RSS Feed

10 Ciri Lelaki Kasanova

16

Friday, January 21, 2011 by Ara Drew

Assalam Jumat untuk semua..alhamdulillah diberi kesempatan lagi menghirup udara yang Allah bagi hari ni.. Aku sekarang dah jarang sangat nak update bende ni sebab kekangan masa yang amatlah terhad. Jadi hari ni curi-curi manja sikit masa ni untuk update apa yang patut.hehe

Setiap dari kita tentu nak pasangan yang sesuai dan ingin dijadikan teman hidup sepanjang hayat kan. Tapi kita ni bukannya superhero yang diberi kuasa untuk mengetahui mana pasangan kita yang sebetul-betulnya..cewah,ayat serius abis ni. Aku sering terfikir,kalaulah kat kepala setiap orang yang ada di muka bumi ni dilengkapi permata hijau di atasnya seperti permainan Sim's tu, semestinya kita kan tahu dialah jodoh yang Allah tentukan untuk kita. Kalau macam tu senang je aku nak berlari kat si dia dan ajak kawen terus.

Aku ni jenis yang terlalu berhati-hati dalam mencari pasangan.. Kalau korang cakap aku takut, memang aku takut. So, kat sini aku nak senaraikan 10 ciri-ciri lelaki kasanova yang dalam pandangan aku paling aku benci.. Basanova,menari basanova..eh salah lagu daa...haha

  • Hipokrit  
Haaa,yang ni kalau aku jumpe memang rasa nak belasah habis-habisan.. mula-mula dia akan menjadi insan yang paling mulia dimata korang. Korang nak basikal BMX,dia bagi. Korang nak henset Nokia 3315 dia bagi,alah biasalah kan nak ngorat kene ade cara yang terbaek.. Dah lama-lama,siaplah dia akan tunjung taring dia yang sebenar kat korang.

  • Poket Kosong
Bak kata orang,orang cakaplah k bukan aku yang cakap, "biar papa asalkan bergaya". Pepatah ni memang sesuai dengan orang macam ni. Diluar bukan main lagi smart,tapi poket kosong. Orang pompuan dah tak kisah sangat yang smart ni,sebab kalau yang smart sangat takut dia tu gay,kan dh naya..haha

  •    Tidak Patuh Pada Janji
Lelaki kasanova ni tidak pernah patuh pada janji. Korang tengok saja,tiap kali dating siapa yang akan sampai dulu?

  • Banyak Alasan
Diorang ni kalau memberi pelbagai alasan,memang tiada tandingan. Itupun kalau korang dan dapat detect kesalahan dia,mulalah nak cipta pelbagai alasan pastu siap salahkan orang lain. Eee,tak pasal-pasal orang lain yang terlibat.

  • 'Branded'
Metroseksual..yang ni lebih sesuai dengan lelaki seperti ini. Lagak nya mengalahkan orang-orang berada tetapi ingat,itu hanya taktik semata-mata. Pakaian hanya nak yang berjenama saja,maklumlah nak memikat ramai mangsa. Hey,perempuan jangan ingat nak kaya ja k.
  • Berlagak Macho
Huh..yang ni tak leh blah. Kononnya nak tunjuk macho depan korang lah macam ni, siap tegur pompuan lain depan korang sebab nak tunjukkan yang dia setia serta tak curang.
  • Berani bertindak di luar batasan
 Ciri yang ni buat angin kus-kus aku datang ni. *jangan emosi sangat dara*
Baru kenal tak sampai seminggu sudah berani nak sentuh-sentuh di bahagian yang sensitip. Sengaja nak mengoda korang untuk pergi lebih jauh lagi. Ok dalam situasi ni,korang bekal je kacip sirih tu,kalau tangan dia dah menjalar,korang kepit je gune kacip tu!
  • Kaki Kikis
Tengok,dah nampak sikap dia yang sengkek ni. Mulalah nak meminjam-minjam,bawak muka paling manis kat korang. Jangan percaya!

 - Diether Ocampo -

  • Guna Paras Rupa
Lelaki kasanova,biasanya memang hensem-hensem. Kalau tak hensem sapelah yang nak dekat kan. Hello,bukan nak kutuk yang tak hensem k. Diorang ni memang pakej lengkaplah sebab ada wajah yang kacak ni. Jangan mudah percaya pada wajah,percaya pada hati.
  • Perahsia
Ok,yang ni last sekali. Lelaki jenis ni memang perahsia sangat. Dia jarang nak cerita pasal keluarga apatah lagi nak bawak korang jumpa mak bapak diorang. Korang je beriya-iya nak jumpe kan tapi dia buat derk je. Kata nak ajak tapi ajak-ajak ayam je.


Itu sajalah yang aku nak kongsi dengan korang kali ni. Ciri-ciri ni aku nak kasi untuk aku jugak sebab kepala tengah bingung pasal sorang budak ni. Ewww,pemaksa mengalahkan orang tua. Aku cepuk kang dengan lesung batu baru tau. Daaa!!!! 


16 comments »

Syila Rosli said...

haha..betul la..saya sokong cik dara :D

starsyeea said...

ehehehe...

nice info!

:)

owh diether...i loikeee...

Nazirul said...

ececcecececeecece

J said...

hohoho..nak try r sepuluh2 ne..haha..ok tu tipu~~~

Blog Aku : ..::jacKsky.reaCHing da' sKy wITh tSuBasA::..

Ara Drew said...

syla: kan kan..

Ara Drew said...

starsyea: tq..hehe diet tu bf i k..hakhak

Ara Drew said...

nazirul: hahaha kasanova dh komen..

Ara Drew said...

jackie: ko mmg ptut coba..haha

mira_nas said...

oh my.. banyaknya ciri2nya..
jangan la dapat lelaki yang macam ni

Sandra Azwan said...
This comment has been removed by the author.
Sandra Azwan said...

Tak semua lelaki bersifat sedemikian rupa...hanya segelintir sahaja..;-)

Unknown said...

info terbaik !

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

betul. agree 100% learn from most of the sinteron.lol;D

Ceqla said...

Ceqla tak nak =)
hihihi~~~
kasanova....

saya_arief said...

mungkin kah aku kasanova...
haha..
tidak sama sekali.
:D

ohcikgu said...

huhu..tak nak sokong. tak semua kasanova camtu..haha..