Umai ikan ( Ala Dara )
6Friday, May 27, 2011 by Ara Drew
Assalammualaikum/ Salam Sejahtera,
Tahukah anda yang sushi dan umai mempunyai satu persamaan? Yup, makanan ni sama-sama tidak di masak menggunakan api. Erk, kemain aku skema sangat ayat ni. Siapa-siapa yang tak masuk tekak dia makan sushi bermakna dia tak dapat jugak nak mencuba umai ni. Bagi aku umai lagi umphhhhh dari sushi ok.
Jadi aku nak ajar korang cara nak membuat umai. Ini atas permintaan Pojiepooh sebab dia nak sangat belajar buat umai ni. Ce cepat tengok aku nak senaraikan bahan-bahan ni;
- Ikan ( tenggiri/parang/mpirang/etc ikut suka )
- Bawang merah dalam 3-5 ulas ( ikut kuantiti ikan )
- Bawang putih 5-6 ulas ( ikut kuantiti ikan )
- Bawang besar
- Cuka atau limau kasturi
- Lemon ( kalau ada )
- Cili besar
- Cili api
- garam
Cara membuatnya ;
Puan-puan, anak dara, ehem-ehem lelaki bujang dan tak lupa sekali bapa mithali, sila fokus bila aku nak terangkan cara-cara membuatnya ni. Pandai siang ikan tak? Jangan tau makan je tapi siang ikan tak pandai. Haha ok aku mengaku tak pandai siang ikan. Kalau keluarkan perut ikan tu pandailah.
Mula-mula bersihkan ikan sebersihnya, pastikan darah atau kotoran tidak melekat dekat mana-mana. Saja je ayat nak kasi panjang penulisan ni. Lepas tu korang boleh mula siang ikan itu dan hiris nipis.
Ok, hiris nipis macam ni.
Kulit dia yang bersisik - sisik tu kita taknak guna ok. Hilang mood nak makan yang bersisik tu haha kemain ayat ko bernada provokasi. Selepas tu, korang boleh hiris kecik - kecik macam jejari tetapi nipis lagi.
Selesai dihiris nipis, korang boleh mula memerapkan isi ikan tadi dengan meletakkan perahan limau kasturi atau cuka. Kalau yang tak dapat makan cuka, boleh pakai limau kasturi a.k.a limau belacan itu aje ya. Kadang-kadang ada yang akan pedih ulu hati bila makan makanan berasaskan cuka ni. Tengok aku dah melalut cakap pasal kesihatan pulak. Tengok isi ikan tu,kalau warnanya sudah bertukar jadi putih dan tak hanyir itu maknanya ikan tersebut dah sebati dengan air asam. Dalam bahasa orang tua, dah masaklah tu.
Sementara menunggu perapan sebati dengan isi ikan, korang boleh mula menghiris nipis bawang merah,bawang putih,bawang besar, dan cili tadi. Sesiapa yang suka pedas boleh letak banyak-banyak cili tapi ingat kang terbuasir nanti jangan nak mengadu aku yang suruh makan cili banyak ye.
Letakkan semua bahan-bahan tadi didalam perapan ikan tadi. Gaul sampai rata dan cantik rupanya berwarna - warni. Jangan lupa letakkan sedikit garam bagi menambahkan rasanya. Aku suka tengok makanan kalau banyak warna sebab mood nak makan pun terangkat. Letak dalam peti ais dalam 1/2 jam ke sejam macam tu pun dah boleh makan. Kalau rasa was-was letaklah lama-lama sampai korang rasa nak makan hahaha ok aku gurau je.
MasyaAllah, aku dah lapar tengok. Eleh, ko ni dara banyak eksen ya padahal dah makan. Makan dengan nasi panas-panas perghhhhhhh memang terangkat selera. Tara, inilah Umai Ikan Ala Dara.
Siapa-siapa yang ada soalan tanya je dan Insya-Allah aku akan bersedia menjawap persoalan. Kalau yang nak ngorat pulak sila pergi ke kuanter 4, sana ada borang hijau dan jangan lupa sertakan sekali gambar berukuran 4R.
Category makanan sarawak, umai ikan
6 comments »
kmk xpandei makan umai aie..hahaha
kmk pernah molah mee berasaskan umai sempena kmk pun food test dolok.. sooo nyamann.. ngeee
sik kah garam ka Dara? hehe... kmk suka umei.. mun makei asam payak nyaman agik.. alu ingin kmk ehh...
tak pernah makan lagi...rasa nak cuba buat bila bagi tau ni lagi sedap dari sushi...sushi tu saya boleh balun habis...hehehe
nk try nk try nk tryy
bestnyee.. hah si poojie mtk wt? untunglaaa ade org layan dia..kehkehkeh.. sedapnye.aduhh laaparrr
Post a Comment