Trilogi Cinta garapan 3 novel hebat
4Monday, January 3, 2011 by Ara Drew
Aloha..(teringat pulak lagu Aloha 'coz you always so sweet you are mine everything)..hehe
Ok,awal-awal lagi dah merepek. Kebetulan hari ni aku cuti, jadi aku nak update lah blog aku ni. Bangun pagi tadi, tiba-tiba pulak paha sakit semacam. Masih sakit ni. Nasib baik tak keje.
Semalam korang dah tengok telenovela baru kan.. *siapa tengok sila jawap ya*. Trilogi Cinta digarap dari novel Tak Seindah Mimpi,Tak Semanis Impian dan yang akhir sekali Tiada Lagi Mimpi, hasil karya novelis kesayangan aku Sharifah Abu Salem. (tiada kena mngena dgn pangkal sharifah..haha)
Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.
Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.
Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.
Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.
Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.
Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?
Part yang paling aku tak suke nanti bila kemunculan Norseha (Siti Fazurina), adoi ade hati nak rampas laki kakak dia *emo jap*.. Sesuai pulak aku tengok dia pegang watak gedik macam tu kan. Apa-apapun mesti melekat depan tv setiap malam ahad dan isnin jam 10malam untk tgk drama ni. Walaupun aku terpaksa berperang merebut tv nan satu tu,walaupun aku terpaksa menekan tanpa remote control,aku rela u..haha
Category norjinah, razif, sharifah abu salem, tak seindah mimpi, tak semanis impian, tiada lagi mimpi, trilogi cinta rtm1
4 comments »
rosyam nor tu best amat. tapi dia dah mula berumur lah. kena makan pil awet muda. hee
setuju ngn macy.. mmg rosyam nor the best ah.. tp rain ase dia maintaw muda, kacak bergaya mutu keunggulan sume cukup ah.. luv rosyam! erkkkk
rain tgk citer ni..tertgu2..
rain imagine norjinah tu rainbowcloudy ahaks..jgn mara kwn2... cool bebeh :D :D
macy: dia dh sedaya upaya mkn pil awet muda kot..hehe
rain: boikot rain jd norjinah..hahaha
Post a Comment