RSS Feed

Aku geli bila

15

Wednesday, December 15, 2010 by Ara Drew

Ulang-alik budak-budak lelaki depan aku tiap-tiap hari. Itu tak menjadi masalah kalau diorang tak menimbulkan apa-apa masalah kat aku. Kalau bau rokok aku leh tutup hidung sekejap tapi yang paling aku anti sangat bila dah tahap pakai seksi2 ni.

Seluar pendek. Dalam bahasa omputih nenek belah atok aku, seluar kodok.haha




Alahai,tak sanggup den nak google cari seluar pendek yang ada gambar manusia sekali. Berdarah hidung den nanti.haha.. Aku geli bila budak-budak ni datang pastu lalu depan aku pakai seluar pendek macam-macam stail. Mula-mula bukan main lagi sopan 'banget' aku tengok pakai seluar panjang, bila dah selalu datang mulalah pakai seluar pendek Hawaii tu. Belum lagi part yang berani sangat pakai boxer jer jalan2. Sumpah aku geli.

Dah macam-macam pattern aku tengok. Nasib baik budak-budak ni belum akhil baligh,kalau tak tentu aku geli lagi tengok bulu kaki. Aku bukannya nak mengada-ngada cakap macam ni,ntahlah metabolisme dlam darah aku ni tiba-tiba macam digeletek bila tengok budak-budak lelaki/lelaki yang berseluar pendek depan aku. Aku terus geli geliman,seperti mana aku geli bila mendengar orang mengunyah makanan depan aku.

Maaflah kat orang yang aku pernah tegur dulu bila dia pakai seluar pendek depan aku, terus dia balik asrama tukar seluar panjang.. Kecian kat dia,tentu kecik hati..sori k. (macamlah dia baca blog ni).


Khas untuk awak;

Sorry k kalau dulu saya tegur bulu kaki awak lebat sangat bila pakai seluar pendek,
saya tak sengaja k. Kalau awak nak cicah mulut saya yang tak berhenti mengomen macam2 ni dengan cili padi saya rela awak. Janji awak dah wasiatkan seorang doktor bedah plastik yang kacak untuk saya.hikhikhik

p/s: Maafkan aku bagi yang membaca ni suka sangat pakai seluar pendek..



15 comments »

Woofer Storm said...

dlu ta pkai sluar pndek,tak reti sngt..tpi sjak tggl ngan member ni,da pndai..tu pun pakai kat uma je laa^^

Akram said...

sy pun sme x reti pkai...lalala :)

nurzull said...

seksi meksi...huhuhu...dah biasa nangga...xda asa g dah..lain lah mun mpuan byk bulu kaki...

Afiefah Safieni said...

kesian dia kena tegur bulu kaki lebat..mesti lepas ni x berani pakai dah.!!

saya said...

kalau kaki licin tak bebulu macam cristiano ronaldo boleh tak. huhu...

Fitrihadi said...

menarik topik ni.. so kalau takde bulu camne?? boleh pkai tak suar pendek.. ini entry nak suruh cukur bulu kaki atau nak suruh pakai suar panjang?

saya pun pakai gak short kuar jalan2.. tapi jenis yang lepas lutut ar.. heehee

Cik Dara said...

woofer: amboi,sejak tggl dgn kwn dh pandai pakai sluar pendek..hehe

Cik Dara said...

akram: lalalala..sengal

Cik Dara said...

nurzull: haha,awk tu dh kawen..sbb tu dh biasa kan?

Cik Dara said...

afiefah: hehe,lps tu dia xpakai lg seluar pendek dpn dara..huhu

Cik Dara said...

saya: erk~~ CR kaki dia xde bulu ker? xnormal tu..hakhakhak

Cik Dara said...

fitri: hahaha,nape nak cukur plak? dah2..xpyh nk pk mcm2.. kalau lps lutut ok sikit dr yg atas paras lutut tu.

ASaDa RyutaRo said...

seksi itu menggoda.. tapi ada jugak seksi yang memualkan. wahahaha... :P

Cik Dara said...

asada: amboi2..haha bak kata org swk 'bbual nyawaku diat'..seksi yg mmualkan.

"Arjunakirana" said...

kesian... tegur elok2 lain kali.. malu dia nasib baik tak ramai masa itu.. nak berdakwah cara yg baik2 kanbagus.. dekati dan bahasa yg baik2.. kan cantik.. hehehe pendapat je tau :D