RSS Feed

Perjumpaan terbesar didunia

13

Tuesday, November 16, 2010 by Ara Drew

Alhamdulillah jumpa lagi kiter arini kan geng..hehe semalam aku cuti jadi tak online pun. Pergi klinik jumpe doktor..jumpe doktor? a..a..a... jangan dok pikiq bukan-bukan. Bukan aku mengandung pun,apatah lagi beranak..laki pun tak de lagi..haha. Kalau bunting air dan lemak banyak lah.

InsyaAllah esok kalau panjang umur,kita sambut Raya Haji. Walaupun tak dapat sambut dekat mekah,tapi kat sini pun dah syukur. Belum ada rezeki nak pergi Haji dulu tapi aku dah beberapa kali naik haji tau.. tak percaya? alah bukan susah pun,main jer DAM..kan berkali-kali naik haji. haha.. kalau dah naik haji dapat ulang alik depan belakang makan buah pihak lawan..

Seronok kan sape-sape yang dah pergi haji. Diorang buat gatering besar-besaran kat sana. Lebih special dari kat cni. kat sana lebih baik dari mana-mana gatering pon.. InsyaAllah kalau panjang umur dan ada rezeki, mungkin dapat juga merasa pergi sana. insyaAllah.

kredit dari yahoo

MasyaAllah..bertuahnya mereka..
Di kesempatan ini,hamba pacal yang hina ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha/korban buat semua umat islam yang dok baca entry hamba ni.. Makan lomang jangan lupa kat hamba ni. Hamba tak mintak banyak cuma ketupat,kuah satey,rendang,daging masak kicap,ayam kari tak nak letak santan dan air ribena jer..tak banyak kan?

Sabar yer..ko jangan nak meronta-ronta..sakit sikit jer..

Tak sabar nak tunggu abah bawak daging lembu yang fresh lusa. Kalau dapat kulit,siaplah kena keja kerahan bakar kulit lembu,lepas tu kikis bulu dan akhir sekali proses merebus lagi.
Adoi,aku dah pernah kena sekali datang asma sebab hidu bau lemak kulit lembu yang ibu aku rebus. semalaman tak dapat tidur.. mintaklah tahun ni jangan asma aku datang macam dulu..sakit sangat..

Akhir sekali dari hamba ni, selamat hari raya ek..

p/s: tak sabar nak dengar takbir..suke sangat dengar..


13 comments »

joegrimjow said...

slamat hari raya

Cik Dara said...

joe: hehe selamat hari raya jugak.

Mama Kembar said...

mama pun tak sabar tunggu peluang untuk join gatherring tu :-)
Selamat hari raya!

sfatimahzj said...

belaian manja lembu tu dapat..huhu

amira said...

huuuu... teringin nak g perhimpunan tu..

Cik Dara said...

mama: insyaAllah akan sampai msa kita nnti..mdhn pjg umor jer..

Cik Dara said...

sfatimah: hehe belai2 dulu..tkt shock attack nnti..hehe

Cik Dara said...

amira: insyaAllah..mdhan dpt..

maCy said...

bila la nk smpai sana kan. huhu
salam raya ;D

Cik Dara said...

macy: insyaAllah..mdh turn kita ada.. salam raya XD

yanmie said...

Salam,

selamat hari raya aidiladha :P



www.yanmieonline.com

Cik Dara said...

kak yanmie: salam..selamat hari raya aidiladha..XD

Cikbelog said...

salam aidiladha :)