RSS Feed

Pe'el budak yang menyakitkan ibubapa semasa di luar

7

Friday, July 15, 2011 by Ara Drew

Assalammualaikum/Salam sejahtera

Anak menangis, anak minta nak beli ini nak beli itu, belum lagi merengek nak berak kencing lagi. Susahnya jadi ibubapa kalau korang nak tahu. Ini kalau korang yang dah kawen dan ada anak ye. Aku ni terkadang macam - macam je benda yang difikirkan dan aku pun mula takut dengan fikiran aku sendiri. Pernah tak korang tengok bila satu keluarga keluar bersiar - siar atau jalan - jalan dekat pusat beli belah, anak diorang ramai dan setiap sorang dari mereka ada pelbagai karenah? Mesti korang pernah tengok kan dan ada kalanya kalau budak tu merengek tahap gaban memang rasa nak cepuk kat situ serta merta ( ok ini kejam ).

Jadi aku nak kongsikan perangai budak - budak yang tahap ke-extreamannya menyakitkan hati mak bapak bila di bawa melihat keindahan dunia yang fana ni.



  • Merengek berkehendakan mainan
Mainan dan budak - budak memang tak dapat dipisahkan, macam 'Mr. Crab dan duit' perumpamaannya. Jika mainan tiada maka pincanglah dunia indah kanak - kanak. Aku nak kasi satu situasilah bila jalan dekat pusat beli belah, satu keluarga yang harmoni ni begitu gembira bila dapat berjalan seisi keluarga bersama dua orang anaknya. Mula - mula keluarga ini begitu harmoni dan aman damai pada permulaannya sehinggalah si anak mula terlihat satu kedai mainan tidak jauh dari situ. Hambek kau, memang tidak dapat ditahan, dipaksa, direntap oleh si bapak yang berbadan tak berapa nak sasa akibat kekurangan zat makanan si anak yang merengek itu. Perkara ini terjadi akibat kelekaan si ibu membelek baju LadyLike beropol - ropol merah dekat leher dan secara tidak sengaja melepaskan tangan anaknya. Anak tersebut terlalu berkehendakan patung gaban yang dekat tangan dia ada pistol tetapi si bapa tak punya banyak wang hendak menunaikan hasrat si anak lalu dia mengantikan dengan patung combat yang cinonet tu je. Lagilah meroyan si anak bila kehendak tidak ditunaikan. Ok stuasi macam ni memang akan buat ibubapa tak tau nak letak muka dekat mana. Makin kuat anak nangis, makin susah nak pujuk dan jalan terakhir terpaksalah tunaikan permintaan anak demi ingin menutup malu. Tips di sini, elakkan daripada lalu di kawasan yang 'panas' seperti kedai mainan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku. 

  •  Children’s coin-operated rides
Aku tak tau apa jenis sumpah dan jampi yang si pembuat kuda syiling ini baca pada mainan ini sampaikan budak - budak boleh meroyan tak tentu pasal bila lihat benda berhantu ini. Sumpah aku paling benci kuda syiling ( Children’s coin-operated rides ) ini bila adik bongsu aku lahir sebelas tahun yang lalu. Ohmai, aku bukan benci adik tapi aku benci kuda tu sungguh - sungguh. Disebabkan kuda inilah kami semua terpaksa buat kerja 'undercover' siasat lokasi kuda syiling ni dulu sebelum masuk dalam pusat beli belah. Aku paling tak suka bila kuda ni ada pelbagai bentuk dan rupa serta akan buat budak - budak jadi tak keruan melihat. Doraemon, Gaban, kapal terbang, keretapi, motosikal dan pelbagai bentuk lagi yang akan buat budak jadi histeria nak main. Aku bukan apa, aku dulu - dulu mana ada main benda macam tu. Sadis kan? Dah jangan nak kasihankan aku,janji abah dulu tak susah payah nak terkejar - kejar cari duit syiling lima puluh sen sebab anak dia nak main kuda syiling ni.



