RSS Feed

Kenapa Olay tak ambil aku jadi duta diorang?

4

Saturday, January 22, 2011 by Ara Drew

Alhamdulillah,bertemu kembali dengan Sabtu minggu ni.. Diberi kesempatan untuk menghirup udara yang Allah bekalkan, dah cukup buat aku bersyukur dengan nikmatnya yang 1 ni..

Kebelakangan ni aku bingung sangat dengan jerawat yang dah menambahkan penempatan baru mereka kat dahi aku ni. Aku rasa ni mesti masalah dengan pencuci muka yang aku pakai sekarang. Terpaksa hentikan pemakaian dulu bagi mengelakkan btmbh byk.


Aku nak share satu produk yang aku setia sangat dari mula-mula aku jadi anak dara kat dunia ni..hakhak, jangan nak gelak. Olay UV Whitening Lotion adalah produk pencerahan kulit yang pertama mak syorkan kat aku masa tu. Mula-mula aku pakai yang lepas mak lah,tinggal sikit je kat dalam botol tu. Demi nak mencerahkan kulit anak dara dia yang hitam legam bak dayang senandung time tu,mak sanggup beli dengan aku.

Mahal tau masa tu. Belum ade lagi keluar krim-krim yang murah macam sekarang. Dahlah botol dia kecik je tapi hasil menakjubkan.

Taraaaa~~~

Huhu..senang hati tengok muka dah cerah sikit dulu. Mane tak nya,dulu bukan main lagi aktif berbasikal ke hulu ke hilir semata-mata nak ushar mamat yang aku suka kat area rumah..tettttt!

Lepas dah tak de duit nak beli krim tu lagi, jadi aku mintak mak beli yang murah-murah je janji kulit aku tak alergik.. Mase sekolah mane nak dapat duit beli bende2 macam ni, tak kose den kumpul duit..makan lagi kenyang.

~Yang ni murah sikit masa tu~

Ingat lagi Dato' Siti Nurhaliza jadi duta ni dulu? Masa dia promote total effect 7 in 1,haa yang ni buat aku mengila nak beli benda ni. Tapi mahal sangat dan aku terpaksa pendam perasaan selama 2 tahun baru dapat beli.


Tengok betapa setianya aku dengan produk ni.. Diorang dah kaya pun sebab aku selalu beli kot.haha *tak de makna*. Diorang tak ambek pon aku jadi duta produk ni, kalau aku jadi gerenti banyak yang akan beli lagi.

Terima kasih kat ibu ( makcik) dan mak sebab mengesyorkan benda ni kat anak dara korang ni. Kalau tak memang sampai bila-bilalah tak menjaga kulit muka. Dahlah mekap tak nak, kalau di mekap nangis-nangis..eh,nape aku tulis pasal tu.haha

p/s: buang tabiat kot buat entry pasal kecantikan ni..gara-gara pekerja kat supermarketlh ni aku tulis pasal ni.



4 comments »

Woofer Storm said...

layan je laaaa..hehee laki bole pakai ea??heeheee

iema said...

wahh saya pun guna produk olay juga..Dalam banyak2 jenama, memang saya serasi dgn produk ni je.

Nazirul said...

buweeekkkkkk

fyna said...

i xleh pkai oley..nek jrwat