RSS Feed

Kau, Aku dan Tahi Mata

0

Monday, October 25, 2010 by Ara Drew

Isnin...memang satu-satunya hari dalam hidup aku sekarang aku cuti.
Kalau aku ada kapel,memang sah-sah terus mintak putus. betul tak?
sapa berani cakap betul,mai cni aku nak face to face..
Hari ini kali terakhir aku belajar memandu sebelum aku mengenali dunia jalanraya yang penuh pancaroba kat luar..adoi! Hiperbola sangat ayat.

Kali ini aku nak cerita pasal kawan baik aku sekarang ni,
dialah racun,dia jugalah penawar..cewah ayat..
dialah pensel,akulah pemadamnya,
dia pensel 2B,akulah mekanical pencil nya,
dia selipar jepun kuning,akulah sandal Bata nya,
dialah buku 3 lima, akulah kad kreditnya..

Tengok,betapa setianya aku kepada kau kawan.. 
Ko cakap kalau aku ni lelaki,mesti kita dah kapel sekarangkan..kan..kan..
nampak sangat aku ni caring dan setia pada ko..
haha tapi masalahnya aku ni hanyalah si gadis sunti yang sunyi hatinya..
aku tahu kita ni macam cerita kartun catdog tu,tapi balik-balik kita kan baik lagi kan?


Aku tahu ko kata setiap kali ko cakap,mesti kawan-kawan akan tidur..
Aku bukan bosan dengar ko cakap tak abih-abih tapi aku memang mempunyai genetik tidur yang amat radikal kuatnya,
mengalahkan ketika aku makan pil selsema..
Aku tahu ko sangat rimas bila hidung aku selalu basah tapi ko tak pernah tinggalkan aku kan?
ko tetap ada disisi aku dan aku selalu menyebarkan virus-virus kasih sayang kat ko..
Itu tandanya aku sangat sayang kat ko kawan ..


Ko selalu marah-marah aku sebab aku selalu mendendangkan nyanyian dari lubuk perut aku depan ko,
tapi aku tahu jauh disudut hatimu, ko mengagumi suara lunak aku kan????
haha..bukan apa kawan, akulah I-pod shuffle ko dikala kesunyian..
ko tak payah nak letak duit 50 cen dalam kotak lagu atau susah payah nak telefon stesen radio untuk dengar lagu kegemaran ko,
ko minta jer kat aku dan aku dengan sukarelanya nyanyi untuk ko..

Nadia binti Abdullah..
aku bukan penyair yang pandai menyusun ayat-ayat puitis,
aku juga bukan sasterawan yang pandai menulis bait-bait kata yang indah,
cukuplah ko kenal aku sebagai kawan ko yang dulu hingga sekarang..
dan sampai sekarang, I still remember what we did at school..haha 

p/s: Nak kenal dia,pergi jer kat sini ..kelahiran blog baru Nadia..