RSS Feed

Gajet Doraemon yang aku nak sangat kat dunia sebenar

16

Monday, January 24, 2011 by Ara Drew

Salam semua..hari ni aku off day so masa untuk berjimba-jimba kat katil rumah ni je. Malas nak keluar( Kalau mak dah berdiri depan pintu,kena jugak aku keluar). Malam tadi aku mimpi lagi ex-buayafren aku, dah banyak malam aku asyik mimpi dia. Apasal ek? 

Korang ingat lagi tak lagu ni,

'Pada Suatu hari
Tempat tinggal Nobita
Muncul seekor Makhluk
Berwarna biru muda

Badannya bulat-bulat
Suka makan kuih donat
Bila nampak tikus ia melompat

Nobita ketawa sambil berkata:
(“aik?! takut tikus ke?”)

Ang! Ang! Ang!
Makhluk itu bernama
DORA-E-MON…'


Astghafillahalazim..hahaha mane aku dapat lagu ni? google je.
Tapi dulu masa sekolah lain sikit lah lirik dia. Kucing biru yang tak ada telinga ni memang memberi fenomena zaman kanak-kanak aku dulu. Hairan jugak aku,cerita ni dari dulu-dulu tak pandai habis. Banyak sangat ke?

Ok, kalaulah Doraemon ni wujud, aku nak gajet yang mana?
Aku pilih 3 je..tak payah nak banyak-banyak. 

  •  Mesin Masa
Korang tahu kan mesin masa kat meja belajar Nobita tu. Kalau ade memang best. Aku nak benda ni bukan ape, saje je aku nak tengok kehidupan mak dan abah aku dulu-dulu. Dengar cerita kesusahan diorang je, hati ni nak jugak merasa ape yang diorang cerita. Kan kan..kalaulah kan.

  • Lampu Pengecil
Haaah..yang ni best jugak. Aku nak sangat lampu ni bukan sebab rumah aku tak de letrik tapi aku nak suruh orang nyalakan kat aku supaya aku boleh jadi kecik. Kalau mak panggil, aku boleh sembunyi kat dalam pasu. Hahahaa mak mesti tak nampak. Satu je masalah, kalau Bella si monyet nampak aku jadi kecil,lanyaklah aku kene  gigit..tidakkkkkkk!


  • Pintu Kemana Saja
Yes..yang ni lah yang aku nak sangat dalam banyak-banyak gajet Doraemon ni. Aku ni malas tau nak jalan,kalau ade pintu ni sekelip mata boleh sampai cepat. Malam-malam aku leh pergi kat kedai ambil baju ke makanan ke..eh eh tetttttttt! haha tu dah mencuri namanya. Kalau pintu ni ade,aku tak payah nak penat-penat drive,dah lah harga minyak makin naik sekarang..lalala *dasar kedekut taik idong keras*.

Kalau korang,ape gajet yang korang nak sangat dari Doraemon ni?  

 


16 comments »

Ayie said...

kalau aku.. aku nak kocek dia.. hohoho.. mcm2 ada

Bro Framestone said...

bro nk gajet.. rumah kertas...

leh gulung2 n tampal kat mne2.. dah leh buat as rumah.. so xpyh nk byr sewa ke ape ke

Bro Framestone said...

@ayie he...23x menarik gak tue...

slumberznanie said...

NK YG MENDA DIE LEKAT KAT KEPALA 2 LPS 2 TERUS LEH TERBANG.. HEHHEHE

AMiRU said...

Aha terbaik Ayie.. Dapat kocek doraemon means dapat semua gadget dia lah..

unGu said...

aik... doremon? bnyk juak imaginasi ktk ooo

The Sharkox said...

Nak baju halimunan..hahahahaha

Nailah Azman said...

kalau akak..
akak nak pintu suka hati!
sbb sesuka hati boleh ada kat mesia or jeddah!

Ahnaf said...

nak gajet yg boleh ambik brg lam tv!
nampak iklan handphone ke ape, trus grab live dr tv...haaaha

Cik Dara said...

hahaha,mcm2 je korang nk ek.

aqeyLs said...

pintu suke hati. like

Rie said...

nk kocek die jugak
hehehe

leh kuar mknn mcm2
laponyer mlm2 gini

shahjiehan said...

nk ngorat sizuka~

~Miss_eiyDa ~ said...

NAK SANGT PINTU SUKA HATI/ PINTU KEMANA SAJE TU HEEE KN SENNAG NK G KT KO PON AKU LEH G SKANG JUGAK HEEEE

Rie said...

rie minta izin ambil post ni jd
my 5 top posts minggu ini :)

http://riezarchry.com/home/ajournal/permainanbudakkecil/

Affan said...

pintu suka hati, tak yah jalan jauh nak g kelas. hehe