RSS Feed

Terima kasih bertahan sampai sekarang

8

Saturday, November 20, 2010 by Ara Drew

Wahai bondaku bondaku airnya biru,tempat bermain bermain pari dan mambang...
"Mak..ni dara datang bawak sayur keladi ni..mak makan lah yer,mak jangan nak buang pulak..penat-penat dara masak tadi,mak sesuka hati jer nak buang. mak pikiq dara datang ni semata-mata nak tengok mak buang sayur keladi tu ker?" kedebuk, tu lah pasal mimpi marah mak dalam mimpi..nak jadi anak derhaka ker. haha..

Hari ni, mak aku masak sayur keladi masak manis. Ambil dari belakang umah jer keladi,sebab abah suka tanam. berbudi kepada tanah,besar pulangannya.. Aku tak berapa suka sangat kalau sayur keladi dibuat masak lemak..masak manis lagi suka. Lepas habis masak,pergi bagi Bella si monyet nakal mandi,dah lama dia tak mandi aku rasa. Yalah,kan aku cakap beberapa hari lepas penat angkut air sebab air tak keluar time raya.. Semalam Bella dapat hadiah dari mak, dia dapat botol susu yang baru. Besar sikit dari yang lama. Kera tu,makin besar tapi tak pandai makan. Asyik nak nyusu jer.. tengok,melalut lagi dari tajuk asal.


Wah..wah..wah.. ini bukan nak mengalahkan bibir Angelina Jolie k. Anak ini nak cakap, mak abah..selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke-24 tahun dari anak yang cun kat atas tu.
Anak tu sekarang dah 22 tahun umur dia dan dalam 2 tahun sebelum kelahiran anak itu, mak abah honeymoon 2 tahun dulu sebelum dia lahir..{aku tahu sebab aku kira kenapa ada 2 tahun lebih dari umur aku}.hehe.. 

Anak ni tahu ranjau hidup mak dan abah sepanjang membesarkan anak ini, dari menangis tak henti-henti seperti Ahmad Albab satu ketika dahulu, belum lagi kisah asyik sakit gigi, lepas tu buat perangai tak sudah-sudah masa membesarkan dia. Anak ini ingin ucapkan terima kasih kerana bertahan sampai ke hari ini, demi anak-anakmu, anak ini tahu betapa payahnya kamu membesarkan kami adik-beradik. 


Anak ini doakan semoga perhubungan mak abah berpanjangan hingga ke akhirat.
Anak ni tak dapat nak publish gambar mak abah berdua kerana takut anak ni hilang glamornya dialam blog ni.haha 20hb 11 1986-20hb 11 2010, hari ni anak mak dan abah yang cun macam Marilyn Monroe ni  ingin mengucapkan Happy Anniversary for both of you...
{nasib baik diorang tak baca pasal ni..aku harap2lah} hehe 

p/s: pulang nanti harap-harap mak belikan burger kat simpang jalan tu untuk aku..haha 


8 comments »

hans said...

amin

tapi ayat last tu tak tahan
hahaha

P/S : Pandangan Peribadi Aku Berkenaan Filem 2 Alam Yang Aku Belum Tonton

Ara Drew said...

hans: hehe..terima kasihhhh!

Izyan Balqis said...

burger simpang jalan satu!!
mau jugak~~
epi annivessary pak cik,mak cik...
bella besh! mesti srunok dpat btol bru!

Ara Drew said...

izyan: mak tak beli pon..dia tak ingat..huaaaaa..

MumMe said...

anniversary mumme pun 20/11...tapi tahun 2004...

Ara Drew said...

mumme: hehe sama dgn mak abah dara lah..

Sufian Hakim said...

Amin .... Huk3



*My Latest Entry*
- Cara Mudah Apply Widget Dari Wowzio
- Dari VidEo Ke GaMe ?

Ara Drew said...

sufian: hehe...huk2