RSS Feed

Showing posts with label keluarga. Show all posts

Kerja tanpa temuduga

2

Saturday, June 11, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

Aku nak tanya, pekerjaan apa yang serta merta akan wujud di dunia tanpa perlu di temuduga, dan tanpa perlu hantar resume bebagai? Tetttt, salah! Eh belum jawap lagi ek? Jangan marah daaa. Jawapannya adalah surirumah ataupun dalam bahasa orang kulit putihnya adalah housewife. 

Bak kata nenek aku dan nenek-nenek yang pernah wujud di sekalian alam buana ni, 'perempuan belajar tinggi-tinggi manapun, akhirnya ke dapur jugak nanti'. Ada logiknya juga buah fikiran orang tua zaman dulu, brilliant boleh buat batu cincin kepala otak mereka. Aku sokong kata-kata tu sebab, memanglah perempuan walau tinggi mana dia belajar akan pergi ke dapur jugak sebab dah namanya tekak haus mestilah nak ke dapurkan. Ok tak lawak ye dara. 


Bagi yang dah berumah tangga, yang akan merasa amat tertekan nanti adalah surirumah. Percayalah kata aku ni. Pekerjaan ini walau nampak je mudah dimata seorang lelaki, apatah lagi senang dimata umum tapi hakikat sebenarnya adalah amat payah. Jadi aku akan senaraikan kepayahan dan kesusahan seorang yang bekerja sebagai surirumah. 

  • Siapkan sarapan
Seorang surirumah yang berwawasan, dia akan mencuba bangun seawal yang mungkin untuk menyediakan sarapan untuk suami tercinta dan anak-anak sidek disayangi. Korang ingat isteri yang memegang jawatan surirumah ni boleh bermalas-malasan melentok liukkan bentuk tubuh di atas katil sampai matahari terpacak di langit? Haram kau. Mau kau kena caras dengan mak mertua yang tahap kegarangannya mengalahkan Nyonya Mansur Kassim Selamat tu, terus dia buat cerita muka depan dengan kawan-kawan seperjuangannya di kampung halaman. "Eh kau tahu, bertuahnya anak menantu aku tu buat sarapan pun tak pandai" ( Skrip yang aku pandai-pandai cipta ).

  • Kejutkan suami dan anak- anak
Dah namanya surirumah kan, walau macam mana efisennya jam loceng pikachu, jam loceng KFC kepala pakcik rambut putih dan jam dinding Felix yang ekornya bergerak- gerak tergantung kemas di dinding bilik, tidak akan dapat mengejutkan lena si suami dan anak- anak jika mereka masih di buai mimpi. Jadi inilah rutin harian si surirumah untuk mengejutkan mereka bangkit untuk pergi bekerja dan ke sekolah. 'Bang,bang dah tak reti nak pergi kerja ke?' dialog ulangan setiap pagi untuk si dia tersayang.

  • Kemas rumah
Selaras dengan wawasan rumah tangga  "Rumah Itu Syurgaku", maka menjadi tugas berat untuk seorang surirumah tangga untuk mengemas rumah yang dah seperti tongkang pecah. Tugas berat ni setiap hari dihadapi mereka sebab dah memang hari-hari rumah bersepah. Ambil situasi jika si suami peminat fanatik bola sepak dan anak bujang seramai tiga orang memang sekepala gajah dengan si bapa, bayangkan je diorang tengok bola sambil makan kuaci, kacang, keropok Moni, popcorn ( kemain makan popcorn ) dan segala jenis makanan dan minuman ringan semasa menonton. Paginya bila si ibu yakni surirumah bangun dari lena yang panjang, terus terkejut sampaikan nak terlondeh kain batik tengok rumah bersepah dengan segala jenis sampah sarap ni. Mau dia resign terus tapi apakan daya dah memang kerja dia. Mengucap panjang si ibu.


