Sambal Goreng Belachan ala CikDara
20Wednesday, February 23, 2011 by Ara Drew
Assalammualikum/salam sejahtera semua,
Hari ni Chef Dara nak tunjuk satu lagi lauk kegemaran saya yang tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan dihati ni. Taraaaa..sambal goreng belachannnnn! *pukui-pukui mulut*,penat den tiru Chef Two tu.
Ok,sebelum nak memasak kene sediakan bahan-bahan dahulu :-
- Cili kering
- Ikan bilis ( dah dibuang perut )
- Asam jawa
- Gula secukup rasa
- Ajinomoto
- bawang merah dan bawang putih
- Belacan
- Bawang besar
Seterusnya cara membuatnya :-
- Cili kering tadi kita rendam dulu dengan air panas k. Tak tau air panas? ko letak je lidah dalam air tu, kalau melecur sahlah air tu panas. Gunting-gunting dia kasi senang sikit nak lembut.
- Lepas dalam beberapa buah lagu ko karok,bolehlah start menumbuk cili tadi dengan sedikit gula. Tumbok dengan lumat k,jangan kasi cili tu besar sangat.
- After that, letak bawang merah dan putih tu tadi. Amaunnya dalam 2 3 biji macam tu lah. Ikut selera tekak korang.
- Tumbok sekali dengan beberapa ekor ikan bilis je sebagai penyukup syarat dan letak belacan jugak.
- Buat air asam jawa. Walaupun sekarang dah ada yang segera tapi klasik-klasik macam ni jugak yang best.
- Panaskan minyak sedikit dalam kuali,dah panas korang leh goreng ikan bilis dulu. Ikut suka nak berapa banyak,kalau aku suka banyak-banyak sebab lagi kenyang nak makan haha. Toskan setelah kuning.
- Minyak tadi jangan diganti, korang teruskan umtuk menumis bawang besar yang telah dihiris tadi.
- Setelah bau bawang menusuk-nusuk kerongga hidung, bolehlah korang tumis bahan-bahan yang ditumbok tadi. Letak sedikit ajinomoto didalamnya. Ceng cong ceng ceng cing cong,bunyi kuali berlaga dengan senduk.
- Langkah ke-9, letak air asam jawa tadi kedalam tumisan korang. Perasan tak air asam jawa tu ade biji lagi? haha den suka sebab bila masa makan nanti boleh asing-asingkan. Sebenarnya malas nak buang haha.
- Ermmm...dah naik bau baru letak ikan bilis yang telah digoreng tadi. Ade jugak yang tumbok ikan bilis sekali selepas digoreng,sebab tu ade korang nampak sambal yang ikan bilis dia dah hancur.
- Taraaaa,maka siaplah 'Sambal Goreng Belachan ala CikDara'.
Maka tamatlah rancangan masakan kita hari ni ye. Selamat mencuba.
p/s : Motip tumbok pakai lesung batu, mana tau ade #dearfuturehusband dengar den memasak, hahaha.
Category kelas memasak
20 comments »
mcm sambal mak kmk.. cuma mak kmk suka nambah cabik besar kale gik ijo... dikerat ujung dan digoreng nya dolok mcm ktk molah pusuk ya........... nok lain2 suma sama... nang nyaman nak ooo......
lapar kau dibuatnya
rokayah: hehe,kita dsituk nang sama jk cara polahnya.
ymn: lapar kau dibuatnya? haha
semburu na apat makan belacan. huhu. dahla mek pantang xpt mkn laut. heehe. (: yo juak la fav. apo apo pun, kesihatn. (:
alolo,jaga kesihatan jk dolok. lak mun ktk mkn juak,apa2 jadi nk ka susah..
lapar ni.....nyam3x....lepas ni nak try pula.
aduhhhh...meliur mek ngga resepi sambal belacan ktk tok...tok mun mkn ngn nasik panas tok nang nymn abisss
Assalamualaikum.
Salam singgah.
Boleh cuba ni. Selalu tak puas hati dengan sambal ikan bilis sendiri. Kalaulah ada lesung batu..
ala, akak x paham la komen kt atas nun :P
stetmen kt bawah n3 tu x boleh blah...muahahaha
i love belacan.. ;)
pengumpulblog: haha jgn xcuba.mesti!
kacang: haha,feberet abis ya.
heli: wlkmslm, alahai nape xde lesung ke? blender pun ok
akak ab: haha,jgn phm. statement last plg penting.miahahaha
nunu: belacan love u!
wah sambal belacan my favourite... meh jadi tukang masak kat umah saya, bleh? hehe
- Fitrihadi.com -
tak besh =(
walau ape pun jue!!!!akanku cube resepi ni!!!!hahahahahaa.suker sambal2 ni
wah! nih la dia sambal yg superb tuh erk?....
Post a Comment