RSS Feed

Bahagia

2

Friday, June 29, 2012 by Ara Drew


Baring dekat rumput. Pandang langit dan tunjuk awan. Bayangkan awan jadi gula-gula kapas berperisa vanilla. Ya, aku suka. Bahagia.

Baring dekat rumput. Pandang langit dan tunjuk bintang. Bayangkan bintang jadi orang yang paling kau sayang. Tamak, ya aku tamak sebab mau semua bintang di alam semesta. Bahagia.

Ooooo, tiup cermin tingkap. Intai pelangi selepas hujan. Bayangkan pelangi menjadi tangga - tangga menuju impian. Ya, aku kuat berangan. Tak salah sebab ini impian. Bahagia.


B A H A G I A. Aku ucap dan letak dalam kotak. Aku balut dan letak riben merah. 
Aku tulis alamat hati sesukahati. 
Siapa dapat, dia punya rezeki.

Bila bahagia dah berkoyan-koyan,
terasa pula nak kongsi dengan orang.

Mohon bahagia orang,
tinggal sedikitlah untuk aku yang sorang.




2 comments »

Cikgu Vina said...

bahagia yang abstrak..hihi..

Cikgu Vina said...

hihi..kmk follow ktk..