RSS Feed

Aku tak suka bila.......

8

Tuesday, November 23, 2010 by Ara Drew

"Menangis konon..pergi kau dari sini" dialog Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku..
Apasal keluar dialog mak dara makan tembakau ni? Wah wah wah, tengah practice nak ada mak mertua ker? tak kose aku nak melayan blues tak sudah-sudah ni..

 

Kalau dapat mak mertua macam Kassim Selamat tu, jangan ke garfu, garfu pengembur tanah tu aku cucuk kat mata aku..haha
Itu dah jauh sangat daya imaginasi aku ni,dah melalut nak kawen pula..
Yang aku nak cerita hari ni bukannya pasal mak mertua garang mengalahkan Mak Dara tapi ketidaksukaan {eh,ada ke perkataan ni?} aku apabila terbuka website seram atau ngeri giler...

Dulu-dulu masa awal pembabitan aku dalam dunia blog ni,aku sering jugak dapat undangan masuk ke blog-blog seram/ngeri. Mula-mula fikir macam best jer tengok ada jemputan ni tapi bila bukak,rasa nak gugur sideburn belah kanan aku tengok kandungan tu.. Kalau aku ada kencing masin tahap kicap Tongnam,kan sah2 aku terbongkang depan pc tu..


Aku ni nak kata penakut tak lah jugak,tapi kalau part tutup mata..kira aku yang pertamalah.
Kat umah,kalau aku terbangun nak terkencing..aku pg jer sorang. Dah sampai bilik air,aku takkan pandang dalam kolah air pastu dapur.
Aku masuk lepas tu cedok air,buat apa2 yg patut dan terus blah. Aku bukan apa,takut terlihat 'kawan alam ghaib' kita tu senyum pulak duduk kat kerusi meja makan,sedap2 dia jer nak cicah roti Mary dgn air teh.. Aku paling anti hantu SENYUM....


Kalau aku ada alat macam ni,ok jugak aku tak takut sangat..alah,kacang ngayin jer aku tembak..wachaaaa...

Aku suka tengok cerita seram tapi aku tak suka kalau part yang bunuh ngeri-ngeri ni.contohnya mata tercucuk dgn batu,cabut gigi guna player,badan putus dua, adoi..buat jantung aku nak tercabut masa tu juga..

Kesimpulannya,aku tak suka hantu senyum...biarlah muka hantu tu buruk mana,janji dia tak senyum,aku masih lagi boleh tahan..  
 


8 comments »

aibaks said...

da lama plak tak tengok citer ibu mertuaku tu.. hehe..

Gayahspears said...

haha.. tibe2 teringat ceta kasiim selamat!!!

wasabi onee-san said...

hantu kassim selamat indah~~
hahahahha

Dark Half said...

apa kaitan mak dara dgn hantu senyum ni?senyuman dorang menawan hati kau ker?

Cik Dara said...

aibaks: dara xsuka tgk citer tu..slh satu citer p.ramlee yg dara tak suka..

Cik Dara said...

gayah: teringat dahulu kta pernah tggl dbwh rumah..haha

Cik Dara said...

wasabi: kassim selamat xda knk mngenak..

Cik Dara said...

dark half: mak dara xda kaitan lnsg dlm citer ni,itu mukadimah jer..isi kat bwh lh..