  •  Menu masakan
Alahai, takkanlah hari ni lauk ikan masin,telur mata jin letak kicap dan sayur taugey je. Bosan tau tak mak? Kalau aku jadi mak pun aku pelempang budak-budak ni. Bapak kau pun satu tak reti-reti nak menambah variasi lauk yang hendak dibeli, kalau dah asyik beli ikan masin,telur dan taugey je mana tak otak nak beku fikir nak masak macam mana. Ini dah kenapa membebel dalam entry ni? Tengok tak situasi ni? Seorang surirumah akan selalu menghadapi sindrom terbeku buah fikiran bila datang bahagian nak membuat kelainan menu masakan. Terkadang aku ada terdengar mak dan abah berbual dan aku dah dibolehkan mendengar diorang bercakap ok, abah cakap dekat mak supaya boleh tak awak jadi kreatif sikit bila memasak. Amboi abah siap kretif gitu. Ini terjadi bila mak kebuntuan idea untuk memasak lauk apa. Dugaan betul jadi surirumah ni, baik beli dekat luar je senang.


Sebenarnya kan, kerja sebagai surirumah ni adalah kerja yang paling kuat,tabah dan risiko sekali aku rasa. Kuat sebab hanya surirumah yang mampu tahan semua sebab-sebab diatas, tabah sebab hanya mereka je yang tabah menghadapi semua karenah-karenah diatas dan berisiko sebab kalau semua benda-benda diatas tidak dapat dilaksanakan kemungkinan besar dicerai suami dan dicaci mertua serta menjadi buah mulut jiran adalah besar. Ok itu aku rasa je.



Apa-apapun hargailah mereka yang bergelar surirumah. Jangan disebabkan mereka tidak mempunyai gaji tetap yang tinggi mereka dipandang rendah. Jangan kerana mereka tidak keluar bekerja seperti orang lain diluar mereka dipandang sebelah mata. Tanpa mereka memang rumah akan huru-hara. Ini tidak termasuk yang pakai amah ok.


p/s: Entah apa-apalah entry yang aku tulis, jadi menteri pembangunan wanita dan masyarakat tak pulak. (["]["])



Kakak mithali dan kakak dikesali ( Jika aku seorang adik )

3

Wednesday, June 8, 2011 by Ara Drew

Assalamualaikum/ Salam sejahtera,

Amboi cik Kiah, tak kan aku dah lama tak update kau dah bising-bising rindu dendam dekat blog aku. Dekat aku tak pulak kau rindu yer. Hari ini aku nak cerita sikit pasal Kakak. Serius ni, nampak tak muka aku tengah serius ni? Nampak tak?

Korang ada kakak? Kalau tak ada kakak kandung seemak seayah mesti ada kakak tiri belah bapak angkat ke, kakak angkat ke, kakak seDARA ke atau kakak TERangkat. Cuba tengok perangai diorang sama ada diorang dalam kategori mana, kakak mithali atau kakak yang dikesali.

Muahh Sayang adik.. adik tu aku ok.
  • Kakak Mithali
Kakak yang rajin tolong ibu membuat kerja-kerja rumah. Sweet kan kakak macam ni? Tulang taklah berat sangat sampai 879kg. ' ok mak, nanti kakak tolong masak hari ni..mak rehat je k layan abah tu.' Kemain ayat nak berbaur kontroversi je kan.
  • Kakak yang dikesali
Kakak yang mendera ibu sendiri seperti orang gaji. Astgharafillahalazim ni dah apekehal nak dera ibu sendiri? Kakak macam ni memang patut dihumban terus ke dalam batu belah batu bertangkup. Ingat nanti kau ada anak, gerenti anak kau buat macam tu jugak, paling comman pun dia perhambat kau keluar dari rumah.

  • Kakak Mithali
Kakak yang sanggup mengorbankan kebahagiaannya dalam mencari pendidikan demi adik-adik tersayang. Alahai, dah macam cerekarama samarinda slot lestary pulak point yang ni. Kakak macam ni sanggup menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti demi memberi peluang adik-adiknya menghabiskan zaman persekolahan. Terasa seperti cerita aku sikit-sikit. Sikit je.
  • Kakak yang dikesali
Kakak yang dah cukup pendidikan tapi hanya untuk diri sendiri. Kakak macam ni aku nak cakap macam mana ye? Aku rasa kakak macam ni sanggup tengok adik dia dapat markah tercorot dalam kelas,lepas tu tidak mahu memberi dorongan agar adik nya berjaya. I'm my right?

Dik,rasa-rasa 89 x 0 berapa ek?

