.. huhu.. pasni nak try kukus la plak.. huhu

akubiomed said...

Saya suka makan terubuk masin dari Sarawak memang sedap

Miziey said...

pergh! terubok.. lamak dah x merasa.. haha.. btw, 1st tyme sggh blog towk.. nice..
:D