RSS Feed

Lumrahnya seorang ibu membebel

13

Wednesday, May 18, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

Membebel, satu perkataan yang semua orang tak suka dengar apatah lagi melaluinya. Membebel sinonim dengan manusia bergelar ibu. Jarang sekali mendengar seorang bapa membebel. Bukan tidak pernah tetapi jarang-jarang. Orang kata, kalau seorang ibu membebel,itu sahaja caranya dia menunjukkan kuasanya di dalam jajahan takluknya iaitu RUMAH.

"bapak aku,aku,adik bradik aku,anak2 buah aku mmg selalu jadi mangsa bebelan mak aku..kitaorg dh lali dah...Tapi bila mak aku xde pegi jaga akak aku yg sulung lepas bersalin, sunyi seepiii sekali rumah aku..Mak, balik la cepat!!! Rindu nak dengar mak membebel".

( sekadar ayat contoh )

Di atas ini adalah salah satu senario dimana bebelan seorang ibu tidak di sukai dan di rindu. Aku kadang-kadang terfikir, kita insan yang masih mempunyai mak sedaya-upaya untuk tidak mahu mendengar bebelan mak. Pernah jugak kawan yang tidak mempunyai mak lagi meluahkan perasaan dekat aku;

"kawan, betapa aku merindui bebelan mak. Betapa aku ingin sekali mendengar suaranya memarahi aku. Betapa aku ingin sekali mencemikkan muka setiap kali dia memarahi aku. Kawan, aku tak berupaya nak melakukan semua itu lagi kerana dia sudah tiada lagi".



Wanita, mungkin sudah lumrah dia membebel dan dia memerlukan seorang lelaki yakni seorang suami untuk menenangkannya. Ibu, kalau dia membebel, dia menegur kerana bersebab. Mungkin sekarang kita tak mengerti apa yang ibu bebelkan, bising-bising sampai kita sanggup mengeluarkan kata 'eh', 'ceh', 'huh', sedangkan dia hanya ingin menegur.

Jangan sampai dia berkecil hati, tiada lagi doa dia untuk kita. Tapi aku yakin,seorang ibu tidak akan tergamak mendoakan keburukkan kepada anaknya.

Bersabarlah dan cuba untuk menurut perintah dan kemahuannya selagi tidak melanggar batas agama. Mencobalah untuk tersenyum setiap kali berhadapan dengannya. Bertolak-ansurlah dengannya jika bertegang urat dengannya.

Dulu aku tak pernah berkomunikasi seperti seorang sahabat dengan mak tetapi bila usia aku menjangkau 20-an, benteng malu di pecahkan dengan sendirinya bila fikiran sudah matang. Kadang-kadang aku tak tahu apa yang ingin di perkatakan depan mak. Kami seolah-olah seperti orang luar, menunggu satu topik untuk diperkatakan. Jika satu kata aku, satu jugalah kata mak.

"aku kalau mak dah start membebel, telinga ni mula rasa bingit. Benda kecik pun nak diperbesarkan. Rilexlah, kalau mak aku bisu lebih baik dari asyik membebel. kau takde mak mana paham bising-bising macam ni"

(sekadar ayat contoh )

Bersyukurlah kerana masih ada mak. Doakanlah kesejahteraannya jika dia sudah tiada.

Tengok,betapa lambatnya aku tulis entry pasal hari ibu. Aku menulis kerana aku teringat luahan kawan lama.


13 comments »

썩은 소년 said...

ehehehe:) betul tuu, scha kalau mama scha bebel kdg2 scha gelak, sbb lawak tgk die bebel.. nmpk comei! hahaa!

Mama Un-A-nas said...

GUD ONE..MAK SAYE SUKE MEMBEBEL..TAPI BIEL DAH TUE BEGINI, PEKERJAAN PEMBEBELAN BELIAU TELAH DI AMBIL ALIH OLEH SAYE SEDIKIT DEMI SEDIKIT..TAHNIAH UNTUK SAYE KERNA BERJAYA MENJADI SEORANG ANAK POMPUAN DAN MEWARISI BAKAT EMAK..WAKAKAKA..CLAP2...

Nailah Azman said...

Mak akak kalau akak cakap :

" Mak ni, asyik bebel lah. "

Nanti kang bukan senyap, lagi bebel. Kahkahkah.

yashygsempoi said...

mak bapak hanya satu tu je.. tiada dua tiada tiga.. tiada pengganti.. kalau mak bebel tu anggap jelah mak menyanyi.. huhuhu sayang mak saya!

stoberycoklat said...

bese arr weh..kalo tak bebel..bkn mak la nmnyer tu kn..huhuhu...skang tahan jek la..kang bila dia dh der kompem weh rindu bebelan tu huhuhu

Ara Drew said...

Scha: hehe,lawak pulak. mst muka tak ganas kan.

Ara Drew said...

hanem: erkk,ade waris pulak. haha

Ara Drew said...

Nailah: haha padan muke akak.

Ara Drew said...

yash: anggap mak nyanyi?? ok.. *imejin mak jd tok ti* haha

Ara Drew said...

eiyda: ar'r,dh lumrah dia nk bebel. lainlh mak bisu,tp tetap jugak ade naluri nk bebel kan.

Gayahspears said...

besa lak nek dara.. mak Gayah pon camtu gak.. setiap yg dia bebelkan tu ade makne.. so hargailah setiap bebelannya.. nty da xde rindu :( adess tibe2 teringat arwah ayah :(

Ara Drew said...

gayah: ar'r,anggap je bebelan dia tu adalah 1 teguran. dia lebih dulu makan ayam goreng dari kite semua. :D

Anonymous said...

bersyukor sebab masih ade mak lagi... :)