RSS Feed

Apa yang aku tak suka pergi kenduri!

21

Sunday, December 26, 2010 by Ara Drew

Adoi,penat semalam masih bersisa lagi ni. Keluar dari rumah awal pagi lepas tu balik rumah dekat nak tengahmalam. Ponat-ponat,pastu ari ni kene keje lagi.
Mula-mula pergi rumah orang bertunang dan ziarah makcik aku yang sakit,nampak sangat dia dah kurus..kesian kat ibu (makcik). Lepas tu shopping jap (abeh duit aku), dan tiba-tiba dapat phone call nenek sakit. Tekejar-kejar pecut pergi ziarah dia lagi.

Seronok tengok orang bertunang,sweet sangat. Aku ni ntah bila lagi. Wey! future husband,bila nak datang jemput i ni. You tak nampak i dah berkulat tunggu you tau. *sila abaikan monoloq dalaman ini*. Ada satu perkara yang aku tak suka bila dah berkumpul ramai-ramai seisi keluarga ni,korang nk tau ape?

Aku paling tak suka bila diorang bisik-bisik,gelak-gelak,lepas tu jeling-jeling kat aku. Dah mulalah tu dalam fikiran diorang nak kenen-kenenkan dengan anak diorang ke,anak buah diorang ke. Aku boleh jadi psikik sebab tau ape yang diorang bincangkan. 


Tak nak tak nak tak nak! eh,terover pulak.hehe..
Aku ni masih 2puloh ehem-ehem tau, mane nak kawen dulu. 
Kalau mak terima bulat-bulat apa yang diorang cakap,tak nak tidur dengan mak bila abah outstation! 

Bak kata cikgu Zara  dalam tweet ari tu, "mak memang selalu ugut cakap kalau tak pergi kenduri,mesti turn orang pulak tak nak pg kenduri kta nanti".
Adoh, mak mesti selalu keluar kuasa Veto macam tu..lemah den.

So jawapan klise aku kat mak,
anak mak ni tak nak kawen dulu sebab nak bagi mak makan duit anak mak ni kenyang-kenyang..hehe


Sampai seru nanti adelah jugak jodoh sampai. InsyaAllah. 

*Dalam hati meronta-ronta jeles tengok orang kawen* :P  


21 comments »

mira_nas said...

hahaha.. rileks aa.. mana tau.. kena kenen.. berkenan plak~

Ara Drew said...

mira: argghhh..*over ckit*..haha skurang2nya tnye empunya bdn dulu. hehe

Han Hanni said...

dorg berkenan kt awk le tu...
hihikk..

Nadya said...

"mak memang selalu ugut cakap kalau tak pergi kenduri,mesti turn orang pulak tak nak pg kenduri kta nanti"

Blerghh..mak² memang ada telepati yang sama..

Anonymous said...

kalau jemputan kenduri tue direct utk kite, wajib pegi....

http://keretamayat.blogspot.com/2010/11/fatwa-kaum-beruk.html

Gayahspears said...

nty kalo tak g... bila kita kawen org pulak takmo g kenduri kita kan.. so baik g ja..huhu

Mohamadazhan.com said...

diorg puji2 tu.hehe.

Anonymous said...

http://wanwidget.com
jom korang follow gua

Pengumpulblog said...

salam cik dara....
hehehehe....itu dah asam garam manusia. Yang penting best...
Cik dara, saya nak bagitahu ni, saya ni solo lagi...tak nak ker....(sambil berpusing-pusing macam dalam cerita Allahyaham p.ramlie...)Jangan marah ye...

ftrhd said...

tu ar bila dah jadi bujang ni, ramai dok heboh pasal kahwin.. aisehh pompuan ye ar kahwin awal.. tapi laki nak kena cari harta dulu br bleh usya..kalau tak, lambat la kahwin

Ara Drew said...

cik hani: haha..ade2 jer..

Ara Drew said...

nadya: rasa2nya smua mak ckp mcm tu kot..

Ara Drew said...

anon: tq..tkut pulak klau jd dosa..

Ara Drew said...

gayah: tu psllh..kang tba2 kawen nnti xde plak yg dtg.

Ara Drew said...

mohdazhan: hehehe * malu jap*

Ara Drew said...

pengumpul blog: LOL! hahaha nk kenal boleh? *blushing2*

Ara Drew said...

fitri: lelaki mmg wajib cari harta dulu,nnti nk bg anak bini makan ape kan..

YOUsoF said...

Yela dunia ni kecik je kan.. Kita datang kenduri kahwin orang, orang datang kenduri kita nanti hehee.

*Terus doa ditemukan jodoh yang baik ok. ;D

Unknown said...

sampai masa kawen la..tak gitu??hee~

Ara Drew said...

yusuf: hehe amin..moga2 dtemukan jodoh nnti.

Ara Drew said...

finaz: ar'r..betul tu..sampai masa kawen jugak nnti. insyaAllah klau umor pjg.