RSS Feed

Andai aku seorang ibu...

16

Saturday, January 15, 2011 by Ara Drew

Assalammualikum/selamat sejahtera..

Hari ni mood aku baik sikit,sebab tu nak menulis je kerja hari ni. Nak dikata menang loteri,tak jugak. Aku memang ada ura-ura nk beli tiket 4D nombor 2701 hari tu tapi dibatalkan atas sebab-sebab agama..haha. 2701, nampak cantik nombor tu kan? Cepat take note.

Aku memang panas hati kalau tiba-tiba berjalan dekat kedai 4D ni,bukan ape aku bengang tengok yang tua-tua bangka beli nombor ni. Kalau yang berduit ok sikit tapi yang tak berduit tu. Taksub sangat dengan nombor ekor ni tak sudah-sudah. RM1 tu kalau simpan boleh banyak tau. Boleh beli sup ekor,kenyang ape.

Lupakan pasal kebengangan tahap ultraman Nexus aku kat nombor 4D tu k. Aku teringat dekat kata-kata kawan sekolah aku dahulu,kalau aku jadi ibu, macam manerlah aku didik anak aku nanti kan.. Eeee,gatai pulak tangan aku nak tulis pasal kawen-kawen ni..haha

Ok, tak salah fikirkan? Janji aku masih menjaga tatasusila sebagai seorang gadis..cewah! kelas gitu nok.

Entah kenapa diorang leh terpikir perkara macam tu pulak..tak tercapai dek akal den ni. Tak ape,aku akan bagi beberapa perkara yang aku buat sepanjang aku 'jadi ibu'..jeng jeng jeng!

  • Pertama sekali, kalau aku mengandung mesti aku akan nampak lebih kemetot dari biasa kot.. aku kan ala-ala pensel kontot je..
Ok,boleh tak aku skip je step by step ni? Imagine je konon-konon anak aku tu dah besar k.
  • Aku ambek je anak aku tu pompuan..ececeh,nak jugak memilih yang pompuan. Hello, ni cerita aku k,sukatilah nak pilih lelaki ke pompuan.hikhik
  • Sebagai seorang ibu yang rock kapak gitu, kalau anak aku tu mengadu dia dah akil baligh so, aku mestilah yang pertama sepatutnya dia khabarkan dan bukannya bapak dia k.
  • Aku akan buat-buat cool dan tak mengelabah seperti anak aku tu. Aku akan cakap macam ni kat dia ' ok girl, bende tu memang biasa terjadi kat seorang perempuan yang cun seperti kita k..(haha nak kasi semangat kat anaklh tu)'.
Tengok,sempoi je anak beranak ni lepak depan tv..haha aku suke kalau ala-ala Gilmore Girls ni..
  • Pastu, kalau anak aku dah start mengadu kat aku yang kat sekolah ade seorang mamat nak berkenalan, aku tak akan cepat melatah siap halang dia kenal dengan mamat tu. Mak dia dah pernah lalu situasi macam tu,so kasi chance sikit kat anak k. Janji anak tak melebih-lebih sudah.
  • Bila anak mengadu lagi kat aku yang mamat tu mula nak ajak keluar ke ape, haaa..yang ni baru aku kaw-kaw kopi kapal api bagi syarahan kat budak tu. Tak sedar masih sekolah nak ajak anak aku keluar.
  • Kalau nak keluar jugak,biar ramai-ramai k. Itu pun aku rasa dah tak selamat jugak.
  • Aku akan ajar anak aku masak seawal usia dia tu,sebab kalau mak dia ni busy bolehlah dia take over 'laptop' mak dia kat dapur kan. *laptop = dapur*
  • Sejuk peti ais mak dia kat dapur dapat anak macam ni. Bapak dan mak dia candel light dinner pon senang hati kalau anak pandai hidup sendiri kat rumah.


Haaa..nak keluar dengan anak aku, cukur misai dulu k!

  • Eh,kenape bapak dia tak de dalam cite ni? Tak payah,bapak dia tak penting sangat..haha *abang kan low-profile*, siap berabang lagi.
  • Kawan-kawan aku cakap,aku nanti memang yang sempoi abis klau dah ade anak.. yeker? Meh sini anak korang,kalau nak tahu sempoi ke tidak aku jaga..


Ok, aku hanya nak jadi seorang ibu yang baik je.. Tak nak lah nak jadi ibu yang bunuh anak k. Ingat anak tu anak semut ke boleh bunuh sesuka hati. "Banyak cantik ko bercakap kan, mula-mula bolehlah cakap tak bunuh anak,sebab ko tak kawen lagi". Aku doakan sape-sape yang terpikir nak dera anak tu,segeralah mengucap k. Kalau tak nak jaga,tak yah nak gatai buat. ambek kau aku dah marah.

Mimpi apa aku buat entry pelik macam ni,aku pon tak tahu..sila jangan layan k. Aku tahu mesti nadia hentam aku kaw-kaw punya lepas ni..lalala

p/s: Kegilaan aku kat cerita Gilmore Girls ni tak leh dibendung kot..


16 comments »

stoberycoklat said...

hammboi.,.,.berangan kamu yer..heeeee...ala2 gilmore girl i like ok..so suwiiitt heee

Ara Drew said...

ieyda: haha,sekali 2 kala berangan..

lalatipah said...

apuuu, very the verangan la u tok,kah2..psst,mek salu juak camya,huehue :P

Ara Drew said...

syazy: perghh,jgn pelamin anganku musnah udahlah..haha

DAUD said...

berangan bukan main

Rin Saharina said...

gilmore girl,mmg best ! :)

Mr. Asada said...

hahahahaha.. jauh na ngelamun mbiak tok eh. siap dah ada anak gik ya. ka tok luahan hati seorang anak kepada ibunya? hihi ;P

rockinsudu said...

haha. xsbar nk ade anak la neyh. hehe

Ara Drew said...

daud: sekali sekala xper..haha

Ara Drew said...

sahrina: kan kan..cute je 2 branak tu..hehe

Ara Drew said...

asada: haip..haha ya luahan jk bh..kmk balas pa yg kwn kmk pk jk..hehe

Ara Drew said...

rockinsudu: blom kawen maner nk dpt anak..tettttt..haha

Anonymous said...

kuat berangan ;p

Ara Drew said...

macy: haha macy jeles..wek!

Nur Suaidah Bachok said...

ku dah lamaaaaa tak tengok gilmore girls ni tapi kan dulu memang tak tinggal ah setiap epsiode :D

Ali ridha said...

main ke nompok 4D tu...

# # Perempuan tolak cinta lelaki baik !# #

# # Perang baju-T RHETT & LINK’S !# #

# Mak Ana raffali suruh korek bakat !#