Kerja tanpa temuduga
2Saturday, June 11, 2011 by Ara Drew
Assalammualaikum/Salam sejahtera,
Aku nak tanya, pekerjaan apa yang serta merta akan wujud di dunia tanpa perlu di temuduga, dan tanpa perlu hantar resume bebagai? Tetttt, salah! Eh belum jawap lagi ek? Jangan marah daaa. Jawapannya adalah surirumah ataupun dalam bahasa orang kulit putihnya adalah housewife.
Bak kata nenek aku dan nenek-nenek yang pernah wujud di sekalian alam buana ni, 'perempuan belajar tinggi-tinggi manapun, akhirnya ke dapur jugak nanti'. Ada logiknya juga buah fikiran orang tua zaman dulu, brilliant boleh buat batu cincin kepala otak mereka. Aku sokong kata-kata tu sebab, memanglah perempuan walau tinggi mana dia belajar akan pergi ke dapur jugak sebab dah namanya tekak haus mestilah nak ke dapurkan. Ok tak lawak ye dara.
Bagi yang dah berumah tangga, yang akan merasa amat tertekan nanti adalah surirumah. Percayalah kata aku ni. Pekerjaan ini walau nampak je mudah dimata seorang lelaki, apatah lagi senang dimata umum tapi hakikat sebenarnya adalah amat payah. Jadi aku akan senaraikan kepayahan dan kesusahan seorang yang bekerja sebagai surirumah.
- Siapkan sarapan
Seorang surirumah yang berwawasan, dia akan mencuba bangun seawal yang mungkin untuk menyediakan sarapan untuk suami tercinta dan anak-anak sidek disayangi. Korang ingat isteri yang memegang jawatan surirumah ni boleh bermalas-malasan melentok liukkan bentuk tubuh di atas katil sampai matahari terpacak di langit? Haram kau. Mau kau kena caras dengan mak mertua yang tahap kegarangannya mengalahkan Nyonya Mansur Kassim Selamat tu, terus dia buat cerita muka depan dengan kawan-kawan seperjuangannya di kampung halaman. "Eh kau tahu, bertuahnya anak menantu aku tu buat sarapan pun tak pandai" ( Skrip yang aku pandai-pandai cipta ).
- Kejutkan suami dan anak- anak
Dah namanya surirumah kan, walau macam mana efisennya jam loceng pikachu, jam loceng KFC kepala pakcik rambut putih dan jam dinding Felix yang ekornya bergerak- gerak tergantung kemas di dinding bilik, tidak akan dapat mengejutkan lena si suami dan anak- anak jika mereka masih di buai mimpi. Jadi inilah rutin harian si surirumah untuk mengejutkan mereka bangkit untuk pergi bekerja dan ke sekolah. 'Bang,bang dah tak reti nak pergi kerja ke?' dialog ulangan setiap pagi untuk si dia tersayang.
- Kemas rumah
Selaras dengan wawasan rumah tangga "Rumah Itu Syurgaku", maka menjadi tugas berat untuk seorang surirumah tangga untuk mengemas rumah yang dah seperti tongkang pecah. Tugas berat ni setiap hari dihadapi mereka sebab dah memang hari-hari rumah bersepah. Ambil situasi jika si suami peminat fanatik bola sepak dan anak bujang seramai tiga orang memang sekepala gajah dengan si bapa, bayangkan je diorang tengok bola sambil makan kuaci, kacang, keropok Moni, popcorn ( kemain makan popcorn ) dan segala jenis makanan dan minuman ringan semasa menonton. Paginya bila si ibu yakni surirumah bangun dari lena yang panjang, terus terkejut sampaikan nak terlondeh kain batik tengok rumah bersepah dengan segala jenis sampah sarap ni. Mau dia resign terus tapi apakan daya dah memang kerja dia. Mengucap panjang si ibu.
- Menu masakan
Alahai, takkanlah hari ni lauk ikan masin,telur mata jin letak kicap dan sayur taugey je. Bosan tau tak mak? Kalau aku jadi mak pun aku pelempang budak-budak ni. Bapak kau pun satu tak reti-reti nak menambah variasi lauk yang hendak dibeli, kalau dah asyik beli ikan masin,telur dan taugey je mana tak otak nak beku fikir nak masak macam mana. Ini dah kenapa membebel dalam entry ni? Tengok tak situasi ni? Seorang surirumah akan selalu menghadapi sindrom terbeku buah fikiran bila datang bahagian nak membuat kelainan menu masakan. Terkadang aku ada terdengar mak dan abah berbual dan aku dah dibolehkan mendengar diorang bercakap ok, abah cakap dekat mak supaya boleh tak awak jadi kreatif sikit bila memasak. Amboi abah siap kretif gitu. Ini terjadi bila mak kebuntuan idea untuk memasak lauk apa. Dugaan betul jadi surirumah ni, baik beli dekat luar je senang.
Sebenarnya kan, kerja sebagai surirumah ni adalah kerja yang paling kuat,tabah dan risiko sekali aku rasa. Kuat sebab hanya surirumah yang mampu tahan semua sebab-sebab diatas, tabah sebab hanya mereka je yang tabah menghadapi semua karenah-karenah diatas dan berisiko sebab kalau semua benda-benda diatas tidak dapat dilaksanakan kemungkinan besar dicerai suami dan dicaci mertua serta menjadi buah mulut jiran adalah besar. Ok itu aku rasa je.
Apa-apapun hargailah mereka yang bergelar surirumah. Jangan disebabkan mereka tidak mempunyai gaji tetap yang tinggi mereka dipandang rendah. Jangan kerana mereka tidak keluar bekerja seperti orang lain diluar mereka dipandang sebelah mata. Tanpa mereka memang rumah akan huru-hara. Ini tidak termasuk yang pakai amah ok.
p/s: Entah apa-apalah entry yang aku tulis, jadi menteri pembangunan wanita dan masyarakat tak pulak. (["]["])
2 comments »
Saya! Saya surirumah sepenuh masa.
Ngehngehngeh.
nak jadik suri rumah,tapi nak gaji besarrrrr.boleh?haha~
Post a Comment