RSS Feed

Ya Allah,Selamatkan Mereka (Egypt)

8

Monday, January 31, 2011 by Ara Drew

Assalam semua,selamat pagi sebab dikala aku menulis entry ni adalah di waktu pagi.
Mesti korang dengar krisis politik dekat Mesir sekarang ni kan. Negara tu sedang huru-hara dan yang paling membimbangkan kita adalah pelajar dan penduduk Malaysia yang menetap kat sana. Apalah nasib mereka sekarang ni?

 ( GambarFacebook Selamatkan Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir)

27hb Januari :-
  • Aku masih lagi terima khabar dari temanku di sana,sebab masa tu hari lahir aku tapi 2 hari lepas tu langsung tiada khabar berita dari mereka. Sahlah yang talian komunikasi telah diputuskan dan tiada 1 pun cara yang biasa kita guna untuk menghubungi mereka.
Tolong Ingatkan @NajibRazak Nasib Rakyat Malaysia di Mesir

Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir. Menurut laporan Bernama 30 Jan 2011 - Belum Ada Keperluan Bawa Pulang Penuntut Dari Mesir - Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah. Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.
Kenyataan itu
telah menimbulkan rasa tidak berpuashati ibubapa penuntut Malaysia yang terperangkap di sana kerana situasi mereka sangat terdesar dan didalam bahaya, tidak seperti yang diberitahu oleh kerajaan. Bekalan elektrik dan internet juga telah dipotong. Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing. Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis. Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
ok.. yg kat comment tu update dri kwn pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. n die yg ckp airport kat alex dh kene bakar...
ni update dri adik sy..
keaddan amkin teruk.. polis kat alex sume dh xde.. n mmg xde rulez...
post balai polis sume dh kene bakar.. n senjata sume org awam dh curi...n banduan sume dh kene lepas... pg td adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency... die ckp internet sume dh down.. msg pn xboleh... n time tu battery die low... suruh die charge.. worse.. die ckp xleh charge sbb power xde... skarg xsure la ade ke xde...tp klu xde.. it's a big problem... sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. klu phone xde battery n xleh charge or no kredit so dh x boleh call.. n gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pki lg.. xtau bile diorg nak cut..
so driorg idup dlm kegelapan...
then ATM sume xleh pki.. kedai sume xleh ttp... n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat alex dh kene bakar.. thne xde duit sbb atm sume down... n brg adik cakap harga sume melambung... of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau... xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle...
makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Ramai pelajar yang terkandas di lapanganterbang akibat rusuhan dan jadual penerbangan ditunda. Saya rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu keadaan yang sebenar yang berlaku di sana dan supaya kerajaan kita secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana. Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang. Semoga pelajar dan rakyat Malaysia di sana dilindungi Allah dan dipelihara dari segala musibah. Boleh ikuti perkembangan terkini melalui facebook Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir atau blog ariffshah.com Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak Anda digalakkan untuk sebarkan post ini
( copy paste dibenarkan )
Mohon untuk tweet post ini ===================================================== Ini fast-entry, saya akan bertolak balik ke kampung sekejap lagi - Esok kembali semula. Suami pesan, jangan cerita lebih² dengan mak, nanti mak risau.
Algeria masih dalam keadaan stabil.
InsyaAllah ... doakan suami saya selamat di sana


(Kredit untuk Kujie

Walau bagaimanapun keadaan di cairo semakin tegang, makanan sudah sangat berkurangan dan ribuan banduan telah berjaya meloloskan diri daripada penjara2. Keadaan tidak terkawal, kebanyakan pelajar telah di arahkan berpindah ke tempat yang lebih selamat, keadaan ARMA (rumah malaysia) sedikit kecoh. eletrik dan air mula dicatu. Dinasihatkan supaya tak on lampu dsb. Kebanyakan warga asing (jepun, koria, us, uk dsb telah membawa pulang rakyat masing2).

( Dari Facebook

  • Ya Allah,kau selamatkanlah semua mereka disana. Semoga mereka selamat sentiasa,tabahkanlah hati mereka,kuatkanlah semangat mereka,dan lindungilah mereka dari anasir-anasir jahat. 


8 comments »

al_hakim said...

nape la jdk mcm ni kan..moga semua saudara Islam kita di sana selamat..lagi2 rakyat Malaysia

Cik Liyana said...

Ya..Allah selamatkanlah mereka.

S.3.V.3.N said...

aduh teruk keadaan kt sn. harap2 rakyat Malaysia kt sn selamat.

Buaya-Merah said...

salam ziarah

selamat dtg ke blog sy dan menjadi follower sekali k

mira_nas said...

moga2 diorang yang lain semua selamat kat sana.. risau juga.. ada kawan yang belajar di sana

lizz said...

doakan yang terbaik untuk semua yang tak bersalah...amin

Osmera said...

Setakat nie adik saya dan kwan-kawannya masih lagi selamat^^

Gayahspears said...

mudah-mudahan semuanya selamat. amin...