Cakap dengan aku,budak mana menolak tengok benda ni?
  • Sesat dalam kedai
Alah, sesat dalam kedai memang perkara biasa dalam kehidupan kanak - kanak jika mereka dah melihat dunia indah di pusat beli belah atau kedai besar. Ambil situasi dekat kedai kain, budak - budak kalau korang bawa dekat kedai kain mesti diorang tak suka kan? Mana tak nya, masuk kedai kain ada kain je, tak ada mainan yang boleh membuatkan naluri keterujaan mereka untuk gembira meneman ibubapa di kedai kain. Masa inilah mereka akan buat hal bila si ibu tengah leka memilih kain plus plus plus mulut menawar lagi, tangan anak sudah dilepaskan. Si anak mula merayau - rayau masuk dalam satu gulung ke satu gulung, tolak bongkah kain sampai jatuh ( ok ini khayalan aku paling dahsyat ) lepas tu mula menangis sebab tak nampak mana kelibat mak dia. Satu kedai kain bunyi bising cari anak. Moralnya di sini, kalau nak membeli belah sekadar nak beli kain jangan bawak anak. Kalau ada orang jaga dekat rumah untuk tengok - tengokkan sekejap pun dah kira baik.



  • Takut masuk jamban
Haa,pernah kan kalau tengok budak yang terkencing dalam seluar atau terberak dalam seluar disebabkan dia takut nak masuk jamban sorang - sorang? Aku paham sebab memang secara lumrahnya keadaan atau suasana di sekitar jamban akan nampak menakutkan. Jadi tak hairanlah kalau budak - budak akan takut nak masuk jamban awam bila mereka dibawa jalan - jalan ke taman permainan atau pusat membeli belah. Aku tak salahkan suasana jamban tapi dah memang macam tu keadaannya, kalau jamban tu dah serupa taman tema aku jamin budak - budak pun asyik nak kencing dalam tu je kot..kotlah. Ibubapa kalau dapat situasi macam ni memang stress yang amat sebab jika si ibu ada anak lelaki, terpaksalah bawak dia sekali masuk dalam jamban wanita sebab dia takut sangat nak kencing sorang - sorang dalam tu.


Itu semua aku dah lalu masa aku masih kecil dulu tetapi yang bahagian kuda syiling tu tak sebab zaman aku dulu mana ada jumpa kuda syiling ni, kalau jumpa pun memang sah - sah tak akan tertunai impian nak naik sebab mak garang sangat. Baik naik kuda abah je, naik belakang abah lepas tu pusing - pusing dalam rumah. Tak payah bayar tapi kena gilir - gilir dengan adik yang lainlah.

Budak - budak jarang tau berkehendakkan makanan, sebab jika korang tengok bila ada keluarga pergi KFC contohnya dan dekat KFC tu ada ruangan permainan, korang nampak budak tu makan atau main? Baik aku habiskan makan je dari tunggu budak tu nak datang meja habiskan bahagian dia. Jadi kebiasaanya budak - budak memang akan tertarik dengan mainan dari makanan. Biasalah budakkan pemilih, kalau diorang meroyan pun hanya nak aiskrim je kan?

Jadi kesimpulannya, adakah anda golongan budak - budak seperti ini dulu? 


7 comments »

Fuz said...

haha.jamban pun takut.

syiela said...

dah tak takut ngan kuda syiling sbb kt giant sp dpt main free naik je brapa lama pun :)

LynnAiza said...

adik laki lynn fobia dgn jamban!hahahha.tak paham betoiii.tah apa dia nampak dgn jamban pon taktau. ;))

Cik Norfa said...

haha kuda syiling tu aku sokon 800%...hampeh tul..
aku pun pelik apsal dorg menggila nampak benda alah ni

Aini Azman said...

kadg2 nak ckp tak boleh tu xsmpai hati plak,.hahah

AjeyyKhalid said...

haha, macam-macam daaaa ..

jemput join kalau sudi :)

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/jom-join-bloglist-ajeyy-rawk.html

Miss Meen said...

hihihi mcm2 gaya budak2 sekarang
Kalu nakal mmg terlalu nakal dan tak bolah nak kata
Kalu bijak sampai kita pun kena kelentong
Hheheee..