Orang Buta Jual Tisu : Sindiket atau cari rezeki
6Wednesday, December 1, 2010 by Ara Drew
Assalammualaikum/salam sejahtera semua,
Dah masuk bulan Disember hari ni kan. Tak berasa kita dah sampai ke penghujung tahun 2010. Azam dah tunai ker? tak pun masih hutang azam tahun-tahun lepas?
Penjual tisu. Si buta penjual tisu. Bila aku mula jalan-jalan dekat bandar,terutamanya bandar Kuching,mata aku memang seboleh2nya tak mahu tengok orang buta ni. Bukan sebab angkuh atau ego,tapi disebabkan terlalu kesian dengan nasib mereka. Di jambatan,tepi-tepi tandas,disekitar jejambat, memang menjadi tumpuan mereka.
Gambar hiasan
Aku sering tertanya-tanya,apalah sangat hasil mereka dengan menjual tisu yang setiap paket hanya bernilai RM0.20sen. Mungkin ini saja satu-satunya cara mereka memperoleh rezeki yang halal mungkin. Kadang-kadang aku perhatikan mereka membacakan ayat-ayat suci Al-Quran,zikir-zikir dibibir setiap masa. Alangkah indahnya,setiap masa di isi dengan zikrullah.
Gambar hiasan
Kadang-kadang fikiran nakal aku datang dengan tiba-tiba, diorang ni betul ke tidak buta atau buat-buat buta. Maka muncullah difikiran, diorang mencari rezeki atau sindiket penipuan semata-mata.
Diorang tak tahu pun kalau orang letak berapa pun nilai dekat dulang mereka tu,janji ada itupun dah cukup syukur kot. Aku ada juga terfikir,kalau orang letak duit kat situ mesti ada orang yang busuk hati cilok,mesti dia tak tahu kan. Apalah sangat duit perolehan tisu tu,itupun nak ambil ker? Dasar tulang empat kerat tak berfungsi. Cara senang,mencurilah jawapnya.
Aku paling kesian bila majoriti yang buta menjual tisu itu adalah melayu.
Category rezeki halal, sindiket penipuan
6 comments »
huhuhuhu...
KESIAN NGAN DORG NI..
TAPI BILA DORG MENIPU GERAMMM
tak payah fikir2 sangat diorang menipu ke tidak. kite beri je seikhlas hati.pahala memberi tu ada kot nanti.huhuhuhu
mun nok rah sarawak ya, sidak bukan makey sindiket, tapi ada persatuan orang-orang buta sarawak. dapat elaun kebajikan setiap bulan. mungkin yang menjual tisu ya sekadar nak menambah sikit duit dari sidak jabatan kebajikan kali.
ermmm..kalau MDT takde tisu barulah bagi RM kat dorang..kira aci tak macam tu???
nak jual tisu jugak la.. mane tau ley kaya..kah3
Post a Comment