RSS Feed

Petua nenek kebayan

8

Thursday, December 16, 2010 by Ara Drew

Alahai tekak aku macam terasa terlekat tulang ikan pulak hari ni. Cuba2 makan gula-gula Cloud 9 macam tak sesuai pulak. Hanya yang itu  jer ada kat dalam laci meja aku ni. Kalau ada nasi ok lah sikit. Kenapa nasi pulak? Kalau ada nasi,aku leh kepal bulat2 pastu telan terus. Jangan kunyah, sebab nasi tu boleh melanggar tulang ikan jaws kat anak tekak aku ni.haha. Itu petua orang tua-tualah.


Kalau petua abah aku pulak,kalau anak dia ni masih lagi mengadu tulang ikan masih lagi nak menepek kat kerongkong,so abah aku akan buat air 'jampi' yang dibacakan dalam senduk. Wey,ini bukan cobaan tapi betul2 punyalah.hehe. Dia bacakan ayat2 Al-Quran dan lepas tu InsyaAllah hilang tulang ikan jaws tu.

Aku tiba-tiba teringat 1 petua ni, gigit selipar. Bila dengar macam tak masuk dek akal jerkan. Kalau mak aku baca ni,mau seminggu kene cepuk tak percaya cakap orang tua. Bukan apa, aku ada beli kasut baru,jadi bagi mengelakkan kaki melecet/meletup { bahasa sarawak }, mak aku sarankan aku mengigit kasut tu. Gigit sikit je, tak payah nak excited sangat gigit sepenuh hati. 

 Yang ni dah melampau sangat gigit selipar

Tapi yang aku tak puas hati dengan petua ni adalah, sah2 tak menjadi langsung. Hampeh!
Pulanglah aku terjengket-jengket berkaki ayam berjalan. Dahlah banyak orang tengok aku masa tu. Kalau aku gunakan kepala otak gred D- aku masa tu,memang aku berkaki ayam jer tp bila mengenangkan tahi anjing merata-rata,tak kose den nak samak dengan air tanah nanti.  


Korang terfikir tak kenapa aku boleh tulis petua pulak hari ni? Aku tulis sebab bila aku bukak keyword nuff aku, ada orang cari pasal petua nenek kebayan. Terfikir lagi aku, ada juga yang nak mintak petua dengan nenek kebayan..hikhik. Seram pulak aku yang menulis.

Hebat pulak nenek kebayan tu siap tulis semua petua dia kat internet ni. Mungkin dia ada blog kot. Phewiittt nek, cayalah kat nenek.. haha.

 Kalau nenek ni aku percaya 123%
  


8 comments »

ferry said...

dulu sy tercekik tulang ikan lepas tu my mum tarik dua2 telinga..petua jugak tu

Cik Dara said...

ferry: wah,baru dgr ni..tq

mira_nas said...

haha.. pernah gak gigit kasut.. pastu ok.. lepas tu sakit balik bila beli baru tapi tak gigit.. ntah.. qada' dan qadar

Cik Dara said...

mira: haha,yalah..kdg2 leh pakai petua tu tp kdg2 mmg sakit jiwa bla xjadi..

nadzmy said...

xsuka makan ikan bertulang..hehe

MumMe said...

petua lama suh telan nasi putih kosong...cuba try yek

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. kamek x pernah gik gigit selipar, p xda jwak meletup. x pian nak ngigit selipar, gula batu gik nyaman d gigit dari selipar kinek tok. :P

Cik Dara said...

asada: hahaha,jgn lah nang nyaman2 nyawa gigit benar2..k syarat jk bah..haha