Jika Aku bergelar GURU
7Tuesday, May 24, 2011 by Ara Drew
Assalammualaikum/Salam sejahtera,
Kita bertemu..kali ini untuk apa? Adakah hanya sekadar membaca saja. Tengok, sesuka hati aku membantai lagu Hattan tu. Minggu ni memang musim peperiksaan kan? No hal lah adik aku yang bongsu giat belajar. Pelajar sekolah rendah tahun 5. Dah besar anak dara (belom baligh lagi kot) mak aku ni.
Geee~~ Ok ini seram
Farahin. Yup, singkatan namanya yang aku ambil bagi mengambarkan siapa dirinya. Aku dah makin nampak perubahan ketara adik aku ni. Dia minat seni sangat sangat sangat, tak minat matematik (macam aku) tetapi otak dia boleh skor A untuk math. Ok, ko makan ape dik? Lupakan pasal subjek tu, dan dia sekarang gigih bebenor aku tengok belajar. Tak macam tahun-tahun yang dulu, asyik tengok kartun je.
Jadi malam semalam dia nak aku ajar dia buat ayat bahasa inggeris berpandukan buku latihan yang dia beli. Kalau aku dah start mengajar, memang lebih banyak ketawa dari serius. Bila dia tak tau satu - satu perkataan tu, dia asyik bertanya tanpa henti dan akhir sekali aku cakap, 'dik, kamus depan mata tu buat hiasan dalam muzium je ke?'. Tersengih. Mudah fedup dan marah adalah salah satu pe'el aku tak dapat nak mengajar budak. Jadi aku nak buat senarai sikit 'JIKA AKU BERGELAR GURU' untuk bacaan korang JE.
- Jelita
Memang lumrahkan kalau cikgu tu gojes ala-ala Marylin Monroe (kemain yang ni jugak yang aku pilih hikhikhik ) memang pelajar akan suka bila dia masuk mengajar. Wey, aku pernah jadi pelajar so aku taulah macam mana rasanya memilih cikgu ni. Jikalau akulah yang jadi cikgu jelita ni, memang aku umpan pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Bukan sekadar tayang ke-gojesan je tapi tektik nak tarik pelajar tu untuk minat belajar kena ada. Aku ambil contoh cikgu MUET ( Malaysia University English Test ) aku dahulu. Dia memang, perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh gojes habis. Muka ala-ala Mas Idayu sikit Anjelina Jolie sikit. Otak dia saiko pelajar untuk belajar memang terbaeklah. Dia tak garang dan tak pulak lemah longlai tetapi skill dia untuk tarik pelajar belajar memang ada. Aku jelita dalam hati je dah cukup kot hikhik.
- Garang
Sila percaya jika aku teramat garang. Wey, aku garanglah tapi kenapa budak-budak tak takut aku pun tak tahu. Jika aku jadi guru memang aku akan garang se garang garangnya. Wallah, kena bedal aku dengan cikgu bahasa jika dia baca bahagian kata ganda tu. Mungkin di sebabkan aku tak garang sangatlah aku tak dapat nak mengajar budak. Asyik nak gelak je, mana budak nak serius belajar dengan aku. Sebenarnya aku bukannya nak gelak apa tapi kadang-kadang terasa lucu bila mengenangkan aku 'kalau' jadi guru.
Aku garang macam ni tau
- Leka
Ok part ni aku paling takut. Aku takut sebab, jika aku jadi gurulah aku akan melebihkan masa berborak dari mengajar. Mudah leka jika ada tajuk bualan pelajar didalam kelas. Huh, tengok tak betapa tak bertanggungjawap cikgu ni. Aku takut bila masuk kelas hari isnin, tiba-tiba pelajar cerita pasal konsert Mentor semalam, telinga ni terdengarlah komen-komen pelajar tentang satu-satu protoge ni dan aku terjebak sama menyampuk. Adoi kan dah tergendala waktu pembelajaran. Haha jangan amalkan jika anda bergelar guru sebenar!
- Pengacau
Ambil situasi masa exam, aku takut sangat aku akan tergelak dan kacau budak masa ujian berlansung. Hati ini mudah nak gelak baca jawapan yang entah apa-apa, terkeluar dari landasan soalan sebenar atau karangan khayalan jauh dari minda. Sebagai contoh adik aku selalu buat karangan 'Aku sebuah kereta' dan aku akan menjadi orang pertama yang akan terbahak-bahak gelak membaca karangan dia. Nampak tak ciri-ciri kakak yang kejam + tak menyokong hasil usaha adik? Maaf ya dik, akak cuma gelak pertama-tama tu je tapi lepas tu tolong perbetulkan jika ada yang salah.
Cikgu tengok apa? Shuh! Pergi jauh-jauh
- Muka ketat
Guru disiplin sering kali dikaitkan kalau muka ketat tak murah senyuman ni. Memang selalu sangat jumpa personaliti cikgu disiplin macam ni. Jadi, aku yang kadang-kadang muka ketat ni bolehlah join jadi cikgu disiplin tapi aku rasa budak-budak mesti tak takut kot. Tapi aku nak sangat jadi cikgu disiplin sebab cikgu disiplin lah yang paling femes dekat sekolah haha. Buruk impian betul.
Itu jer kot antara mainan minda aku jika aku bergelar guru. Ciri - ciri guru memang tak ada dalam diri aku sebab aku ni jenis tak pandai nak mengajar apatah lagi nak buat satu pembelajaran yang baik untuk budak-budak. Jadi adik-adik, yang tak lama lagi nak bercuti ni selamat menjawap peperiksaan ya. Rindunya nak beli pensel 2b, bekas pensel baru ade bunga-bunga padahal bekas lama masih baik lagi, beli pembaris,beli pengasah padahal pakai pensel mekanikal (motip?) nak beli pengasah apesal. Waktu peperiksaan paling best sebab balik awal dari jadual biasa, yahoooooo! Good luck ya adik-adik.
Rindu suasana macam ni =_-"
Category exam
7 comments »
wah, cikgu dara. haha. jadi lecturer lew, nanti mesti ramai student nak tackle. hahaa
I miss school, exam and those thing yg berkaitan.
But can't imagine if you is a teacher.
Mahu gelak je kot? Bhahahaha. :p
nice post. jadi pensyarahlah best. :)
rindu sangat-sangat masa study. waktu study kemain nak keje. dah keje gedik nak study. rindu suasana dalam kelas. time2 ni baru rasa rindu ngan lecturer.hahahaahha
jadilah cikgu yg di sayangi pelajar & dihormati masyarakat....
Seronok jadi cikgu... Pakai smart selalu kalu lelaki, canteek selalu kalu perempuan..
Ari2 layan budak2, hujung bulan dapat gaji!!
nais post =) can be part of my guide soon...
Post a Comment