RSS Feed

Impian di dalam buih sabun

4

Thursday, October 20, 2011 by Ara Drew


Ini kisah fantasi dari dunia bawah angin. Maknanya dunia mereka tak ada angin tetapi bawah dunia mereka ada angin. Kau mengerti?

Aku bukan nak cerita dunia bawah angin tetapi aku nak cerita kisah si Uda dan Dara dalam kisah ni. Jalan selamat aku namakan mereka Uda dan Dara. Siapa terasa, untunglah kau femes seketika.

Kisah bermula dimana si Dara mengayuh basikal di sekitar dunia bawah angin. Biasalah anak muda, mula bersiar-siar bagi menambahkan stamina dan menyegarkan mata. Dia menuju ke taman.

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi gebu si Dara dan menghayunkan rambut ikal paras bahu dia. Kalau aku dalam situasi ni, memang dah feeling-feeling macam dalam filem. Apabila si Dara menoleh 90 darjah ke sebelah kanan, dia terlihat seorang lelaki yang tak pernah dia temui sebelum ni. Hey, bukan dia tak pernah tengok lelaki tetapi lelaki ni macam orang baru daaa.

Senyum. Kacak jugak dia ni, ada iras-iras Denish-Oh. Dengan berbekalkan kompiden level yang tinggi, si Dara menghampiri lelaki tu. 'Hai awak, tak pernah nampak awak sebelum ni. Baru pindah ek?', si Dara bertanya. Lelaki tu hanya menganguk. 'sombong lah tu' si Dara mengomel dan terus balik. Satu peel si Dara ni yang orang tak boleh tahan, kuat sentap. Lebih kuat daripada Sentap Hati Mak Nakkkkkk.

Hari berikutnya dia mengayuh lagi dan menuju ke taman itu lagi. Niat si Dara ni aku dah dapat hidu sebab aku yang tulis cerita ni. Haha. Si Dara pergi lagi ke taman itu semula dengan harapan dapatlah berjumpa lelaki misteri tu lagi. Misterilah sangatkan, padahal baru sekali jumpa. Dari kejauhan dia dapat lihat lelaki tu bermain buaian sambil mulutnya terkumat-kamit. Apa ntah yang di baca aku pun tak tahu. Eh, mungkin dia menyanyi kot.

'Hai awak, main sorang-sorang ek?', si Dara berbasa-basi tanya soalan yang dia sendiri ada jawapannya. Lelaki tu angguk je. 'Awak ni tak reti jawab ke? Asyik angguk je', si Dara tanya lagi. lelaki tu diam. 'Nama awak siapa ek?' Si Dara tanya dengan level kesabaran paling tinggi demi nak berkenalan dengan lelaki itu. Lelaki tu bangkit dari buaian dan mula mengambil sebatang ranting kayu. Dia mencangkung di tanah dan mula menulis sesuatu. "UDA". Dia tulis Uda weyyyyy. Eh, aku pulak yang teruja. 

Akhirnya. Si Dara tersenyum kerana Uda kasi respon positif. Dia mengayuh balik dan berharap esok ada lagi peluang untuk dia bertanya. Hari-hari seterusnya mereka sering berjumpa di taman yang sama, di buaian yang sama dan si Dara akan mengeluh kerana tak bisa mendengar suara si Uda. Uda seakan-akan tak mahu bercakap. Mungkin juga dia bisu.

Hari ni, si Dara bawa sebotol buih sabun dan dia nak ajak Uda main sama. Botol buih sabun tu sudah lama berada di rumahnya dan ia bukan buih sabun yang biasa. Ia buih sabun ajaib. Nenek kepada nenek kepada nenek kepada nenek ibu dia kasi. Kasi dekat mak dialah. Si Dara ajak Uda main tetapi Uda seakan tidak mahu bermain sama. Dia tulis dekat tanah, 'tak macholah budak lelaki main buih sabun'. Alahai, kisah pulak si bisu ni pasal macho.

Si Dara duduk dekat satu jongkang jongket, dan dia mula bermain buih sabun. Setiap kali dia tiup buih sabun, setiap kali itulah dia bacakan impian. 'Aku nak sangat dengar suara Uda walaupun sepatah cuma' dia baca setiap kali tiup buih sabun. Sebenarnya impian itu hanya akan berkesan jika buih sabun terkena ke bahagian tubuh si dia.

Tiup punya tiup punya tiup, buih itu langsung tak mengena ke sasaran. Ilmu apalah yang Uda pakai? Si Dara mula putus asa dan bangkit dari tempat duduknya. Dia nak balik. Entah bagaimana tuah berpihak kepada dia haritu, tiba-tiba keajaiban terjadi buih sabun tu mengena ke batang hidung Uda dan air buih tu terkena mata dia. 'Hoi, gila ke apa!'. Itulah ayat pertama yang si Dara dengar dari mulut Uda.


Hahahahaha impian dia tercapai dan si Dara bergegas balik ke rumah. Dia sudah berjaya membuatkan Uda bercakap walaupun ayat yang di ucap tidak seindah yang diimpikan. Sejak impian si Dara tercapai, dia tidak lagi pergi ke taman itu lagi. Dia kembali duduk di rumah seperti hari-hari sebelum kedatangan Uda.

Aku nak kasi satu rahsia, sebenarnya si Dara ni gila. Uda dah tahu si Dara ni gila, sebab tu dia tak bercakap apa-apa tetapi entah kenapa dia marah sangat sebab buih sabun terkena mata lantas dia terlepas kata. 

Kisah ini tamat di sini kerana negara bawah angin dilanda ribut bawah angin secara tiba-tiba. Aku rasa ini terjadi kerana faktor emosi si Dara. Aku tak boleh nak tulis penamat kerana mak cakap, 'ko keluar dari rumah masa ribut ni, jangan harap ko balik nanti aku nak bukakkan pintu!'. Ewww, lagi seram pesanan penaja dari mak. Ok chiauuuuuu. 


4 comments »

unGu said...

1st... wahaha... uda dan dara... erm... si dara itu dh ada udanya ka?

Jeszyuu said...

hahaha.. kelakar nyee.. terbaiklah cikdara!! :)

MH8625 said...

hehe..lucunya..

Anonymous said...

12356