  • Kakak Mithali
Kakak yang bekerja keras siang dan malam untuk membahagiakan keluarga. Hey hey walley walley.. ini bukan bermaksud kakak tu keje funfair siang dan malam tetapi dia bertungkus lumus untuk menambah pendapatan keluarga. Kakak macam ni berguna sikit, kalau topup talipon dan habis mintak je share dengan dia. Itu pun kalau kakak pakai telco celcom lah.
  • Kakak yang dikesali
Kakak yang tidak mahu bekerja dan hanya duduk goyang kaki, pakai pengilat kuku warna liplap liplap dekat sofa kayu jati mak sambil mengira hari bila buah anggurnya akan berbuah dengan lebatnya. Hampeh punya kakak macam ni. Kakak macam ni memang tak ade masa depan ke ape. Aku bukan nak hentam kakak-kakak yang masih belum dapat kerja, yang belum dapat kerja terkecuali ok. Yang malas cari kerja dan hanya menghabiskan nasi di rumah ni aku geram sangat-sangat. Aku dulu pun macam ni tapi hati memang akan rasa malu yang teramat jika belum dapat kerja, ditambah lagi adik-adik masih belajar. Bertambah beban abah.

  • Kakak Mithali
Kakak yang bila pakai baju, dia akan menutup aurat dan menjadi rolle model untuk adik-adiknya. Sweetkan. Dah berapa kali aku cakap sweet, sila kira. Tak kisahlah kalau tak bertudung ke bertudung ke, sekurang-kurangnya tutuplah aurat sikit kasi contoh untuk adik. Takkan nak 24jam seksi seksa, adik tengok pun nampak kurang senang.
  • Kakak yang dikesali
Kakak yang tak mampu menutup aurat, nampak pusat, nampak paha tak sedar yang dekat kaki ada banyak duit syiling 1 sen. Ewwww tolonglah k. Tak payahlah nak pakai seksi-seksi kalau ada banyak syiling 1 sen dekat betis. Nampak tak kat situ, salah satu cara untuk melatih kakak tu untuk tutup aurat. Kalau yang masih tak sedar diri, memang dia tak layan pun nasihat yang aku tulis ni.

Nah dik, air Oligo-Coco

  • Kakak Mithali
Kakak aku
  • Kakak yang dikesali
Kakak kau

Hahahahaha ok maafkan aku dengan point terakhir tu. Maafkan kami penunggu gua, maafkan kami penunggu gua. Jadi daripada apa yang aku dapat simpulkan berdasarkan point-point diatas, tak kisahlah kakak kategori mana yang korang ada janji hubungan adik beradik tak akan putus seperti  ' Air Cola dicincang halus tidak akan putus jua' erk mcm salah je kan. Ok yang sebenarnya ' Air dicincang tidak akan putus' samalah seperti hubungan adik beradik. Walau jahat mana pun adik,kakak,abang kita hanya dioranglah yang akan membantu kita pada masa yang susah nanti. InsyaAllah.

Sekian tazkirah dari konti sakit puan anda. Tata sayang korang yang baca ni.


Lumrahnya seorang ibu membebel

13

Wednesday, May 18, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,

Membebel, satu perkataan yang semua orang tak suka dengar apatah lagi melaluinya. Membebel sinonim dengan manusia bergelar ibu. Jarang sekali mendengar seorang bapa membebel. Bukan tidak pernah tetapi jarang-jarang. Orang kata, kalau seorang ibu membebel,itu sahaja caranya dia menunjukkan kuasanya di dalam jajahan takluknya iaitu RUMAH.

"bapak aku,aku,adik bradik aku,anak2 buah aku mmg selalu jadi mangsa bebelan mak aku..kitaorg dh lali dah...Tapi bila mak aku xde pegi jaga akak aku yg sulung lepas bersalin, sunyi seepiii sekali rumah aku..Mak, balik la cepat!!! Rindu nak dengar mak membebel".

( sekadar ayat contoh )

Di atas ini adalah salah satu senario dimana bebelan seorang ibu tidak di sukai dan di rindu. Aku kadang-kadang terfikir, kita insan yang masih mempunyai mak sedaya-upaya untuk tidak mahu mendengar bebelan mak. Pernah jugak kawan yang tidak mempunyai mak lagi meluahkan perasaan dekat aku;

"kawan, betapa aku merindui bebelan mak. Betapa aku ingin sekali mendengar suaranya memarahi aku. Betapa aku ingin sekali mencemikkan muka setiap kali dia memarahi aku. Kawan, aku tak berupaya nak melakukan semua itu lagi kerana dia sudah tiada lagi".



