RSS Feed

Robot si Pelipat Kain

1

Sunday, February 26, 2012 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera,




Mungkin malam ini tak seperti malam - malam yang lain, mungkin juga ia sipi - sipi menyamai malam semalam. Melipat kain. Itu sajalah aktiviti merangkap hobi paksa rela si Ara. Memang rutin dia akan 'tweet' mengenai aktiviti melipat kain dan dalam masa itu jugalah idea dia melimpah ruah ke sawah padi dan jadilah nasi. Ezajerit sangat di sini.



Dia punyai satu impian iaitu ingin memiliki satu robot melipat kain. Kejadah robot yang ko minta Ara? Mintalah laki. Dia paling tak suka apabila disuruh melipat kain tapi disebabkan atas dasar hormat ( dibaca : takut ) pada ibu tercinta, dia turutkan sahaja kemahuan ibu yang satu itu. Aku yakin ramai yang sama dengan Ara kan tak suka melipat kain? Anggukkan kepala apabila mengiyakan pertanyaan ini.


Dia biasanya tidur pada jam 12 tengahmalam kerana dia habis melipat kain pada jam itu. Dia juga taknak biasakan diri berjaga malam kerana ingin mengelakkan jerawat bermaharajalela tumbuh di muka pada keesokan harinya. Muka nak pakai lama you, haruslah jaga dengan elok. Sebelum tidur, dia bermunajat sebentar dan berdoa agar dia dikurniakan sebuah robot melipat kain. "Oh tuhan, aku mahu robot melipat kain yang sederhana kacak, punya senyuman menawan, tiada perasaan dan berjantina lelaki. Aku harap kau makbulkan doa aku ini." Putih. Kelabu. Kelabu. Hitam. Mata terpejam, lampu dipadam.



Jam 3 pagi orang kerdil bersaiz wanita terpendek di dunia yang menetap di India, datang menghantar barang impian si Ara. Kekonon macam pos 'laju' lah tu kan.  Maka si Ara pun bangkit dari tidurnya yang tak berapa nak lena diulit intan tu dan dia menuju ke bilik air. Buat apa lagikan, biasalah nak topup saham. Tak payah nak ngengada nak aku tulis secara terperinci pulak. Dia bukan perasan pun ada bungkusan dekat tepi pintu bilik dia. Aku rasa bungkusan tu taklah besar mana kot tapi isi dalam tu semacam berat sangat.


Keesokan harinya, Ara bangun dan mak telah menjerit dari luar bilik mengarahkannya mengambil bungkusan itu sebelum mak dia melempar ke luar tingkap. Ganas jugak mak dia ni, seiras mak aku. Dengan level excited setinggi Gunung Fujiama, dia membuka bungkusan tersebut. Wooooo! Set robot melipat kain 2.1 edisi khas. Terujanya dia mendapat hadiah yang diidam-idamkan sejak dari dulu lagi. Dia terpaksa mencantumkan bahagian - bahagian tersebut dahulu sebelum dapat menggunakan khidmat robot itu. Nasib baik ada dibekalkan buku manual, senanglah sikit nak sambung - sambungkan bahagian tu.






Setelah hampir sepurnama setengah dia mencantumkan semua bahagian itu, akhirnya robot Pelipat Kain telah siap. Dengan hanya menggunakan bateri double A, ianya selamat digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Setakat inilah. Ingat senang ke nak cantum - cantumkan semua bahagian tu? Bukan sesenang mencantumkan bahagian kereta Tamiya. Dia pun ada kerja lain selain dari mengadap benda itu je.


Tidak seperti yang diharapkan tinggi robot tu hanyalah setinggi kanak - kanak tiga tahun sahaja. Nak feeling - feeling pakwe setinggi Aron Ajis pun tak lepas. Malam yang ditunggu sudah tiba, masa untuk menguji robot 'sakti' ini dalam membuat kerja. "Ok robot, aku namakan kau Robert a.k.a Robot. Malam ni kau buat segala kerja melipat kain sementara aku bersenang lenang bermain tweet." Bersungguh Ara mengarahkan si robot itu melipat kain.


Dia tinggalkan robot tersebut ditepi longgokan kain baju sementara dia melayari laman sosial kesukaannya. Sedar tak sedar, dia tertidur semasa melayari internet dan tidak terlintas langsung untuk melihat hasil 'kerja' si robot tersebut.


"Amboi-amboi anak dara ni, kau dahlah bangun lewat, lepastu kau tak melipat kain pun semalam ye," mak si Ara mencubit paha si Ara semasa dia membongkang tidur tak ingat dunia. "Ouchhhhhhhhhhh! Woittt, siapa yang cubit ni?" dia menjerit apabila dicubit. "Kau apesal tak lipat kain malam tadi Ara?" jerkah si mak. "Orang dah suruh robot tu lipat malam tadi," sambil tangannya menunjuk ke arah robot itu diletakkan dan dia terperanjat besar apabila sehelai kain pun tidak dilipat daripada semalam.


"Tak guna punya robot! Aku berharap dengan kau seratus dua puluh tiga persen, kau satu persen pun tak tolong aku. Arghhhhhhhhhh!" Ara berteriak dan menyepak robot tersebut. Dia mencapai robot itu dan membalingkannya terus keluar tingkap. "Ahhhh, ini padahnya kau merobek kepercayaan aku robot. Puas hati aku," Ara tersenyum gila di jendela.


Tiba - tiba dia terdetik nak baca buku manual pada kotak robot itu semula. Entah kenapa dia pandai terdetik nak membaca padahal robot itu sudah dibuang. Ahhh, ini aku punya cerita jadi suka hati akulah nak suruh dia baca kan. Maka Ara pun mula membaca;

Amaran : Mainan ini adalah tidak sesuai bagi golongan dewasa yang tak sedar diri dan cepat panas baran.
Mainan ini hendaklah dicantumkan dahulu sebelum dapat digunakan. Mainan ini menggunakan bateri double A dan jangan nak perasan kami akan menyediakan bateri didalam pakej ini. Sila beli secara berasingan. Mainan ini haruslah diletakkan didalam bilik selama 8jam dan jangan digunakan dahulu. Akhir sekali, mainan ini hanyalah mainan semata-mata dan jangan nak berangan bahawa mainan ini dapat membantu membuat kerja rumah anda yang melambak-lambak. Ia tidak akan membantu melipat hatta sehelai seluar kecik sekalipun. Saya tahu niat anda berdoa meminta 'robot' ini dan saya hanya ingin menguji tahap keterujaan sifat malas anda.
p/s : Kenapa tak baca ayat berhuruf kecil ini dahulu? Padan muka, sayang semunya sudah terlambat.

Selesai membaca buku manual tersebut, Ara bagai dirasuk iblis dan dia koma akibat terlanggar bucu meja tulis kerana terlalu marahkan diri sendiri yang cuai tanpa membaca segalanya terlebih dahulu.





1 comment »

kak nita said...

imaginasi melampau..huhu..