RSS Feed

Choose and Win from CouLEur de Chiqu3

4

Tuesday, December 21, 2010 by Ara Drew

Ola amigos..andre andre yippa yippa andre andre..( buat2 spt korang tak pernah baca)
Kita bertemu,kali ini untuk apa? Adakah hanya..menambahkan lagi kenalan.. 2 3 4 5 6 7 8 hari tak update,rasa sunyi pulak kan. Dahlah aku jarang jalan-jalan jenguk kawan2 blogger sekarang.

Demi mengubat hati aku yang terluka sebab tak menang domain dr Kak Yanmie tadi, so aku bertekad join kontest ni pulak..Kalau tak menang pon xpe (ayat saje nak ubat hati sendirik), boleh tambah kenalan. Tup-tup dapat jumpe prince charming aku pulak..lalalalala senangnya dalam hati.

Udah2,tak payah nak layan sangat mood mereng aku ni.. Baik kite mulakan dengan mengomen gambor yang aku cilok dari blog chillzz ni.. Sebenarnya aku nak ambek cara lembut,biasalah kan klik blah kanan pastu save tp xdapat pulak. Apa lagi,aku guna cara hardcore lah..print skrin. haha jangan marah noo!

Aku pilih gambar no 2 ni sebab aku suka tengok gambar ni lah..yang banyak soal ni ape hal? ok2, aku suke sebab aku berangan jap yang aku berada di zaman 60-an dulu. Aku suke tengok pasar2 lama sebab ada sentimental value kt gambar ni. Kalau lah ada aku yang menepek dalam gambar ni, pakai baju opah,pastu pakai kain batik lepas tu ikat tocang dua. Alololo,korang jangan nak imagine lebih2.. Haram! Lagi cun kan..sebab tu aku suke gambar ni.

Manelah budak ni belajar tangkap gambar cantik2 kan.. Aku suke yang ni jugak. Sebenarnya...sebenarnya, dragonball ada 7 bijik semua nya..haha. Sebenarnya,aku suka kat banyak gambar yang chillz senaraikan,tp dia mintak komen 2 jer.. Tak pe,disebabkan dia mintak pandangan aku yang otak gred D+ ni so aku ok jer.hehe

Aku suke gambar no 10 ni sebab view dia yang cantik. Alasan jer cakap view cantik tapi dalam hati aku yg gatal ni, aku imagine lagi konon2nya orang tua pakai topi merah dan yg sebelah tu dah bertukar jadi orang lain pon. Ak imagine konon2nya aku tengah dating dgn prince charming kt situ. Anggaplah moto tu kuda putih prince charming aku parking kat situ. Dah letak kupon,so boleh cakap lama2..haha Tak rocklah merempit siang2..


Aku rasa cukuplah kot aku komen. Tu bukan komen tapi dah merapu kepundem dah aku rasa. Itulah  korang ajak aku komen2 gambar macam ni. Kepada tuan punya blog, saya ni malu2 gajah gitu,so sebelum baca semua ni ambek wudhu' dulu k. hehe

p/s: Mood seperti d'awang-awangan.. Akhir kata, 'Majulah kontest untuk blogger'..

 


4 comments »

unwanted said...

igtkan salah masuk blog baca ayat mula².:)
x menang contest tak mengapa, leh cuba yg lain² lagi.:).

Aku pun rasanya dah lama tak buat contest kat blog kot.:)

Gayahspears said...

nek... senyum cket :)
ha..gtu lorh..huhu...

princeduyong said...

hehe...semoga bejaye...

CouLeur de Chiqu3 said...

THANKS FOR JOIN THE CONTEST..its judging time..wait for the winner announcement soon!