Wanita, mungkin sudah lumrah dia membebel dan dia memerlukan seorang lelaki yakni seorang suami untuk menenangkannya. Ibu, kalau dia membebel, dia menegur kerana bersebab. Mungkin sekarang kita tak mengerti apa yang ibu bebelkan, bising-bising sampai kita sanggup mengeluarkan kata 'eh', 'ceh', 'huh', sedangkan dia hanya ingin menegur.

Jangan sampai dia berkecil hati, tiada lagi doa dia untuk kita. Tapi aku yakin,seorang ibu tidak akan tergamak mendoakan keburukkan kepada anaknya.

Bersabarlah dan cuba untuk menurut perintah dan kemahuannya selagi tidak melanggar batas agama. Mencobalah untuk tersenyum setiap kali berhadapan dengannya. Bertolak-ansurlah dengannya jika bertegang urat dengannya.

Dulu aku tak pernah berkomunikasi seperti seorang sahabat dengan mak tetapi bila usia aku menjangkau 20-an, benteng malu di pecahkan dengan sendirinya bila fikiran sudah matang. Kadang-kadang aku tak tahu apa yang ingin di perkatakan depan mak. Kami seolah-olah seperti orang luar, menunggu satu topik untuk diperkatakan. Jika satu kata aku, satu jugalah kata mak.

"aku kalau mak dah start membebel, telinga ni mula rasa bingit. Benda kecik pun nak diperbesarkan. Rilexlah, kalau mak aku bisu lebih baik dari asyik membebel. kau takde mak mana paham bising-bising macam ni"

(sekadar ayat contoh )

Bersyukurlah kerana masih ada mak. Doakanlah kesejahteraannya jika dia sudah tiada.

Tengok,betapa lambatnya aku tulis entry pasal hari ibu. Aku menulis kerana aku teringat luahan kawan lama.


Awas anak menonggeng!

12

Tuesday, February 15, 2011 by Ara Drew

Assallammmualikum /Salam sejahtera,

Kehadapan dear tersayang,

          Sayang kat sini sihat walafiat seadanya bang. Abang kat sana sihat tak? ade sakit-sakit perut? Kalau sakit perut cepat-cepatlah makan pil Chi-Kit Tek Aun,aish susah betul nak mengeja nama pil kesukaan abang ni tau. Btw,nak cakap yang pil Chi-Kit Tek Aun yang abang makan aritu dah expired date tau,lupe sayang nak kasi tau. Sebenarnya nak test, kot-kot perut abang kebal ke tak kalau makan. Abang ok je kan? Alah takat pil expired ape kes nak masuk hospital.

Sayang tulis surat ni bukan nak kaborkan tentang pil yang dah expired date tu tapi nak cakap yang Aiman dah mula rindukan babah nya ni.. *maknya apatah lagi rindu dendam bagai nak rak baju*. Eh, mengacau pulak budak ni..shuhh,punyalah feeling ibunya nak menaip surat ni. Sorilah bang, ni Aiman asyik kacau sayang taip. *baling pen kilometrico jauh-jauh kasi Aiman main*..

Tujuan surat ni bukan ape bang,nak cakap yang Aiman dah mula menonggeng tau. Abang jangan nak buat-buat blur pulak bila baca ni. Mak sayang cakap,kalau budak-budak dah pandai menonggeng, tu maknanya dia nak adik baru. Ehem..ehem, tak reti-reti nak balik ke bang? Sayang pulak yang blushing bila taip ni. *tampor frame gambar abang kat meja*.. Tapi bang, tu jangan percaya sangat tau, abang tau kan sayang nak jaga badan time ni. haha tibe-tibe pulak. Eh,ni sayang sertakan gambar Aiman menonggeng untuk kasi bukti yang sayang tak tipu abang..


~Thanks Incek Google~ 

Ok bang, mata sayang dah ngantuk sangat ni. Bukan ape,melayan Aiman ni dah penat apatah lagi kalau ade adik baru...haaaa,nampak tak HINT kat situ? kalau tak nampak jugak sah abang ni failed BM grrr. Selamat Malam dari isterimu yang setia tahap gaban hijau.

CikSayang xOxo


P/s : Cerita diatas adalah rekaan semata-mata,tiada kaitan antara sayang,abang dan Aiman.kahkah... teringat bila Mak mengandungkan adik bongsu dulu,nak adik lagi tapi Mak dan Abah buat muka blur.