RSS Feed

Ayam Dara Teruna

5

Tuesday, March 1, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi bertemu dan bermadah berhelah kat sini. Nak nyanyi jap, 'di dalam sendu yang teramat,ku lihat senja yang berlabuh,dan malam pun me...' dah,tak ingat lagi apa sambungannya. Korang sambung sendirilah.

3 anak-anak sidek telah paksa aku buat lauk yang ikut sedap tekak diorang je. Ape korang ingat aku ni Chef Two, sekali petik terus makanan tu siap? 


*Masa ni paksa diorang bgambar tak nampak gigi*

So, kali ni aku nak tunjuk resepi untuk tekak anak-anak. Diorang ni kan jenis memilih makan jadi kita mesti pandai ambil hati diorang makan. Jangan nak mengadap makanan ringan yang apa-apa ntah yang diorang letak dalam tu. Tekak budak-budak tak sama dengan tekak orang tua bangka macam korang yang baca ni tau. Budak-budak kene pujuk cara lembut dan psyko diorang kaw-kaw untuk pujuk diorang makan. *ayat pakar pemakanan tak bertauliah*

Hari ni resepi kita 'Ayam Dara Teruna'. Wey, sukahati chef lah nak letak nama apa kan?
Skip mukadimah yang ntah apa2 ni. Aku tunjuk bahan-bahan terus:-

  • Ayam ( yang dah dipotong)
  • Bawang besar seulas
  • Halia ( sebesar ibu jari kaki)
  • Cili
  • Kicap Manis
  • kunyit
  • telur
  • tepung goreng ayam 
  • rempah ratus 

Halia sebesar ibu jari? Agak-agaklah korang besarnya k,kalau jari kaki gergasi baik korang lemaskan diri terus. Budak-budak mananya nak pedas sangat.

Cara membuatnya :-
  • Perap ayam tu dengan tepung goreng ayam ( tepung kepsi anak-anak sidek tu panggil), letak sebijik telur dan sedikit kunyit. Lepas tu korang boleh goreng ayam tu macam biasa dan goreng hingga kuning. Jangan keras sangat sebab nanti nak tumiskan lagi sekali.


  • Bawang besar,cili,halia tadi korang hiris je tak payah nak blender/tumbok pakai lesung batu. Jangan lupa ambil sedikit rempah ratus.

Nampak tak,tak berat sangatkan kalau nak cari semua ni? Susah tak? Ok aku nampak korang angguk cakap susah cari tu. Nak makan kene berkorban sikit sayang.haha

   
  • Lepas tu korang boleh mula menumis bahan-bahan hirisan tadi. Campak je,kasi kuning dan angkat itu bau. Sementara tunggu kuning,gosip-gosip dengan mak dulu kat kerusi. "Cong ceng cong ceng ahaha budak tu lah tadi....." 
  • Korang boleh letak ayam goreng tadi semula dalam kuali,gaul-gaul sebati.
  • Akhir sekali baru letak kicap manis dan sedikit aji/garam secukup rasa.
Taraaa,dah siaplah 'Ayam Dara Teruna' buatan air tangan gebu gebas anak dara ni.haha
Simple sangat resepi ni jadi ayat pun terlalu simple aku tulis. Simple ke? Ape,mana gambar dah siap? Korang jangan tanya mana gambar lepas siap masak sebab belom sempat aku snap, habis dah budak-budak tu bedal. haha Tata.

p/s: Ayam Dara Teruna. motip nama ni? Nak cakap pinanglah aku cepat2. Ehem2 you know who you are. kihkih *senyum semanis gula melaka* :)
 


5 comments »

fiqkbe said...

sedap nyer!! nk try =D

shahjiehan said...

anak dara dah pandai memasak!! mantap nih!!

Nasuha Salleh said...

nma resepi yg mmpunyai mkna tersendiri!!! hik2

ruler said...

cadangan: halia tuh tumbuk kasi lumat, xde la budak2 tuh susa2 nak asingkan halia ngan ayam.

haih, terliur la pulak. asep mkn megi jek kat sini. ;P

Anonymous said...

Saya suka nak tanya, kenapa nama ayam tu ayam dara? apa tu ayam dara?

thanks.