RSS Feed

Aku kena tangkap tak?

6

Friday, December 24, 2010 by Ara Drew

tweet tweet tweet...Salam Jumaat buat semua. Lama tak update sini,akibat kekangan masa yang tak nak berenggang langsung dari aku membuatkan diri ini terasa penat sangat. huhu. Esok dah Krismas kan? Esok jugak ada resepsi pertunangan yang akan aku hadiri. Saja jer aku hebohkan pasal tunang malam tdi,tp sebenarnya bukan aku nak bertunang. Nak ke orang ambek aku jadi tunang? *lari-lari masuk dalam bilik*.


Korang masih simpan tak kad pengenalan lama? Chop2..ini khas kepada yang buat kad pengenalan sebelum tahun 2001. Alah,kad pengenalan yang gune plastik bainding tu. Masih ke tak?


Arghh!! gambar kat atas aku cilok dari cermin mata berenang.. Saja nak kasi terang sikit rupa i.c lama ni. Comel pulak budak ni aku tengok..ermm,bukan tu tomok ker?


Sumpah aku masih simpan i.c lama aku tu.. tapi yang buat aku gabra semacam simpan i.c tu adalah sebab aku ada 2 kad pengenalan diri. Kalau aku jual,mesti kaya kot sebab PATI a.k.a pendatang tanpa izin nak beli dengan aku.


 
Nah..ambek kau! hahaha,kalau polis nampak memang aku kene tangkap ni.. Sebab aku cakap macam tu,tengok kat i.c lama aku tu, diorang lupe nak potong tepi bila diorang kasi aku i.c baru.. Mak aku siap cakap,simpan jer i.c lama tu..nanti leh tunjuk kat orang tu muke masih kecik..haha

Ada kisah bila aku buat i.c lama tu. Muka memang tak senyum langsung dan ada riak nak nangis masa tu. Memang dah nangis pon. Ada ka patut abah suruh aku jalan sorang pergi ambek gambar kat kedai cina,dah lah jalan kaki. Dalam perjalanan,aku nangis-nangis datang kedai tu. Punyalah burok bebenor muka masa tu.haha


Haa..diorang sepatutnya potong kat bahagian tepi tu.. Aku blur gambar tu sebab takut tiba-tiba kene wanted dengan polis..haha

p/s: tenda biru menjadi saksi kita...lalalala 
 


6 comments »

kpah k-poh Sharifahnor said...

pendedahan gambar IC...satu pendedahan yg berani..hahahahaha..

Ara Drew said...

sharifah nor: haha,dh blurlh kak..

munna said...

wah kak munna lagi dashyat .. ada 3

yg pertama yg zaman sekolah rendah gambar pun hitam putih je lagi aritu hilang ..lepas tu bila dpt yg baru org yg jumpa call kasi balik

yang kedua mykad skrg ni ..hilang gak tak tahu mana... tiba- tiba muncul je bila dah bayar denda Rm 100 dan dpt yg baru

tu pasal ada tiga... wah! pendedahan berani jgn ada pak polisi yg baca komen kak munna sudah

Ara Drew said...

kak munna: hahaha mmg pndedahan ekslusif dr kak munna..

sya cikdara melaporkan dari bilik berita tb blogger..haha

Unknown said...

wuiyoh
masih simpan?? terbaik!

yiazmat_horror said...

den punya tah hilang ke mana..kekadang rasa menyemak pulak nak simpan bende2 tak pakai ni..mungkin bg awk buat collection kot..hee.
nice story..!