RSS Feed

Goodbye 2010

7

Friday, December 31, 2010 by Ara Drew

Pejam celik, pejam celik, dah sampai jugak penghujung tahun 2010. Aku sedih nak menghadapi tahun baru esok (insyaAllah), sebab mata dah bengkak sebelah kanan. Tunggu kau lebah,kalau aku dapat kau and the geng, memang aku lumat-lumat jadi daki. Tak pasal-pasal kepala pening, lepas tu terpaksa bawak mata macam gaban ni pergi lunch esok. *pasal makan aku tak leh nak tinggal*

 Apa tengok2? Gua ada hutang sama lu ka?

Kalau diingat kembali memori tahun 2010, memang banyak pahit manisnya kan.
Ok aku nak nyanyi lagu kat korang;

' waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama..' - umbrella

Banyak pulak yang aku belajar selama aku hidup dalam tahun 2010 ni. 
Kene sengat lebah aku rasa berapa kali ntah, asyik aku jer yang kene. Lepas ni, hidup korang tak akan aman lebah.

2010 juga keluarga kami dapat ahli keluarga baru. Dialah makhluk berbulu yang mak sangat sayang melebihi sayang aku kat mak. Mak ni,udah2lah tu. Mak siap bagi nama lagi, Bella. Cett,nama ala-ala omputeh konon. Semenjak aku perkenalkan dia didunia blog ni, aku tengok dia lebih femes dari aku. Apa aku ni tak kiut ker? *okbai sila muntah hijau*.

Tengok, mengada-ngada asyik nyusu jer. Umur dah nak masuk setahun tapi masih nyusu.
Nasib baik mak tak bagi susu badan,kalau tak..tak pasal2 aku jadi adik beradik susuan kera ni.


Tahun 2010 ni juagk aku banyak dapat calar-balar disebabkan Bella ni. Tengok jer muka dia bila kene ambek gambar. Tu dah kira posisi paling cun dah tu. Kalau selalu, susuk-susuk ghaib jer nampak dalam kamera. Lincah tak tentu pasal.

Ok,diharapkan tahun 2011 ni memberikan sinar yang baru dalam diri kita semua. Aku nak renew jer balik azam yang lepas2. Dah expired aku rasa. Hehe akhir kata dari Cik Dara kebabom, ingat daku dalam BBQ korang malam ni.hehe


p/s: harap-harap jumpa dengan prince charming tahun depan. ^^,  


7 comments »

lizz said...

eh,macam mana boleh dapat si Bella ni????Hehehehe. cute je die!!!!

Ieqa Swetluv said...

wahh cumel la dia isap susu..

btw, hepi new year ye cik dara =)

Cik Dara said...

lizz: hehe,beli dr orglh syg.. rm50 jer.

Cik Dara said...

ieqa: hepi new year.. :D

nurul cHempaka said...

comel!!!minum susu lagi!!!

Gayahspears said...

bulatnyer mata dia..hahahah
nek dra.. camat thn baru ya.. muahahaha

luna Q jimat said...

alololo comeinye..nak gak satu..kat umah luna ade anak kucing je..hehe